Smart Life Solutions ini menampilkan penulen udara LG PuriCare™ WallFit dan LG StanbyME 2 Max sebagai produk utama, LG turut mengetengahkan penyelesaian penulenan air, peti sejuk dan penjagaan pakaian yang direka untuk melancarkan rutin harian.
Selaras dengan tema ‘Free Up Your Mind’ bagi kempen Life’s Good 2026, inovasi ini direkakan untuk memudahkan rutin harian supaya rakyat Malaysia mempunyai lebih kebebasan untuk menikmati kehidupan di rumah.
“Teknologi kini semakin sebati dalam kehidupan seharian kita, dan kami percaya ia sepatutnya menjadikan kehidupan lebih mudah, bukannya lebih rumit. Pendekatan Affectionate Intelligence (AI) kami membolehkan peralatan rumah memahami dan bertindak balas dengan lebih baik terhadap keperluan pengguna, manakala aplikasi LG ThinQ memudahkan pengurusan peralatan yang serasi. Perkhidmatan penyelenggaraan LG Subscribe turut membantu pengguna menjaga perkakas elektrik mereka dengan lebih tenang, bergantung pada produk dan pelan langganan yang dipilih. Gabungan kedua-duanya dapat membantu meringankan urusan kerja rumah agar rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak masa untuk perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan mereka, sekali gus merealisasikan aspirasi ‘Free Up Your Mind” kata Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Demi merealisasikan komitmen ini, LG PuriCare™ WallFit Air Purifier menggabungkan teknologi penulenan udara pintar dengan reka bentuk ramping hanya setebal 18cm yang boleh ditempatkan dengan kemas pada dinding. Dilengkapi teknologi Dual Airflow dan sistem penapisan HEPA, penulen udara ini membantu menyingkirkan 99.999% zarah habuk, 99.9% kulat, 99% bakteria dan 98% virus berdasarkan keadaan ujian yang ditetapkan. Mod AI pula melaraskan kelajuan kipas secara automatik mengikut tahap kualiti udara semasa, sekali gus mengurangkan keperluan untuk pelarasan manual. Apabila fungsi penjimatan tenaga diaktifkan, penggunaan tenaga juga dapat dikurangkan sehingga 30.5%.

Sementara itu, skrin mudah alih LG StanbyME 2 Max pula menawarkan lebih fleksibiliti untuk menikmati hiburan dalam kehidupan seharian. Diiktiraf dengan Anugerah Inovasi CES 2026, skrin ini dilengkapi paparan sentuh 4K UHD bersaiz 32 inci yang boleh ditanggalkan serta kaki penyangga beroda, membolehkannya dialihkan dengan mudah mengikut ruang dan aktiviti. Dengan penggunaan tanpa kabel sehingga 4.5 jam berdasarkan tetapan kuasa tertentu, pengguna boleh mengikuti resipi ketika memasak di dapur, menonton filem di bilik tidur, bersenam di ruang tamu atau menikmati kandungan kegemaran di luar rumah tanpa perlu bergantung pada soket elektrik.
Fokus LG untuk memudahkan kehidupan seharian turut merangkumi urusan di dapur dan penjagaan pakaian. Penulen air tanpa tangki LG PuriCare™ Objet Collection (MX-T) yang kini dinaik taraf membolehkan pengguna menetapkan dan menyimpan pilihan suhu dan jumlah air mengikut keperluan masing-masing menerusi fungsi Favourite Dispensing yang dipertingkatkan. Ia turut dilengkapi paparan LCD bersaiz 2.4 inci untuk kawalan yang mudah serta reka bentuk ramping hanya selebar 13.2 cm bagi menjimatkan ruang di dapur.
Selain itu, peti sejuk LG Fit & Max Multi-Door menggabungkan teknologi Zero Clearance™ dengan reka bentuk Thin Door dan permukaan luaran rata untuk susun atur dapur yang lebih kemas. Ciri AI Fresh pula memantau corak penggunaan pintu peti sejuk selama tiga minggu dan melaraskan suhu lebih awal bagi membantu mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh yang lebih lama.
Penjagaan pakaian bukan sekadar membersihkan pakaian, mesin basuh muatan hadapan LG yang baharu turut menitikberatkan perlindungan fabrik dan tahap kebersihan yang menyeluruh. Menerusi teknologi pembelajaran mendalam AI DD™, mesin basuh LG mengoptimumkan pergerakan cucian mengikut berat fabrik dan jenis fabrik untuk memberikan hasil cucian yang berkesan. Reka bentuk dram yang diperbuat sepenuhnya daripada keluli tahan karat pula membantu mencegah karat serta mengurangkan pertumbuhan kulat dan pengumpulan bakteria untuk tahap kebersihan yang lebih baik.
“Setiap isi rumah mempunyai keperluan tersendiri, dan kami memahami bahawa keperluan keluarga di Malaysia sentiasa berubah,” tambah Encik Choi. “Selain menghasilkan inovasi yang memenuhi keperluan ini, kami juga mahu memastikan produk kami lebih mudah dimiliki menerusi LG Subscribe yang menawarkan pilihan lebih fleksibel serta perkhidmatan penjagaan produk secara berterusan. Matlamat kami adalah untuk merealisasikan aspirasi Life’s Good untuk lebih ramai rakyat Malaysia dengan membantu mereka menikmati kehidupan seharian yang lebih baik.”
Untuk maklumat lanjut mengenai LG Subscribe, sila layari:

Leave a Reply