Ia adalah hasil kerjasama dengan M&M Creations Holdings Sdn. Bhd., pemegang lesen GODZILLA STORE Malaysia yang diberikan oleh TOHO Entertainment Asia Pte. Ltd.

Beroperasi setiap 20 minit dari jam 8.20 pagi hingga 10.40 malam dengan waktu rehat berjadual sepanjang hari, pengunjung boleh menaiki bas ini di lokasi pengambilan yang ditetapkan di KLIA Terminal 1 (Aras 1, Pintu Keluar 2, Pintu 2) dan KLIA Terminal 2 (Aras 1, Hab Pengangkutan, Ruang No. 9), selain perkhidmatan perjalanan balik ke MOP KLIA Sepang turut disediakan.

Bas-bas tersebut menampilkan hiasan eksklusif yang diinspirasikan oleh GODZILLA MINUS ZERO, filem terbaharu dalam francais filem Godzilla yang ikonik. Diarah, ditulis dan menampilkan kesan visual oleh Takashi Yamazaki, yang memenangi Anugerah Akademi® bagi Kesan Visual Terbaik pada Anugerah Akademi ke-96 untuk Godzilla Minus One, filem yang dinanti-nantikan itu mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 5 November 2026.

Bas-bas bertema yang beroperasi sehingga 25 Disember 2026 ini membawakan raksasa ikonik tersebut ke dalam pengalaman perjalanan penumpang, sekali gus menawarkan pengenalan yang unik kepada pusat beli-belah ini serta tarikan membeli-belahnya.

Perkhidmatan ulang-alik yang telah mula beroperasi ini juga dijangka dapat memperkukuh hubungan antara lapangan terbang dengan pusat beli-belah, selain memudahkan pengembara dan pengunjung untuk menerokai pelbagai pilihan membeli-belah, menjamu selera dan aktiviti riadah yang tersedia di MOP KLIA Sepang.

Disokong oleh barisan bas khusus, dengan dua buah bas beroperasi pada hari bekerja manakala selebihnya dikerahkan pada hujung minggu bagi menampung jumlah pengunjung yang lebih tinggi, perkhidmatan ulang-alik ini menghubungkan MOP KLIA Sepang dengan Terminal 1 dan 2 KLIA.
Berucap pada majlis pelancaran semula tersebut, TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn. Bhd., berkata bahawa pelancaran semula perkhidmatan bas ulang-alik ini merupakan tindak balas tepat pada masanya untuk mempertingkatkan pengalaman keseluruhan pengunjung sepanjang musim cuti akhir tahun. Ia mencerminkan komitmen pusat beli-belah ini dalam memastikan pengunjung dapat menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sebagai sebahagian daripada kunjungan mereka.
“Pelancaran semula perkhidmatan bas ulang-alik kami mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan MOP KLIA Sepang lebih mudah diakses oleh pengunjung, di samping membuka peluang yang lebih besar bagi penyewa kami untuk menjangkau pangkalan pelanggan yang lebih luas. Pada masa yang sama, kerjasama kami dengan IP ikonik Godzilla memberikan dimensi yang menarik kepada pengalaman membeli-belah, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk menerokai pusat beli-belah ini sepanjang musim cuti akhir tahun,”
Bagi menambah pengalaman Godzilla melangkaui perjalanan bas ulang-alik, pengunjung yang tiba di MOP KLIA Sepang akan disambut oleh reruai aktiviti yang direka khas, menampilkan visual yang menarik perhatian serta elemen-elemen mengasyikkan yang diilhamkan oleh raksasa ikonik tersebut.
Sebagai sebahagian daripada aktiviti ini, pengunjung juga boleh mendapatkan pas masuk eksklusif GODZILLA MINUS ZERO, yang menawarkan gambaran tentang dunia OFFICIAL GODZILLA STORE di Malaysia, yang terletak di LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC). Pas masuk ini boleh ditebus secara percuma oleh pengunjung yang memuat turun dan mendaftar sebagai ahli Aplikasi Mitsui Shopping Park MY (MSP MY APP). Para peminat Godzilla juga boleh mendapat perkembangan terkini berita, barangan eksklusif dan aktiviti-aktiviti akan datang melalui laman Instagram dan Facebook rasminya.
Selain tarikan bertemakan Godzilla, pengunjung boleh menikmati ganjaran beli-belah tambahan sepanjang kempen ini berlangsung. Pada hujung minggu, pelanggan yang berbelanja minimum sebanyak RM250 melalui sekurang-kurangnya dua resit boleh menebus baucar beli-belah daripada penyewa yang mengambil bahagian, yang diberikan di dalam beg beli-belah Mitsui Outlet Park KLIA Sepang. Penyewa yang mengambil bahagian juga akan menawarkan promosi eksklusif/diskaun tambahan bagi memberikan pelanggan lebih banyak sebab untuk menerokai pelbagai pilihan barangan yang terdapat di pusat beli-belah ini. Cabutan bertuah dan pemberian popcorn percuma akan melengkapkan lagi pengalaman ini, sekali gus menjadikan setiap kunjungan lebih berbaloi.
Pengalaman Godzilla ini tidak terhad kepada ruang beli-belah fizikal sahaja; peminat di pasaran Asia Tenggara yang terpilih kini boleh mendapatkan barangan rasmi melalui GODZILLA STORE ASIA yang baru dilancarkan di Shopee. Kedai dalam talian yang dilancarkan pada 3 November 2026 bersempena dengan Hari Godzilla (Godzilla Day) kini menampilkan barangan daripada GODZILLA MINUS ZERO, dengan lebih banyak produk akan diperkenalkan pada masa akan datang. Para peminat boleh meneroka gedung dan kekal terhubung dengan GODZILLA STORE ASIA melalui Shopee atau Instagram GODZILLA STORE ASIA.
Menerusi pelancaran semula perkhidmatan bas ulang-alik khusus serta pengenalan aktiviti bertemakan Godzilla, MOP KLIA Sepang terus menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah di pusat beli-belah gaya outlet. Dengan menyatukan daya tarikan bertema, ganjaran beli-belah dan kemudahan pengangkutan yang selesa, pusat beli-belah ini mahu mewujudkan pengalaman pembelian yang lebih menarik bagi para pelancong serta pengunjung tempatan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang acara dan aktiviti di MOP KLIA Sepang, layari:
- www.mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA atau ikuti MOP KLIA melalui Facebook.
- Bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai aktiviti, barangan, dan acara berkaitan Godzilla di seluruh Asia, ikuti Godzilla Asia melalui laman Instagram dan Facebook rasmi mereka.

Leave a Reply