Dapatkan Kulit Bersinar Umpama Kristal Dengan Rangkaian L’Oreal Paris Revitalift

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence + L’Oréal Paris Revitalift Day Cream baharu ini dipertingkatkan dengan SPF35 PA +++

Loreal Paris 2

Produk anti-penuaan dan pembaikan kulit dengan formula baru ini disesuaikan untuk cuaca tropika di negara ini.

Kulit muda berseri-seri walaupun dari dalam boleh dinikmati dengan menggunakan dua produk utama dalam rutin penjagaan kulit harian anda iaitu: L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L’Oréal Paris Revitalift Day Cream yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++!

Loreal Paris 1

“Mengenang kembali jenama L’Oréal, besar kemungkinan frasa yang timbul di ingatan adalah “Kerana kita begitu berharga”. Frasa terkenal ini umum diketahui di seluruh dunia dan melambangkan jati jenama L’Oréal Paris secara keseluruhannya – semangat untuk membantu setiap wanita menghargai uniknya kecantikan individu sambil menekankan harga diri,” kata Hoa Tran, Pengurus Produk Kumpulan untuk L’Oréal Paris Skincare di pelancaran rasmi.

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence adalah revolusi penjagaan kulit terkini, meraikan kecantikan dan keyakinan wanita. Dilancarkan pada tahun 2019, produk ini dirumuskan untuk memulihkan, menganjalkan dan menghidratkan kulit secara mendalam. Diperkasakan oleh teknologi mikro, ia mempunyai tekstur ultra-ringan, yang membolehkan penyerapan dan menembusi kulit dengan pantas, sedalam 10 lapisan kulit*. Hasilnya, permukaan kulit lebih halus dan berseri.

Dengan formulasi baharu yang lebih baik, L’Oréal Paris Revitalift Day Cream menawarkan manfaat anti-penuaan dan kulit yang segar hanya dengan dua langkah. Produk ini menggabungkan teknologi canggih dengan perumusan berkualiti tinggi, memberikan hasil yang boleh diukur sepantas tujuh hari bagi kulit orang Asia. Dalam ujian klinikal, pengguna melaporkan bahawa mereka dapat melihat 17% pengurangan untuk kulit yang tidak bermaya, dan 21% pengurangan garis halus di dahi.

Sangat mudah untuk mendapatkan kulit bersinar umpama kilauan kristal dan berseri. Setiap pagi, mulakan rutin penjagaan kulit anda dengan Revitalift Crystal Micro-Essence selepas pembersihan dan penyegaran. Goncang dan titiskan 4 titisan ke telapak tangan dengan perlahan, gosok kedua-dua telapak tangan anda. Kemudian, tekapkan tapak tangan yang disaluti esen itu dengan lembut bermula pada dahi, kemudian pipi dan dagu, sehingga esen diserap ke dalam kulit. Akhir sekali, sapukan Revitalift Day Cream sehingga sekata pada wajah dalam gerakan pusing arah jam. Itu sahaja! Rutin penjagaan kulit anda kini lengkap, membolehkan anda sedia untuk menikmati tekstur kulit yang lebih baik, pori-pori yang lebih halus dan kulit muda.

Bak kata pepatah bahawa “pencegahan adalah lebih baik daripada merawati’. Sebagai jenama terkemuka dalam penjagaan anti-penuaan pada wajah, L‘Oréal Paris sentiasa menyarankan wanita untuk mula melindungi dan menjaga kulit mereka pada usia pertengahan 20-an, sambil merangsang pembaharuan sel untuk melawan perkembangan garis-garis halus dan kedutan,” jelas Hoa.

Hoa berkata bahawa dua rutin tersebut mencerminkan jenama L’Oréal – formula berinovasi, aplikasi elegan dan menyediakan kemewahan pada harga berpatutan untuk mereka yang mahukan keunggulan.

Dengan sokongan penyelidikan perintis selama 40 tahun terbukti selamat dan berkesan, L’Oréal sekali lagi melangkau batas untuk menawarkan rutin penjagaan kulit yang mudah dengan menggunakan formulasi mewah yang memberikan hasil yang mengagumkan. “Kerana anda begitu berharga! ” kata Hoa.

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence diperkaya dengan ekstrak centella 92% tulen, yang berasal daripada centella asiatica, tumbuhan dengan jangka hidup 2 tahun yang tumbuh di tanah lembap Asia. Tumbuhan ini boleh membaiki dan meningkatkan keanjalan kulit, kerana gabungan flavonoid, steroid triterpenik, asid amino, dan glukosa yang berkepatan tinggi. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini juga berupaya melembapkan kulit kering kerana sifat antioksida yang kuat. Selain dari memperbaharui kulit, centella asiatica juga berkeupayaan untuk mengurangkan kesan kerosak kulit akibat matahari.

Ketika pelancaran tersebut, Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi di AVISENA Specialist Hospital menjelaskan bahawa Malaysia penuh dengan sinaran matahari sepanjang tahun, tetapi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merosakkan kulit kita dan mengakibatkan kedutan – juga dikenali sebagai penuaan foto.

Oleh sebab itu, selain daripada centella asiatica, L’Oréal Paris Revitalift Day Cream juga dipertingkatkan dengan Pro-Retinol, yang merupakan bahan yang berkuasa tetapi juga lembut dalam kumpulan retinoid yang dapat mengurangkan kesan penuaan foto pada kulit.

“Secara dasar, retinoid berasal daripada Vitamin A. Untuk mengelakkan kulit kelihatan berusia dan kusam, Vitamin A adalah bahan utama dalam produk penjagaan kulit kerana ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit, menghasilkan kulit yang lebih licin (maksudnya kurang kedutan) dan muda, “ kata Dr. Kartini .

Siti Saleha, seorang pelakon Malaysia turut hadir pada majlis pelancaran itu. Bagi Siti Saleha, kombinasi inti pati mikro dalam krim ini memberikan hasil yang mengagumkan.

“Saya perlu memberikan yang terbaik di layar, dan saya perlu berada pada tahap 100 peratus untuk berbuat demikian. Ini termasuk mempunyai kulit yang sihat. Oleh itu, saya sangat cerewet tentang perlindungan untuk kulit saya.

“Sejak memulakan rutin dua langkah ini, kulit saya kelihatan dan terasa seperti baharu. Kulit tampak lebih berseri, penuh keyakinan. Sudah tentu, rutin yang ringkas dan mudah juga sesuai dengan jadual saya yang sibuk! ” katanya.

Dapatkan kulit yang bersinar umpama kristal hari ini hanya dengan dua langkah mudah! L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz – 65ml yang dijual pada harga RM49.90; dan saiz 130ml pada harga RM79.90.

L’Oréal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara mulai Januari 2020 dalam dua saiz: 50ml (RM63.40) dan 20ml (RM29.90).

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang L’Oréal Paris Crystal Micro-Essence dan L’Oréal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++?

Teruskan ke http://www.lorealparis.com.my, atau ikuti kami di laman Facebook L’Oréal Paris di http://www.facebook.com/lorealparismalaysia.

*Merujuk kepada 10 lapisan stratum corneum.

 

AVEENO Dengan Kebaikan Oat Untuk Kulit Sihat

Aveeno® dan Aveeno Baby®  beri”4-dalam-1″ kelegaan berkesan untuk kulit  bermasalah

Aveeno 2

Aveeno® adalah jenama yang menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian penjagaan kulit komprehensif yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal.

Jenama ini telah menemui kuasa bahan semula jadi – oat – menerusi kemajuan saintifik, dan menemui cara untuk memupuk dan mengubah kesihatan dan kecantikan kulit menjadi lebih baik.

Mengapa oat?

Oat koloid – yang bermaksud oatmeal kisar yang terampai di dalam medium cecair untuk aplikasi dan penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit – telah menjadi ramuan penting dalam penjagaan kulit sejak zaman dahulu lagi. Ini disokong oleh bukti klinikal selama lebih 60 tahun yang menunjukkan bahawa formula oat koloid berkesan untuk melegakan kulit yang kering dan rengsa.

Aveeno 1

Setiap produk Aveeno® Active Naturals dirumuskan secara unik dan terbukti secara saintifik untuk memanfaatkan kelebihan oat bagi memberikan faedah penjagaan kulit yang sebenar bagi kulit supaya kuat dan tampak lebih sihat.

“Perjalanan Aveeno® untuk menjadikan kehidupan indah dengan bahan-bahan semula jadi bermula sejak tahun 1945. Percaya bahawa alam semula jadi mengandungi rahsia kepada kesihatan manusia, dua orang adik beradik dari Amerika, Sidney dan Albert Musher, mula mempelajari tentang manfaat oat,” kata Prashant Mahalingam, Pengarah Negara bahagian Konsumer, Johnson & Johnson Malaysia, dalam ucapannya sewaktu pelancaran jenama baru-baru ini.

Melalui penyelidikan mereka, adik beradik Musher menemui kuasa oatmeal koloid yang dikisar halus untuk membantu melegakan kulit yang kering dan rengsa. Usaha perintis mereka telah diiktiraf oleh ahli dermatologi dari Klinik Mayo yang terkenal. Maka lahirlah Aveeno®!

Selama 70 tahun yang lalu, komitmen Aveeno® untuk memanfaatkan kuasa semula jadi oat bagi kesejahteraan kulit telah menjadikannya jenama paling dipercayai di Amerika Syarikat1. Aveeno Baby® juga merupakan produk nombor satu serta menjadi antara jenama yang dipercayai dalam kalangan pakar kanak-kanak Amerika Syarikat2.

“Kami telah memberi kelegaan dan perlindungan untuk kulit wanita dan bayi selama bertahun-tahun. Jenama ini telah memenangi pelbagai anugerah di negara ini – dan menambahkan kepada jumlah anugerah yang kami terima pelbagai pengiktirafan di seluruh dunia!” kata Prashant.

Melalui penyelidikan saintifik dan rumusan yang ketat, Aveeno® terus merungkai lebih banyak rahsia tentang keupayaan alam semula jadi untuk melegakan, menenangkan dan mengubah kulit. Salah satu penemuannya baru-baru ini adalah sifat prebiotik oat untuk menggalakkan mikrobiom kulit yang seimbang, yang penting untuk kulit yang sihat dan kuat. Ini membuatkan jenama telah menamakan semula bahan utamanya – oat koloid – sebagai ‘oat prebiotik’ dalam beberapa produk yang baharu.

Apakah microbiome kulit?

Ia merupakan habitat pelbagai mikroorganisma, termasuk bakteria yang bermanfaat dan berbahaya, yang wujud bersama pada permukaan kulit. Satu sentimeter persegi kulit biasanya mempunyai kira-kira satu bilion bakteria, dan ketidakseimbangan bakteria ini boleh memberi kesan kepada fungsi penghalang kulit.

Prebiotik, yang ditemui oleh saintis Aveeno®, meningkatkan keseimbangan mikrobial kulit. Ini bermakna fungsi penghalang kulit menjadi lebih kuat dan tiada lagi kulit kering dan gatal. Oleh itu, semua produk Aveeno® dan Aveeno Baby® kini mengandungi oat prebiotik.

Bagi yang mempunyai kulit yang kering & gatal, Dr Leong Kin Fon, ahli perunding pakar kulit pediatrik, menyatakan bahawa oat prebiotik berkesan dalam memberi kelegaan. Dr. Leong menjelaskan bahawa oat mempunyai empat fungsi penting sebagai bahan pelembap: untuk memerangkap air di dalam kulit, mengurangkan kegatalan dan kemerahan, dan meningkatkan keseimbangan microbial kulit.

Selaras dengan identiti jenama yang mengimbangi penemuan sains dengan hasil terbaik alam semula jadi, produk Aveeno® diformulasikan dengan komitmen dari ladang hingga ke botol. Ini bermakna penyelesaian penjagaan kulit dihasilkan melalui proses artisanal yang mengekalkan kesegaran dan kebaikan oat terpilih dengan teliti dari tempat asalnya – ladang – sehinggalah ia sampai kepada wanita dan bayi, di dalam botol.

Oat koloid prebiotik Aveeno ® dibuat daripada oat gred makanan, protein tinggi, bijirin bukan GMO yang diperoleh dari Kanada, Amerika Utara, United Kingdom dan Perancis. Tanaman ini kemudian diproses tanpa menggunakan pelarut kimia, dan akhirnya dirumuskan melalui proses yang ketat yang direka untuk mengekalkan integriti dan ketulenan komponen aktif oat Aveeno®.

Mulakan tahun anda dengan menjadi cantik dan berikan kulit anda dan bayi anda kehidupan baru dengan kelebihan oat prebiotik!

Dapatkan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit Aveeno® yang menampilkan Active Naturals Colloidal Oatmeal di farmasi-farmasi utama terpilih seperti Watsons, Guardian, Caring, dan AEON Wellness.

Atau, tambahkannya pada ‘bakul’ anda tanpa perlu keluar dari rumah melalui kedai dalam talian rasmi Aveeno® di Lazada (http://bit.ly/AveenoLazadaMY) dan Shopee (http://bit.ly/AveenoShopee)!

Untuk mendapatkan tawaran terkini Aveeno® atau maklumat lanjut tentang jenama ini, ikuti Facebook Aveeno® Malaysia (www.facebook.com/myaveeno) dan Instagram (www.instagram.com/aveenomy).

Rujukan:
1 Berdasarkan Kajian Rekomendasi Dermatologi AS 2018.
2 Berdasarkan soal selidik dengan 302 orang ahli pediatrik di AS, Jun 2016.

 

Sports Direct Buka Cawangan Terbaharu

Sports Direct Malaysia rai tahun baru 2020 dengan pembukaan cawangannya yang ke 30 di Malaysia.  Bertempat di Bangsar Village 3, ia meliputi kawasan seluas kira-kira 18,000 kaki persegi.

dav

Sebagai tanda meraikan pembukaan awal cawangan itu, wakil media, penulis blog, kumpulan dan syarikat sukan serta rakan kerjasama dari Adidas, Nike, Puma, Under Armour, Asics dan banyak lagi dijemput untuk menghadirinya dimana majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pengarah Urusan Sprots Direct Malaysia, Paul Gibbons.

hdr

“Kami meneruskan usaha mengembangkan konsep cawangan terbaharu sebagai sebahagian dari strategi untuk meluaskan pegalaman pelanggan yang membeli-belah di sini. Matlamat utama kami masih sama iaitu memberi nilai dan kepelbagaian dalam format yang lebih mudah untuk membeli-belah mengguna zon-zon yang ditawarkan. Ia termasuk skrin TV LEd yang diletakkan di pintu utama dan dalam kedai yang memberi perkembangan terkini mengenai promosi, trend dan aktiviti yang diadakan oleh Sports Direct.

Buat masa kini terdapat 8 cawangan yang dibuka di dalam pusat membeli-belah terbesar di beberapa negeri dengan 9 lagi cawangan yang masih dalam tahap perbincangan dan bakal dibuka dalam masa lebih 18 bulan (3 daripadanya akan dibuka sebelum hujung April di Tropicana Garden Mall, One Utama dan Sunway Iskandar Big Box Johor). Evolusi inilah yang menjadi kunci kepada kami untuk mempertahankan hubungan yang dibina dengan semua jenama dan memastikan agar pelanggan kami mendapat pilihan yang terbaik dan menerima perkhidmatan terbaik dari pihak kami dalam suasana membeli-belah yang selesa”

dav

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga menandakan keupayaan Sports Direct Malaysia kepada “Export Ready” yang mana konsep itu akan menembusi pasaran antarabangsa bermula tahun ini dengan pembukaan cawangan di Singapura dan perbincangan masih dilakukan untuk pembukaan di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Menariknya cawangan terbaharu ini dibahagikan kepada zon mengikut kategori termasuk: SD Football, SD Running, SD Training (fitness, peralatan jim, angkat berat, boxing, yoga), SD Rackets (badminton, tenis, squash), SD Swimming (pool,, pantai, sukan air), SD Sports (bola jaring, ragbi, sukan lasak, berbasikal, luncur dan permainan dalaman), SD Lifestyle (Kanak-kanaka Wanita dan Lelaki) dan SD Outdoor (Rentas desa, treking, khemah dan memancing).

Buat masa kini, anda juga boleh mendapatkan barangan Sports Direct dalam talian melalui SPORTSDIRECT.COM.

Untuk mendapatkan maklumat promosi, layari my.sportsdirect.com atau ikuti SportsDirect.com di platform media sosial:

FB:@SPORTSDIRECT.com MALAYSIA

IG: @sportsdirectmy

 

 

Susu kambing PARIE untuk kucing kesayangan anda

davMemang terperanjat bila tengok Comel terus bangun dan minum susu kambing Parie.

Sebab sudah beberapa hari, Comel tak berapa sihat dan hilang selera makan. Makan dan minum tak mahu hingga tterpaksa disuapkan.

Tapi sebaik sahaja saya meletakkan susu kambing Parie di hadapannya, Comel terus bangun , menghidu dan minum sehingga habis.

 

Rupanya Parie GMP ini adalah susu yang diformulasikan untuk memenuhi  keperluan nutrisi yang diperlukan oleh anak kucing mahupun kucing dewasa supaya dapat memberi imunisasi yang kuat kepada haiwan ini.

 

Ia diperbuat daripada bahan-bahan yang sememangnya diperlukan oleh haiwan. Ia dihasilkan antaranya daripada:

  • serbuk susu kambing
  • organic whey protein
  • serbuk minyak soya organik
  • krimer bukan tenusu
  • DHA-ARA
  • Fortified vitamin & mineral
  • Calcium d-Pantothenate
  • Sodium Ascorbate

Ia juga mengandungi banyak vitamin yang sesuai untuk  kucing yang mengandung dan alah pada laktosa.  Kandungan Copper dan Choline misalnya membantu kucing mengurangkan keguguran bulu dan pigmentasi, anemia dan juga masalah lemak berlebihan. Pengambilan susu kambing Parie ini juga mampu menyihatkan kulit dan bulu kucing.

Selain itu, ia juga membantu kucing menghadam dengan baik dan menyerap lebih banyak nutrisi yang sememangnya diperlukan untuk membantu mendapatkan kesihatan badan yang lebih sihat.

IMG20200121224428

Ia terbukti dengan keadaan Comel yang kini sudah mula mempunyai selera makan dan minum yang baik selepas saya memberinya minum susu kambing Parie ini. Tidurnya juga semakin lena.

Jadi, bagi anda yang ingin haiwan kesayangan anda menikmati hidup yang lebih sihat, boleh mencuba susu kambing Parie.

Nak tahu lebih lanjut?

Layari www.facebook.com/Pariepets

Untuk tempahan pula, boleh hubungi:

 

Kempen ABC for Health Tingkat Kesedaran Mengenai Kebersihan Tangan

Penganjuran kempen “Always be Clean” atau ABC oleh Antabax dan Hospital pakar KPJ Ampang Puteri bertetapan dengan kewujudan kes influenza A yang semakin meningkat di Malaysia.

hdr

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan adalah salah satu langkah paling penting bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit, sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjsama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza”

dav

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orng ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan mengikut etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Data daripada Pusat kawalan dan Pencegahan Penyakit pula menunjukkan amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasab seperti pneumonia. Meskipun ramai yang membersih tangan dengan air, sangat sedikit yang mengguna sabun yang boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Mengenai influenza

Ia biasa dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemran pada tangan juga penyebab jangkitan tersebut.

Tanda dan simtom

Antaranya termasuk suhu bdan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, bauk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mengalami simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

KMM mencadangkan mereka yang berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selesema secara bermusim.

hdr

Menurut Perunding Dalam Perubatan dan penyakit Berjangkit Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Muhammad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti Kempen ABC for Health, orang ramai akan belajar mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera bagi mengurangkan penyebaran influenza” kata Dr Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak influenza: Kurangkan Penyebarannya!”

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak dari hospital ii yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan tersebut. Ia membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh jururawat dari unit kawalan jangkitan.

“Penyebaran oenyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangkan apabila kita bekerjsama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan adalah sentiasa bersih sepanjang masa”kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran di kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 murid di seluruh negara.

Maklumat lajut, layari: http://www.fb.com/NewAntabax atau IG:@antabax

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dina Nadzir Tampil Lebih Berkeyakinan Dengan SSKlinik

dav

Memang nampak ketara perubahan bentuk badan penyanyi, pengacara dan penyiar radio bersama ERA FM ini yang semakin kurus berbanding penampilannya yang agak berisi sebelum ini.

 

Terserlah keyakinan yang ada pada Naib Juara di Musim Pertama Malaysia Idol 2004  setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga ENAM kilogran dalam tempoh empat minggu selepas menjalani rawatan pelansingan signatur SSSlim di SSKlinic.

Juga Duta kepada SSKKlinic, Dina tidak lokek berkongsi pengalaman beliau menjalani rawatan pelangsingan bersama-sama wakil media dan penulis blog dalam satu majlis yang diadakan di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya.

 “Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali!

Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”

dav

Untuk makluman, perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 lalu. Dengan perlantikan tersebut beliau akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelansingan SSSlim kepada masyarakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.

KECAPI HASIL MAKSIMUM DALAM TEMPOH MINIMUM.

dav

SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan.

Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.

dav

Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah  disahkan serta disokong dengan dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW

Rangkaian penjagaan kulit MediGlow digunakan secara eksklusif di SSKlinic. Produk ini dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal.

MediGlow dibangunkan pada 2009 telah diformulasikan oleh para doktor bertauliah. Produk ini memenuhi gred perubatan dan sesuai untuk semua jenis kulit pada semua peringkat umur. Diformulsikan dari ramuan terbaik dan unik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea, AS dan Taiwan bagi memastikan hanya kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.

KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH’**

Sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen terbaru di mana buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar.

Promosi ini hanya untuk pemengang kad kredit sahaja.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

** Layak untuk satu rawatan tunggal.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan SSKlinic yang ditawarkan di Malaysia, sila layari:

Bagi mereka yang ingin mengikuti perjalanan Dina, boleh ikuti #nakkurusnakcantik #dinasjourney

“A Blooming New Beginning” Raikan Perayaan Tahun Baru Cina Avenue K

Diharap tema sambutan Tahun Baru Cina bakal membawa lebih banyak kejayaan dan keuntungan pada Avenue K sepanjang tahun baru 2020 ini sepertimana mekarnya kuntuman bunga-bunga yang kembang di taman Avenue K!

dav

Dihiasi dengan bunga-bunga cherry blossom dan peonies berwarna terang lagi ceria, menjadikan taman bunga di Avenue K menjadi tumpuan bagi mereka yang gemar bergambar OOTD yang mana boleh diabadikan di dalam Instagram masing-masing. Bunga-bunga ini mempunyai simbolik tersendiri yang memberi erti “pembaharuan” sempena meraikan kedatangan musim bunga manakala elemen tradisional Cina seperti kipas meraikan kehadiran Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Kehadiran burung-burung di taman Avenue K pula memberi erti “panjang umur” dan kewujudan suasan romantik di ‘langit’ Avenue K dan tanglung yang terapung di udara memberi pencahayaan yang cantik pada persekitaran pusat beli-belah ini.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan aneka barangan yang sesuai dengan sambutan Tahun Baru Cina boleh berkunjung di gerai-gerai kecil yang terletak di aras Atrium. Antara yang boleh dibeli di sini adalah aneka jenis kuih-muih dan pakaian.

dav

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini juga, Avenue K telah meraikan 20 penghuni Rumah Kasih Charity Home dengan membeli-belah dan makan malam untuk menggembirakan mereka.

Pada 3 Februari nanti, bakal diadakan majlis “Money Showering’ yang menyaksikan buah-buah oren mandarin akan dilepaskan daripada mulut “Singa” yang beraksi sambil menari di hadapan pengunjung. Buah-buah oren ini membawa simbol kekayaan dan pastinya, membawa banyak kekayaan, keuntungan dan kegembiraan pada Avenue K sepanjang tahun baru ini.

Bukan itu sahaja, Avenue K sudah menyediakan banyak aktiviti menarik pada pengunjung termasuk Street Art Lion Dance, Tarian Kebudayaan Chinese Blossom, pertunjukan seni Erhu Speed, Pertukaran Pelbagai Topeng Muka, pertujukan Daibolo, aligrafi Rainbow, persembahan musik instrumental dan banyak lagi yang memnghiburkan pengunjung.

Selain itu, pengunjung juga boleh dapatkan peket Angpow Prosperity dan beg bertuah Fortune khas Avenue K. Pengunjung perlu berbelanja minimum Rm288 (RM200 bagi pemegang kad keahlian AK Neighbours) untuk mendapatkan Peket Prosperity dan memandangkan stok ini terhad, maka pengunjung perlu menebusnya dengan cepat.

Jika anda peminat cookies pula, anda boleh dapatkan Famous Amos Chocolate Chip Cookies yang diletakkan di dalam Beg Bertuah Fortune. Anda juga boleh mendapat baucer tunai Nene Chicken. Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja sebanyak minimum RM388 (RM288 bagi pemegang kad keahlian  AK Neighbours). Juga terhad, ia akan diberikan pada mereka yang cepat menebusnya.

Avenue K terus berkongsi kemeriahan bermula 3 Januari sehingga 17 Januari ini dengan mengadakan pertandingan ‘Toss the Yee Sang’. Anda boleh memenangi satu set Yee Sang yang ditawarkan oleh Dolly Dim Sum melalui pertandingan media sosial. Lima set ditawarkan oleh restoran ini. Apa yang perlu dilakukan adalah meneka ‘ golden ingredients’ yang tersembunyi di dalam video online dan jika tepat, anda akan menjadi pemenangnya!

Jika anda ingin ke Avenue K dan berhadapan dengan masalah pengangkutan, boleh menaip kod promo Grab: AKCNY20 dan anda mendapat RM10 diskaun untuk DUA kali tempahan dari dan ke Avenue K. Tawaran ini juga terhad kepada 1,000 tempahan bermula 3 Januari hingga 9 Februari.

 

JDX Presto Concept Store Kini di Quill City Mall

JDX Presto Concept Store merupakan gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN.

Photo 1 (23)

Ia dibuka sebagai melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia iaitu gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama seumpamanya.

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN.

Photo 3 (11)

Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup.

Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata,

“Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”

Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat,

“Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”

“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.

Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata,

“Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.”

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah,

“Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.”

Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto.

Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.

Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini!

Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.

 

AEON Taman Maluri Perkenal Konsep ‘Aeon Style’

Konsep yang diperkenalkan oleh Aeon ini adalah pertama seumpamanya di Asean! Dan ia kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Image 4

Setelah DUA tahun menjalani proses naik taraf, kini pusat beli-belah AEON Taman Maluri tampil semula dengan penampilan wajah baharu dan segar.

Dengan kos perbelanjaan sekitar RM300 juta melibatkan pertambahan ruang komersil berkeluasan 42,460 meter persegi (450,000 kaki persegi) dengan lebih daripada 120 unit merentasi tujuh tingkat, ia dilengkapi dengan lebih daripada 1,500 ruang letak kereta yang terletak di empat tingkat untuk memudahkan pengunjung yang datang membeli-belah di situ.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri  ini menawarkan konsep “AEON Style” yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Tujuan utama AEON menawarkan konsep “AEON Style” adalah untuk memperkaya kehidupan masyarakat serta meningkatkan pengalaman pengunjung. AEON Taman Maluri yang diperbaharui ini kini dikenali sebagai AEON Style Taman Maluri.

Konsep AEON Style ini bertujuan untuk mewujudkan ruang khas di dalam pusat beli-belah ini yang menawarkan keselesaan dan kesenangan kepada para pengunjung yang membeli-belah serta meluangkan masa dengan yang tersayang. Pusat beli-belah ini dinaiktaraf untuk menyediakan ruang yang lapang kepada para pengunjung untuk berjalan dengan selesa, memudahkan pengendalian kerusi roda dan kereta sorong bayi sambil menikmati pengalaman membeli-belah. Para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenama fesyen serta makanan tempatan dan antarabangsa yang pasti memikat selera para pengunjung.

Di AEON Style Taman Maluri, perkhidmatan baharu seperti ‘Baby Advisor’ merupakan penasihat terlatih dan disahkan oleh AEON Japan. ‘Baby Advisor’ ini menawarkan nasihat profesional mengenai penjagaan dan produk bayi kepada para wanita hamil dan kaum ibu. AEON Taman Maluri merupakan pusat beli-belah pertama dan satu-satunya yang memperkenalkan perkhidmatan ini di luar negara Jepun. Bagi mewujudkan sebuah pengalaman membeli-belah yang terbaik, tempat duduk khas juga disediakan untuk para wanita yang bakal bergelar ibu ini selepas seharian membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa berkata,

“Dengan penampilan baharu yang menggunakan konsep AEON Style ini, selaras dengan matlamat utama kami untuk terus kekal relevan bagi memenuhi keperluan trend yang giat berubah bagi setiap generasi. Konsep ini mampu menggambungkan barisan produk dari AEON dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang holistik. Para pengunjung amat dialu-alukan untuk melihat ruangan dalaman yang diilhamkan dengan konsep alam semula jadi, pilihan makanan dan minuman yang menarik dan merasai pengalaman membeli-belah yang hebat yang dapat memenuhi keperluan pelbagai spektrum daripada bayi ke generasi yang lebih berusia.”

Kewujudan pengangkutan rel sebagai satu daripada mod pengangkutan terpenting negara seperti Transit Aliran Deras (MRT) dan juga Transit Aliran Ringan (LRT) memberi akses dan kemudahan kepada para pengunjung untuk ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.”

Image 2

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah turun padang untuk merasai pengalaman perjalanan dari MRT Taman Suntex ke MRT AEON Maluri pagi ini.

Beliau turut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YBhg Datuk Muez bin Abdul Aziz; Pengerusi AEON CO. (M) BHD., Datuk Iskandar bin Sarudin; Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa; Pengarah Perhubungan Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Dato’ Najmuddin Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail MRT Laluan Sg Buloh-Kajang, Azmi Md Zain dan Pengurusan Tertinggi AEON CO. (M) BHD.

Stesen MRT AEON Maluri disambungkan dengan pusat membeli-belah melalui terowong pejalan kaki bawah tanah, manakala stesen LRT Maluri terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki. Penyediaan pelbagai mod pengangkutan seperti MRT Sungai Buloh – Kajang Line; LRT Ampang & Sri Petaling Line; LRT Kelana Jaya Line; Monorel Line yang dihubungi melalui interchange station memudahkan pergerakkan para pengunjung. Ini menjadikan lokasi AEON Taman Maluri amat strategik kepada penduduk bandar.

Terowong pejalan kaki yang disambungkan dengan stesen MRT AEON Maluri dan stesen LRT Maluri ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri, menawarkan para pengunjung pengalaman berjalan selama lima (5) hingga sepuluh (10) minit sahaja untuk sampai ke pusat beli-belah AEON Taman Maluri.

Kanak-kanak akan teruja dengan adanya ‘Kids Republic’ di AEON Style Taman Maluri ini di mana mereka dapat bermain dengan mainan pendidikan, melihat alat tulis kreatif dan inovatif yang tersedia selain dari pelbagai pilihan pakaian. Bersempena dengan Pembukaan Rasmi AEON Taman Maluri, aplikasi mudah alih khas untuk ‘Kids Republic’ bakal diperkenalkan bagi menawarkan tip-tip mengasuh anak dan diskaun eksklusif pada AEON Mommy’s Day.

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri akan terus mengekalkan nama baik AEON dengan menyediakan kemudahan baharu malah lebih baik kepada para pengunjung. Kemudahan yang menarik disediakan dengan adanya tandas mesra ibu bapa, meningkatkan perkhidmatan pengiring keselamatan, menyediakan parkir khas untuk wanita, kaunter lost-and-found, perkhidmatan pertolongan cemas dan kaunter maklumat pusat beli belah. Bukan itu sahaja, tawaran lain yang disediakan di pusat beli-belah AEON Taman Maluri termasuklah surau yang mempunyai set lengkap untuk menunaikan ibadah solat. AEON CO. (M) BHD. juga memberi keutamaan kepada kebersihan dengan menukar set telekung pada setiap hari.

Untuk mengekalkan jangkaan para pengunjung, pusat beli-belah AEON Taman Maluri yang telah dinaiktaraf ini juga menawarkan ruang Customer Relaxing kepada para pengunjung untuk berehat seketika. Ia terletak di tingkat pertama dan ia dilengkapi dengan pengecas mudah alih percuma dan akses WiFi kepada para pengunjung sebelum meneruskan aktiviti membeli-belah.

Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD., Shinobu Washizawa turut berkata,

“Gaya hidup dan nilai pelanggan berubah secara drastik seiring dengan transformasi dalam peruncitan. Oleh hal yang demikian, kami perlu terus menaiktaraf dan menambahbaik pusat-pusat beli belah AEON yang sedia ada serta menubuhkan beberapa ‘General Merchandise Store’ dan ‘MaxValu Prime Supermarket’ untuk menjana pertumbuhan dan memantapkan komuniti kejiranan tempatan.”

Pusat beli-belah AEON Taman Maluri ini terletak di kawasan pusat Cheras. Pusat membeli-belah ini mula beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam pada hari Ahad hingga Khamis, dan 10 pagi hingga 11 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

KOH GEN DO Kini Tembusi Pasaran Malaysia

Bukan calang-calang jenama ni!

Jenama penjagaan kulit dan solekan berdefinisi tinggi dan berintegrasi dari Jepun menembusi pasaran Malaysia buat pertama kali.

Image 4 (4)

Koh Gen Do, jenama penjagaan kulit dan solekan dari Jepun, telah dilancarkan secara rasminya di Bukit Bintang oleh Cik Yunje Jang, Pengurus Besar Pembangunan Jualan Luar Negara, Koh Gen Do.

Image 3 (5)

Koh Gen Do diasaskan lebih dari 30 tahun yang lalu di Tokyo dan digunakan di set penggambaraan di seluruh dunia. Jenama ini menggabungkan bahan botani berharga dengan teknologi penjagaan kulit Jepun untuk menyuburkan dan memelihara keupayaan kulit untuk kembali pulih.

“Kami sangat berbesar hati kerana dapat menawarkan produk kami kepada rakyat Malaysia, dan juga kerana memperoleh rakan kongsi yang terbaik untuk pelbagai saluran pemasaran seperti PLAY UP untuk saluran runcit, Hermo untuk saluran dalam talian, Air Asia dan Our Shop untuk rakan saluran bebas cukai. Pelanggan di Malaysia kini dapat menikmati produk kami yang terjual laris secara global dan digemari selebriti terkenal seperti Aqua Foundation, SPA Cleansing Water, Base Color Makeup dan Illuminator”, kata Cik Yunje Jang.

Pelakon terkenal Jepun, Ai Saotome, mencipta produk Koh Gen Do kerana bimbang tentang keadaan kulitnya yang tertekan selepas berjam-jam di set filem. Dengan menggunakan bahan pelembap yang berasaskan tumbuhan, tradisi penjagaan kulit Jepun dan teknologi, produk penjagaan kulit dan solekan ini dapat mengekalkan kulit sihat berseri tidak kira di dalam mahupun di luar penggambaran. Produk Koh Gen Do juga dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk pulih secara semula jadi, justeru menjadikan kulit lembut, licin dan sihat.

Salah satu produk Koh Gen Do yang terlaris secara global ialah Aqua Foundation, foundation muka pilihan ramai bagi jurusolek professional untuk menjadikan kulit mudah bernafas, lembap, tidak mudah comot, dan sesuai untuk pemakaian sepanjang hari. Aqua Foundation dapat menyuburkan kulit menerusi kandungan mineral yang diperolehi dari perairan Bretagne, Perancis. Selain daripada Minyak T3 (formulasi Koh Gen Do yang diperbuat daripada minyak jojoba, minyak ‘squalene’ zaitun dan mentega shea), Moist Drop Powder juga ditambah untuk mengekalkan hidrasi, kelembutan dan kelenturan kulit. Dengan formulasi Gloss Film Powder® pula, krim ini membolehkan sapuan yang sekata, tidak pecah dan tahan lama.

Produk yang terbaik untuk digunakan dengan Aqua Foundation ialah Aqua Foundation Illuminator yang dapat mencerahkan kawasan tepi mata, tulang pipi dan busur bibir dengan segera. Dengan berus solek baharu, kawasan-kawasan yang rumit boleh disapu dengan mudah. Dirumus dengan Gloss Film Powder, highlighter tahan lama ini dapat menyerikan kulit untuk rupa yang terbentuk dan kelihatan sempurna.

Antara produk utama jurusolek artis ialah Makeup Colour Base. Primer berprestasi tinggi dan bertekstur baldu ini direka untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit sebelum penggunaan foundation. Dengan prinsip Koh Gen Do yang menekankan pemulihan kulit, Makeup Colour Base ini mengandungi 14 bahan yang berkhasiat untuk kulit, termasuk akar mulberry putih dan ekstrak mawar. Bahan antioksida di dalam Makeup Colour Base ini juga dapat mengekalkan hidrasi yang penting untuk memulihkan kulit yang sering terdedah kepada penghawa dingin.

Koh Gen Do juga memperkenalkan produk popular SPA Cleansing Water ke Malaysia. Ia merupakan penanggal solekan bebas alkohol yang lembut dan diformulasikan dengan mata air yang diperkayakan dengan mineral, 6 ekstrak herba yang penting dan mengandungi 95% bahan pelembap. Ia menanggalkan solekan dan kotoran dengan lembut tanpa perlu dibersihkan atau dicuci secara mendalam, dan tidak meninggalkan residu yang berminyak. Satu sapuan lembut dengan pad kapas yang dibasahkan penuh produk ini mampu menanggalkan solekan kalis air.

Koh Gen Do berpegang kepada konsep kecantikan pemulihan. Setiap wanita dikurniakan kecantikan dan Koh Gen Do ingin menyerlahkan kecantikan semula jadi setiap wanita. Produk kami langsung tidak mengandungi warna tiruan, wangian atau minyak mineral yang berasaskan petroleum”, tambah Cik Yunje Jang. Berharga antara RM125 hingga RM190, Koh Gen Do kini boleh didapati di PLAY UP, Hermo, AirAsia Duty Free dan Merchandise, Ourshop serta Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Koh Gen Do di https://kohgendo.com.my atau Instagram mereka di https://www.instagram.com/kohgendo_malaysia/.