Pencarian Pertandingan i-SING Dunia 2020 Kini Dibuka

Berita gembira untuk mereka yang suka menyanyi dan ingin mencuba nasib dalam mencungkil bakat terpendam, bolehlah menyertai pertandingan ini.

WhatsApp Image 2020-03-07 at 2.16.13 AM

Pertandingan ini diadakan dengan matlamat untuk:

  • membangunkan dan mempromosikan para penyanyi tanahair dengan memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dan menguji bakat mereka berbanding para penyanyi dunia yang lain
  • memberi laluan kepada penyanyi tanahair untuk belajar dan bergaul (networking) dengan para penyanyi, penerbit dan agen-agen antarabangsa
  • memertabatkan dan memperkukuhkan industri hiburan tanahair sebagai satu industri yang professional dan bertaraf antarabangsa yang mampu mengendalikan dan menganjurkan kejohanan besar antarabangsa
  • menyokong dan menarik lebih pelancong ke Malaysia sempena kempen Melawat Malaysia 2020.

WhatsApp Image 2020-03-07 at 2.15.47 AM

Untuk makluman, pertandingan i-SiNG Malaysia dan i-SiNG World disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan sekretariat Melawat Malaysia 2020.

Terdapat TIGA kategori untuk anda pilih iaitu:

  1. Junior – penyanyi solo berumur antara 6 hingga 16 tahun
  2. Dewasa Solo – penyanyi solo berumur 17 tahun keatas
  3. Kumpulan – terdiri dari 2 hingga 5 penyanyi tidak mengira umur

SYARAT-SYARAT ( Bagi Pemilihan Pasukan Malaysia)
★ Warganegara Malaysia
★ Membawa CD muzik sendiri
★ Peserta dibenarkan menyanyi dalam apa jua Bahasa. Tetapi bagi peringkat akhir, peserta perlu menyanyi 2 buah lagu dimana salah-satu mesti dalam Bahasa Malaysia.
★ Peserta mesti bebas dari mana-mana kontrak rakaman.
★ Yuran Penyertaan adalah RM100 bagi peserta solo dan RM200 bagi peserta kumpulan. Diskaun sebanyak 20% bagi pembayaran awal.

Berikut adalah tarikh dan lokasi sesi uji bakat:

  • 14-15 Mac Plaza Pelangi, Johor Bahru
  • 21-22 Mac Mahkota Parade, Melaka
  • 04-05 April Centrepoint Sabah, Kota Kinabalu
  • 11-12 April Kuching, Sarawak
  • 20-21 Jun Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • 04 Julai Peringkat Akhir

Terima kasih ducapkan kepada penaja tempat-tempat berikut:
• PNB Commercial bagi Plaza Pelangi
• Hektar Property Services Sdn. Bhd. bagi Mahkota Parade
• Sunyap Development Sdn. Bhd. bagi Centrepoint Sabah
• Berjaya Times Square Sdn. Bhd. bagi Berjaya Times Square