Sedapnya Makanan Korea di Ojju K-Food, Nu Sentral

Wow bestnya bertambah satu lagi senarai restoran Korea di KL ni!

Baru-baru ini penulis berpeluang merasai makanan Korea di Ojju K-Food yang terletak di Nu Sentral.

Mengambil DUA lot di Aras Empat, penataan serba moden menjadi konsep hiasan dalaman di restoran yang baru dibuka pada 14 Oktober lalu.

Meskipun baru di Malaysia, ia telahpun beroperasi lebih 10 tahun di Jakarta, Indonesia dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di sana.

Di Malaysia, Ojju K-Food beroperasi di bawah Asia Mex Concept yang juga pemilik kepada Mexican Kitchen dan Dolly Dim Sum, satu nama yang cukup terkenal di sini.

 

dav

Antara hidangan terkenal Ojju K-food yang mendapat perhatian daripada pelanggan adalah Rolling Cheese Korean Fried Chicken, Beef dengan resipi istimewa, Budae Jigae, Nasi Korea atau Dosirak, Japchae dan banyak lagi.

Sos istimewa dari resipi Ojju sendiri yang lain daripada lain menambah keenakan pada hidanganAyam Goreng Korea Rolling Cheese. Cara hidangannya juga unik jika dibandingkan dengan restoran yang lain.

Hidangan sampingan yang juga dikenali sebagai Banchan juga disukai ramai, begitu juga ais kisar Bingsoo pelbagai perisa juga mendapat sambutan.

Menariknya, restoran Ojjuk K-food ini juga menghidangkan pelbagai hidangan ‘street food’ yang terkenal di Korea termasuk Bulgogi Beef Tacos dan burger ayam goreng Korea dengan Kimchi. Juga disediakan hidangan Barat seperti Mac and  Cheese.

Yang paling best di Ojju K-Food ini adalah hidangannya meskipun bercirikan Korea namun disediakan mengikut citarasa tempatan dengan menambah jeruk ciri hijau pada hidangan.

Penulis merasai sendiri menu yang ada di Ojju K-Food iaitu Rolling Cheese Chicken Wings dengan Kentang Goreng, , Cheesy Korean Fried Rice, Japchae Veggie, Gyeram Jim, Teobokki & Eomuk Bokke serta Bingsoo Tutti Fruitti

Yang pastinya semuanya memang SEDAP!!

Menang rekomen pada mereka yang memang menyukai makanan Korea. Datanglah ke sini dan merasai sendiri keenakan makanan di Ojju K-Food. Harganya juga berpatutan dan tidak terlalu mahal.

 

 

 

 

Pasta Kering PREGO BUDDIES Untuk Kanak-Kanak

Istimewanya PREGO BUDDIES dari Prego, pakar hidangan pasta ini adalah ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu-ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta yang berkhasiat serta menyeronokkan untuk anak-anak hanya dalam masa 10 minit sahaja!

Image 1 (1)

Didatangkan dalam beraneka bentuk bertemakan sukan serta angkasa, ia pasti memikat selera anak-anak untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. Apatah lagi ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.

Setelah lebih sedekad lamanya Prego memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering, kini Prego teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya, Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan ibu-ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

Prego sentiasa komited dalam usaha menjadikan masa makan sebagai detik yang menggembirakan bagi seluruh ahli keluarga. Sebagai pakar pembuat pasta, kami ingin memastikan setiap hidangan yang dimasak untuk keluarga adalah enak, seronok dan mudah disediakan menerusi keluaran pasta terbaharu untuk kanak-kanak ke dalam rangkaian pasta kering Prego.”kata Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis.

Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, pakar pasta ini kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan.

Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.

“Sebagai seorang ibu, saya sememangnya amat memahami cabaran untuk memastikan anak-anak kita menghabiskan makanan serta memakan sayur-sayuran, terutama sekali bagi anak-anak yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Kini, dengan Prego Buddies, para ibu dapat menyediakan hidangan yang mengandungi khasiat sayuran dan menjadikan masa makan mereka lebih menyeronokkan. Prego turut membantu para ibu agar lebih kreatif dalam menyediakan hidangan bertemakan barat atau tempatan untuk si cilik dengan resipi hidangan pasta menggunakan Prego Buddies serta beraneka pilihan sos pasta Prego,” tambah Michelle.

Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

“Saya berasa amat teruja kerana dapat menyertai majlis keraian ini bersama-sama dengan anak saya, Lara yang turut menggemari pasta. Kami berpeluang menyediakan Prego Buddies untuk Lara pada minggu lepas menggunakan pasta bertemakan sukan dan dia amat menyukai bentuk-bentuk berkenaan. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyediakan sesuatu yang baru untuk Lara dan pada masa sama mengetahui yang dia turut mendapat hidangan yang mengandungi sayur-sayuran,” jelas Scha.

“Si kecil saya, Jo suka meneroka dan masa makannya mesti turut sama menyeronokkan! Dia amat teruja dengan pasta bertemakan angkasa. Saya menyediakan hidangan pasta untuknya dengan menambah ayam serta sayur-sayuran dan sebagai hidangan ringkas antara masa makan. Saya berasa amat gembira kerana mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan yang lengkap dengan cepat dan saya tidak sabar untuk menikmatinya bersama-sama dengan anak saya sama ada untuk makan tengah hari atau pada bila-bila masa sahaja,” kata Mei Yan.

Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.

“Saya sememangnya sudah lama meminati Prego dan merasa amat gembira kerana diberi peluang untuk mencipta resepi saya sendiri menggunakan Prego Buddies. Pasta berkenaan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mudah atau mencipta satu resipi yang sangat kreatif. Kedua-dua resepi yang dicipta oleh saya itu boleh disediakan dalam masa yang singkat dengan menggunakan beberapa ramuan yang mudah,” ujar Danish.

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35.

Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara.

Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.

Kari Ayam Warisan Bonda Juarai Cabaran Raja Kuah Knorr 2018

Resipi milik arwah bonda Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 bersama dua hidangan ciptaannya sendiri iaitu Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya terpilih sebagai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 mengalahkan 10 perserta lain.
DSC_0472

DSC_0261A

Ketiga-tiga hidangan yang disediakan oleh pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini berjaya mencuri perhatian juri dan memenangi hadiah utama berupa pakej Umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Siti Nor Yuwana berkata:

“Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”

Pemenang-pemenang lain untuk Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bertuah adalah:

  • Naib Johan: Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima wang tunai RM10,000 beserta hamper
  • Pemenang ketiga Ali: Zainuddin Adnan, 39, menerima wang tunai RM6,000 dan hamper
  • Tujuh pemenang saguhati menerima wang tunai RM1,000 beserta hamper.

Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 sedang giat meneruskan usaha untuk menghayatkan penghargaan baru bagi hidangan berkuah Melayu yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 anjuran Unilever Food Solutions ini memberi fokus kepada masakan Melayu berkuah yang mewakili sehingga 70% daripada hidangan pengendali makanan Melayu bagi hidangan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata:

“Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menaikkan selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha memasak mengguna Serbuk Ayam Knorr.

Tahun ini, kami telah mengadakan perkongsian khas dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia dan rakan ‘Cash & Carry’ kita yang terbesar. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci. Ini hanyalah beberapa jenis produk yang dapat saya namakan! ” 

Para juri termasuk chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan Pengarang dari majalah masakan Saji Rosmarlinda Kamarudin telah menentukan pemenang berdasarkan kriteria seperti kebersihan, penampilan dan citarasa hidangan.

Penyertaan Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan caranya sungguh mudah sekali dengan menampilkan TIGA jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) menggunakan Stok Ayam Knorr.

Unilever Food Solutions ingin berkembang untuk masa depan dengan menyentuh 800 juta pengguna setiap tahun. UFS berhasrat mencapai matlamat ini dengan cara yang mampan dan menumpukan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.

Makanan hebat harus menjangkaui sempadan geografik dan perbezaan budaya. Makanan merupakan penyatu besar dan kenyataan ini jelas sekali di sebuah negara berbilang budaya seperti Malaysia di mana semua di sini, daripada penduduk tempatan pelbagai kaum dan juga warga asing yang menginap atau melawat, menikmati hidangan yang ditawarkan dalam suasana citarasa berharmoni yang berbeza!

McDonald’s Delivery Perluas Rangkaian Penghantaran Dengan Food Panda

Capaian dan liputan kawasan McDelivery akan diperluas sehingga 310 titik penghantaran menjelang akhir tahun. 

Bukan itu sahaja, 90 peratus restoran menyediakan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025

2 (1)

McDonald’s Malaysia kini meluaskan lagi rangkaian perkhidmatan penghantaran McDelivery. Aplikasi mudah alih bahru McDonald’s dan kerjasama dengan foodpanda sebagai satu pakatan perkongsian strategik kini membolehkan pelanggan memesan makanan kegemaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

3

Usaha meluaskan rangkaian perkhidmatan penghantaran ini dilakukan selepas McDonald’s mengamati perubahan trend dan kecenderungan pengguna serta perubahan dalam landskap perniagaan yang telah mengwujudkan peluang untuk menghantar hidangan makanan McDonald’s , manisan atau minuman McCafe dengan memanfaatkan kemudahan e-dagang.

Dengan peluasan rangkaian McDelivery dan kerjasama dengan foodpanda, McDonald’s menjangkakan kenaikan ketara sumbangan hasil daripada McDelivery seiring perkembangan pesat saluran perniagaan ini. Untuk tempoh antara Januari hingga Jun 2018, McDelivery sudah pun mencatat kadar pertumbuhan 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Aplikasi mudah alih baharu McDonald’s, yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store, bukan sekadar aplikasi untuk membuat pesanan makanan. Fungsi lain yang menarik termasuk promosi dan tawaran eksklusif harian untuk pelanggan, tempahan untuk majlis hari jadi, mencari lokasi restoran, permohonan pekerjaan, berita dan maklumat terkini daripada McDonald’s, dan juga maklum balas pelanggan.

Bukan setakat itu sahaja, pelanggan McDonald’s juga ditawarkan promosi tersuai menggunakan aplikasi baharu ini berdasarkan rekod pembelian bagi memastikan mereka menerima tawaran paling relevan untuk mereka. Fungsi baharu ini membuktikan bahawa aplikasi direka bentuk sebagai “pusat setempat” untuk menyenangkan pelanggan zaman sekarang yang sentiasa sibuk ke sana sini.

Selain daripada itu, peminat setia McDonald’s boleh merasa gembira kerana McDelivery kini boleh didapati 24 jam sehari.

Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden / Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, usaha meluaskan perkhidmatan McDelivery adalah kerana peningkatan permintaan, yang sebahagian besarnya didorong oleh perubahan gaya hidup pengguna dan juga anjakan dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah.

“Pada zaman sekarang, rakyat Malaysia mendapati sukar untuk keluar makan disebabkan kesibukan dan jadual tugas yang ketat. Sama ada mereka tersangkut dalam mesyuarat kerja, kesesakan jalan raya, atau lebih suka berehat di rumah, mereka patut diberi pilihan untuk menikmati makanan kegemaran mereka.

Sebagai sebahagian daripada rancangan peluasan ini, McDonald’s komited untuk mencuba saluran yang belum diterokai sebelum ini bagi mencapai matlamat yang kami tetapkan, seperti menyediakan lebih 310 titik penghantaran menjelang tahun ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa strategi jangka panjang adalah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 90 peratus restoran McDonald’s dengan perkhidmatan McDelivery menjelang 2025.”

Pakatan perkongsian strategik dengan foodpanda akan memperluas dan mendekati lebih ramai pelanggan McDonald’s di seluruh negara, dan menghantar ke kawasan baharu menerusi rangkaian penghantaran foodpanda yang luas.

Melati seterusnya menjelaskan bahawa sebagai rakan kerjasama terbesar foodpanda, McDonald’s teruja kerana dapat memanfaatkan rangkaian luas yang telah dibina oleh foodpanda untuk mendekati kepada lebih ramai pelanggan di Malaysia.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, berkata,

“Kami amat gembira untuk meletakkan McDonald’s Malaysia dalam rangkaian pengurusan penghantaran foodpanda. Pakatan perkongsian strategik ini selaras dengan misi kami untuk membawa makanan yang menceriakan kehidupan seharian dan memuaskan selera pelanggan kami yang meminati McDonald’s dalam keselesaan rumah atau pejabat mereka sendiri.”

Memandangkan perkhidmatan penghantaran makanan kini menjadi lebih relevan, McDonald’s berhasrat untuk menjalin lebih banyak kerjasama dengan pengendali pihak ketiga pada masa akan datang.

Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga memperlihatkan logo baharu McDelivery kepada wakil media, dengan janji untuk membawa senyuman kepada pelanggan dari satu tempat ke satu tempat.

Mengenai foodpanda Malaysia

Foodpanda memainkan peranan membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 27,000 rakan restoran di lebih 190 bandar raya di 11 negara Asian dan Eropah Tengah. foodpanda aktif di Hong Kong, Singapura, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, India, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, pemimpin industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.foodpanda.my
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Lisa Santa Maria, Pengurus Perhubungan Awam foodpanda
+6017.675.4692
l.santamaria@foodpanda.my

Set Hamper Raya Amazin’ Graze Untuk Pilihan Snek Sihat dan Lazat

Jika selama ini, kita sering melihat hampir kesemua hamper-hamper hari raya padat dengan pelbagai snek makanan, air bikarbonat, gula-gula, manisan, kuih-muih yang tinggi kandungan gula, apa kata tahun ini beralih kepada kotak hamper keluaran Amazin’ Graze.

raya-2018-raya-banner-rev0

Datang dalam DUA set iaitu Joyful Raya Gift Box dan Magnificent Raya Gift Box, kedua-dua hamper ini mengandungi snek-snek makanan yang:

  • 100% semulajadi
  • dibakar fresh
  • diperisakan mengguna bahan-bahan tempatan semulajadi seperti gula Melaka, daun pandan dan kelapa
  • tidak mengguna adunan gula yang diproses serta bahan pengawet

Ini menjadikannya ia set hamper yang sihat dan juga lazat. Anda juga tidak perlu rasa bersalah untuk memakannya kerana kandungan gulanya tidak tinggi.

“Kami ingin mencipta buah tangan hari raya yang boleh meralisasikan impian merek yang menghasratkan kesihatan dan kesejahteraan kepada satu smaa yang lain.”

-Amy Zheng, salah seorang Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazin’ Grace

Joyful-Raya-Gift-Set_1

Joyful Raya Gift Box

-datang dengan TIGA pilihan Granola Amazin’ yang paling laris. Granola ini dipekkan dalam balang moden dengan label bercorak yang diinspirasikan dari Maghribi. Ia dijual pada harga runcit RM49.90. Ia 100% snek vegetarian dan tidak mengandungi alkohol.

  1. Granola Salted Gula Melaka
  2. Granola Blueberry Goji Coconut
  3. Granola Hazelnut Blackforest

Raya_magnificent_set-550x740

Magnificent Raya Gift Box

-datang dengan ENAM pilihan snek sihat Granola, kekacang, buah ara kering dan kurma.

Satu kombinasi snek tradisional dan moden yang cukup sedap, sihat dan enak! Harga runcit adalah RM74.70. Ia 100% snek vegetarian dan tidak mengandungi alkohol.

  1. Granola Salted Gula Melaka
  2. Granola Hazelnut Blackforest
  3. Campuran Kekacang perisa Pandan Coconut
  4. Campuran Kekacang perisa Coconut Curry Lime
  5. Buah Ara kering
  6. Kurma

Set-set raya dengan snek sihat ini, boleh didapati secara eksklusif di  www.amazingraze.co dan diedarkan ke seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Dubai. Pelanggan yang menentap di senua bandar-bandar utama termsuk di Semenajung Malaysia juga layak untuk penghantaran percuma!

Mengenai Amazin’ Graze

Perintis snek sihat yang bertapak di KL dengan misi untuk mengubah cara pemakanan snek. Diasaskan pada taun 2015 oleh tiga sekawan, ia dikenali dengan pelbagai rangkaian granola, campuran kekacang dan mentega kekacang yang sedap dan sihat.

Kesemua produk mereka dijamin akan kesegarannya disediakan dalam kuantiti yang kecil mengguna 100% bahan asli dan tiada penggunaan gula putih dan bahan tiruan. Rangkaian produk diinspirasikan daripada bahan-bahan tempatan yang digemari ramai seperti panda, kari, kelapa dan gula Melaka.

Setakat ini mereka telah mengedar 25 rangkaian produk mereka yang terdiri daripada granola, kekacang dan mentega kekacang dan superfood di 200 tempat secara runcit dan juga di kedai-kedai kesihatan di sekitar Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Untuk lebih lanjut, pelanggan boleh layari lama web: http://www.amazingraze.co atau hubungi +603-40650325 atau hubungi Amy Zheng (016-2202805@emel di amy@amazingraze.co)

 

 

Mulakan Sahur dan Berbuka Puasa Dengan Kismis California

Biasanya ramai yang mengambil hidangan berasaskan oats pada waktu sahur  untuk menambah tenaga sepanjang berpuasa.

Tahukan anda, kismis juga adalah salah satu makanan peningkat tenaga yang bagus?

Untuk lebih bagus, makanlah Kismis California.

dav

Ia adalah snek yang sihat untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hinggalah warga emas kerana ia mengandungi pelbagai khasiat kebaikan dan nutrien yang membantu mengekalkan gaya hidup sihat.

Jawatankuasa Pentadbiran Kismis  (Raisin Administration Committee) Amerika Syarikat telah berkongsi kebaikan Kismis California khasnya di sepanjang bulan Ramadhan nanti pada majlis bersama media yang bertemakan “Puas-Puas Puasa”.

Di majlis itu, wakil media dan penulis blog bepeluang mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan Kismis California dan mempelajari penyediaan hidangan berasaskan kismis yang sesuai diambil sewaktu berbuka puasa dan juga bersahur.

Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Encik Richard Lieu berkata bahawa:

“Bagi kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak, Kismis California sesuai dijadikan snek yang sihat, berbanding makanan snek yang lain kerana rasa manisnya semula jadi dan tidak mengandungi sebarang gula tambahan.

Kismis California juga merupakan bahan makanan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai sajian masakan, tidak kira sajian pembuka selera ataupun sajian utama mahupun pencuci mulut dan minuman, lebih-lebih lagi dalam keadaan pengguna masa kini yang lebih mementingkan penjagaan kesihatan dan lebih berani meneroka pengalaman kulinari pelbagai cita rasa.

Kismis California sesuai untuk sahur atau berbuka puasa, kerana ia bukan sahaja sedia untuk dimakan, tetapi juga lazat dan sihat. Satu kotak kecil Kismis California boleh diselitkan dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga boleh dimuatkan ke dalam bekas makanan tengah hari, beg gim dan dalam laci meja kerja.”

dav

Kismis California juga menjimatkan, tidak mudah rosak dan senang untuk digunakan terus dari kotak, tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang, menyenangkan anda untuk menyediakan sajian mudah seperti Yogurt Kismis California untuk emmulakan hari anda, manakala sajian ringan yang menggunakan Kismis California boleh dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Untuk menunjukkan kesenangan mengguna Kismis California dalam masakan di rumah, personaliti TV popular yang juga seorang ibu, Nur Affizza Azmi menunjukkan tiga resipi mengguna Kismis California untuk dinikmati oleh profesional yang sibuk dan aktif sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Kini, mereka yang sentiasa sibuk tidak perlu lagi risau mengenai kesihatan dan pemakanan kerana Kismis California adalah bahan ideal untuk dimasukkan dalam sajian makanan yang berkhasiat dan memberikan tenaga.

Kismis California buka sekadar membuka selera tetapi juga adalah sumber pemakanan yang sesuai untuk digunakan dalam sajian makanan memandangkan isu kesihatan yang semakin meningkat seperti kencing manis.

Dalam kenyataannya, pakar diet bertauliah dari Hospital Pakar KPJ Damansara, Adibah Rushda Ismail, menerangkan beberapa cara yang praktikal untuk menjaga kesihatan sepanjang berpuasa. Beliau juga menjelaskan tentang bagaimana Kismis California boleh dijadikan bahan makanan untuk menambah tenaga dan membekalkan pelbagai nutrien yang perlu untuk mencergaskan badan sepanjang Ramadhan.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat menyarankan orang dewasa mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah yang sedia dimakan dan boleh dibawa ke mana-mana seperti Kismis California memenuhi kuota yang diperlukan.

Pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:

  • Semula jadi sepenuhnya
  • manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • tidak mengandungi lemak dan kolesterol serta rendah garam secara semula jadi
  • sumber Kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem sarat)
  • sumber serat
  • sumber nutrien
  • diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang berkaian dengan kaviti dan penyakit gusi

Untuk maklumat lanjut, layari: www.calraisins.org dan www.caraisins.com. dan FB:@RACAsean

McDonald’s Hidupkan Legasi Nasi Lemak Dengan Perkenalkan Burger Nasi Lemak

Nasi lemak memang favorite ramai tak kisah sewaktu sarapan pagi, makan tengahari maupun makan malam. 

WEE_4567 (Large)

Mengambil populariti nasi lemak, McDonald’s memperkenalkan Burger Nasi Lemak, satu hidangan baharu yang tampil ringkas namun padat. Boleh didapati dalam tempoh masa terhad dari 26 April, Burger Nasi Lemak pastinya mampu membangkitkan citarasa anda.

Dengan kepingan ayam enak yang dimasak menggunakan santan, disalut dengan emping jagung yang rangup dan ditambah dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis serta kepingan timun segar yang dihidangkan bersama ban cili.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata, McDonald’s berbangga kerana dapat menawarkan hidangan-hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Burger Nasi Lemak McDonald’s diinspirasikan daripada rasa enak nasi lemak tempatan yang dijual oleh  pengusaha tempatan. Kami berbangga kerana dapat memberi penghormatan atas sumbangan mereka yang menghidupkan legasi nasi lemak sehingga hari ini.

Bagi memberi penghormatan kepada para penjual nasi lemak di seluruh negara dan meraikan kegemaran rakyat Malaysia terhadap hidangan popular ini, McDonald’s menjemput enam pengusaha nasi lemak untuk turut serta dalam majlis pelancaran hari ini.” 

Mereka adalah:
1. Nasi Lemak BK 4, Bandar Kinrara, Kuala Lumpur
2. Nasi Lemak Angah, Sentul, Kuala Lumpur
3. Warung Sinarnor, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
4. Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam, Kuala Lumpur
5. Nasi Lemak Mok Teh, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
6. Barba Bros, Bandar Utama, Petaling Jaya

McDonald’s akan terus menambah baik tawaran menunya dengan pelbagai pilihan hidangan untuk memenuhi citarasa para pelanggan.

“Kami ingin berada lebih dekat di hati pelanggan dengan menawarkan menu yang mampu memenuhi citarasa ramai – pelbagai pilihan yang mudah, dan harga yang berpatutan. 

Untuk memastikan matlamat ini tercapai, kami perlu sentiasa melakukan inovasi terhadap menu kami, termasuklah kemampuan untuk sentiasa peka dan mengambil tindak balas efektif terhadap kemahuan pelanggan yang berubah-ubah,” tambah beliau.

“Seiring dengan janji kami untuk menyediakan hidangan yang enak untuk semua, McDonald’s Malaysia akan terus memberi fokus untuk menawarkan hidangan yang segar, berkualiti tinggi dan bernilai bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmatinya pada bila-bila masa.” 

Burger Nasi Lemak McDonald’s boleh didapati dengan harga RM14.95 untuk ala carte dan RM16.95 untuk set regular, termasuk kentang goreng dan 100PLUS.

Selain Burger Nasi Lemak, antara menu kegemaran ramai lain termasuklah Bubur Ayam, Cakoi dan juga Ayam Goreng McD yang sangat popular.

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyediakan menu pencuci mulut citarasa tempatan seperti D24 Durian McFlurry, MILO McFlurry, Banana Pie, Pulut Hitam Pie, Red Bean Pie, Taro Pie dan aiskrim kon perisa Cendol.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Rozita Ahmad | Wan Shariena Bahrom, McDonald’s Malaysia
+603.7843.3236
Rozita.Ahmad@my.mcd.com | WanShariena.Bahrom@my.mcd.com

Rapper Singapura Buka Restoran Burger FatPapas Versi Halal di Publika

Tak perlu ragu-ragu atau was-was lagi kalau nak makan di FatPapas sebab sekarang ada restoran yang halal 

Photo by Andy Kho

Penyanyi Rap terkemuka Singapura, Sheikh Haikel merasmikan pembukaan restoran burger Halal FatPapas  di Publika.

“Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di 
Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut.

Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Alhamdulillah kerana sambutan hangat yang diterima dan saya tidak menjangkakan barisan panjang setiap kali kami beroperasi sejak penubuhannya. Bukan itu sahaja, gambar pengunjung FatPapas sedang menikmati makanan yang kami sediakan dimuatnaik ke media sosial lalu dikongsi dan dilihat oleh netizen sehingga menjadi tular.

Fokus saya pada mulanya adalah untuk memastikan makanan yang kami sediakan seakan- akan FatBoy’s tetapi dalam versi Halal, dan saya juga pastikan sendiri setiap bahan yang digunakan seperti garam dan sos mestilah diiktiraf Halal sebelum ia dibenarkan memasuki premis kami, dan hasilnya adalah burger Halal dengan rasa yang menakjubkan yang disediakan daripada hati bagi memastikan kepuasan pelanggan Muslim serta bukan Muslim kami.”

Photo by Andy KhoDari permulaan yang sangat sederhana dengan hanya sebuah cawangan, kini FatPapas telah berkembang ke 2 buah cawangan lagi, 1 di Katong dan 1 di Northpoint. Pada bulan Mei nanti, satu lagi cawangan bakal dibuka di Waterway Point.

Bercerita mengenai pengalaman pertama Sheikh Haikel merasai Country Fried Steak yang merupakan penyebab bagaimana ini semua terjadi dan mahu semua orang mencubanya:

“Bayangkanlah daging stik seberat 180 gm berkualiti tinggi, diketuk sehingga nipis sempurna lalu diselaputi habuk roti yang empuk digoreng serata sehingga keemasan dan dicurahkan pula dengan sos béchamel… sangat menakjubkan!

Di FatPapas, kami menyediakan pelbagai jenis burger bagi memenuhi selera pelanggan yang berlainan. Kami juga turut menyediakan menu istimewa lain seperti BBQ Beef Ribs, Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog yang diberi nama ‘The Stiffee Foot-Long’.

Selain itu, kami juga turut menyediakan ‘Secret Menu’ dimana jika anda bertuah, anda dapat merasai pesanan rahsia kami yang dipanggil ‘The Sheikh Haikel Burger’ yang diinspirasikan daripada Country Fried Stake yang merupakan permulaan bagi segalanya.

Pelanggan juga boleh menjadi lebih kreatif dengan ‘Build Your Own Burger’ di mana anda sendiri dapat menentukan roti jenis apa yang anda mahukan dengan pilihan yang pelbagai – dari pemilihan daging (lembu, kambing, ayam rangup) ke jenis-jenis sos yang berlainan (truffle mayo, smoked chipotle or salted egg) bagi memenuhi kehendak selera masing- masing.

Seterusnya, apalah burger tanpa minuman milkshake yang menyelerakan, di FatPapas banyak perisa yang ditawarkan untuk setiap pelanggan!

Bercerita lanjut mengenai konsep restoran dan apa sebenarnya FatPapaps, Sheikh Haikel mengulas,

“Kalau di Singapura, kami telah berkolaborasi dengan artis grafiti tempatan yang merupakan pencipta logo utama FatPapas dan untuk cawangan pertama kami di Kuala Lumpur, kami telah menjemput artis grafiti dan pelukis profesional Malaysia bernama Katun yang merupakan pakar dalam penghasilan karakter-karakter berteraskan buku komik dan hasilnya adalah menakjubkan. Selain itu, uniform para staf dan cenderamata yang boleh dibeli jika berkunjung di restoran kami adalah hasil kolaborasi dengan jenama Eastside Barrio.

Apa yang boleh saya ungkapkan di sini adalah FatPapas merupakan tempat di mana  penggiat industri hiburan dapat berkumpul dalam situasi yang tidak perlu berpura-pura dan bersama-sama menikmati juadah enak yang disediakan.”

Antara selebriti yang pernah berkunjung ke FatPapas adalah Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Anis Nabilah dan juga artis-artis dari Singapura.

Kempen ‘Ibu Sejati’ Lady’s Choice Dorong Ibu Lakukan Yang Terbaik

 

Diharapkan mesej “Tiada Ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati” mampu mengatasi masalah stereotaip yang dihadapi oleh ibu-ibu di luar sana  yang mana tiada ibu yang sempurna 100 % namun ibu sejati mampu memberikan yang terbaik!

IMG_20180410_151955

Jenama mayonis terkemuka Malaysia, Lady’s Choice mengumumkan pelancaran ‘Ibu Sejati’, iaitu kempen kesedaran di seluruh negara untuk mengatasi stereotaip ibu sempurna.

Mesej “Tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati” yang ditonjolkan bukan sahaja sekadar perkataan, tetapi juga merupakan cara jenama Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan.

‘Ibu Sejati’ menampilkan kisah sebenar penuh inspirasi tiga orang ibu dan bagaimana mereka menangani masalah dalam peranan harian mereka. Disampaikan melalui sebuah siri video, kisah-kisah penuh emosi yang menarik menggambarkan peranan unik ibu-ibu ini dan pendekatan berbeza yang diambil dalam mendahulukan anak-anak mereka.

Bagaikan wira yang tidak didendangkan untuk insan yang tersayang, barisan ibu-ibu ini merangkumi Wan Musfirah Aimi yang merupakan seorang ibu berkerjaya, ibu tunggal Natalie Hussin, dan suri rumah sepenuh masa, Normani Isa, yang masing-masing mempunyai tiga orang anak.

“Peranan seorang ibu telah berubah dengan tanggungjawab yang lebih besar dalam persekitaran yang pantas hari ini – terutamanya bagi mereka yang perlu mencari keseimbangan antara kerjaya, menjadi isteri yang bertanggungjawab di samping membesarkan anak-anak, dan juga meluangkan masa untuk diri sendiri. Walaupun berguna, sumber inspirasi yang boleh didapati di Internet kadang-kala boleh meningkatkan tekanan dalam kalangan ibu bapa. Ini boleh menimbulkan keresahan di mana mereka merasakan bahawa mereka masih tidak melakukan yang secukupnya untuk anak-anak mereka.”

-Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Ringan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Kajian menunjukkan bahawa 84 peratus daripada ibu-ibu di Asia sering menggunakan Internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Mereka juga percaya bahawa Internet adalah sumber yang boleh membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik untuk keluarga mereka . Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mendedahkan ibu-ibu kepada tekanan sosial apabila kemahiran keibubapaan dan pilihan mereka sering dipertikaikan.

Jelas Shiv,

“Sebagai jenama mayonis No. 1 yang dipercayai oleh berjuta-juta rakyat Malaysia, kami berada di kedudukan yang sesuai untuk mendorong perbualan ini. ‘Ibu Sejati’ menggalakkan para ibu untuk menerima hakikat bahawa ibu yang sempurna tidak wujud, malah lebih penting untuk menjalani kehidupan sebenar dan menunjukkan kasih sayang mereka, walaupun hanya melalui sarapan mudah yang lazat dan berkhasiat. Kami di Lady’s Choice mahu memainkan peranan proaktif untuk memberi inspirasi dan menyediakan penyelesaian kepada semua ibu.”

Wajah baru dengan kebaikan yang sama

Kempen ‘Ibu Sejati’ adalah inisiatif yang tepat pada masanya seiring dengan pengenalan pembungkusan baharu untuk mayonis Lady’s Choice. Dengan penampilan baharu dalam botol cantik dan mudah, mayonis Lady’s Choice mengekalkan kebaikannya sebagai penyelesaian yang mudah dan serba sesuai bagi menyediakan sandwic yang enak dan berkhasiat dengan mudah sekali.

Diperbuat dengan 100% ramuan sebenar dan kaya dengan Omega-3, iaitu asid lemak penting bagi perkembangan kanak-kanak, mayonis Lady’s Choice adalah teman yang paling baik untuk meringankan beban ibu semasa menyediakan sarapan berkhasiat untuk anak mereka.

Untuk membawa kempen ‘Ibu Sejati’ ke seluruh Malaysia, Lady’s Choice telah menjalin kerjasama kandungan yang unik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima untuk meluaskan jangkauannya dan melibatkan berjuta-juta ibu menerusi platform televisyen terkemuka. Kerjasama itu juga menggunakan sumber kreatif rangkaian tersebut untuk menghidupkan kisah ‘Ibu Sejati’, sambil memberikan kandungan yang bermutu tinggi.

Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata,

“Daripada semua usaha sama kami dengan jenama Unilever sejak bertahun-tahun, kerjasama kali ini memberikan salah satu hasil yang paling memuaskan daripada segi kreatif. Kempen ‘Ibu Sejati’ membawa mesej yang bermakna dan patut dihayati oleh berjuta-juta isi rumah di seluruh negara. Kami bersama dengan Lady’s Choice sepenuhnya dalam usaha untuk membantu ibu-ibu dengan perjuangan mereka terutamanya pada waktu pagi.”

Sebagai lanjutan kempen ini, Lady’s Choice akan melaksanakan pengaktifan seluruh negara untuk berhubung dengan para ibu Malaysia, di samping memberi pendidikan pemakanan berkhasiat yang berterusan dari bulan April hingga September 2018.

Sempena menyambut Hari Ibu, Lady’s Choice juga akan memberi ganjaran kepada ibu-ibu dengan baucar spa eksklusif pada bulan Mei.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/LadysChoiceMalaysia.

Mayonis Lady’s Choice dalam bungkusan baru kini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

CADBURY Teruskan Usahasama Dengan Liga Perdana Inggeris

 

Mereka yang memenangi pertandingan anjuran Cadbury berpeluang menonton Liga Perdana di UK dengan trip berbayar sepenuhnya! 

Andrew Cole kicks off the launch of Cadbury's partnership with the Premier League in Malaysia

Cadbury dan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) mempunyai persamaan yang ketara terutamanya dalam mencetus detik manis di antara teman – teman dan keluarga tersayang.

Cadbury, jenama konfeksi ternama di bawah Mondelēz International dan teraju bola sepak Liga Perdana, telah melanjutkan usahasama ini ke Malaysia.

Sempena usahasama ini, Cadbury telah menganjurkan sebuah pertandingan di mana 10 pemenang berserta seorang teman berpeluang memenangi tiket Hospitaliti Korporat dan trip berbayar sepenuhnya ke UK untuk menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka. Pertandingan ini bermula dari 1 Mac hingga 31 Mei 2018.

Langkah- langkah untuk menghantar entri adalah seperti berikut:

1. Beli sebarang product Cadbury dengan apa-apa nilai dari mana-mana kedai di seluruh negara
2. Hantar resit sebagai bukti pembelian melalui Whatsapp ke 016-6688576

Usahasama bersama Liga Perdana ini telah diumumkan buat pertama kalinya di UK pada tahun lepas, secara tidak langsung menambah kepada sejarah penglibatan Cadbury dengan sukan ikonik termasuk penajaannya bagi Sukan Olimpik London pada tahun 2012. Kolaborasi yang menyatukan dua jenama ikonik global ini ternyata mempunyai tempat yang unik dalam setiap budaya dan hati masyarakat di dunia.

Nikhil Nicholas, Pengurus Kategori Coklat, Mondelēz International berkata:

“Apa yang pihak kami cuba sampaikan melalui usahasama jangka-panjang ini , adalah untuk mencipta sebuah platform bagi jenama Cadbury untuk berkongsi kegembiraan melalui kepelbagaian agenda, dan ini merupakan sesuatu yang Mondelēz International ingin lakukan secara konsisten.”

Seperti yang sedia maklum, Malaysia ternyata sebuah negara yang mempunyai peminat yang besar terhadap sukan bola sepak. Saban malam, ramai yang mengambil peluang untuk berkumpul dengan teman dan keluarga tersayang di mamak atau pun di rumah sambil menonton perlawanan yang disiarkan. . Dengan usahasama ini, ianya diharapkan dapt menyatukan peminat produk Cadbury danpeminat setia bola sepak dan memberikan mereka pengalaman yang menyeronokkan dari perkongsiaan ini.

Sebagai syarikat konfeksi terbesar dunia, Cadbury telah berjaya mencipta nama di Malaysia selama lebih daripada empat dekad. dan telah mencipta rangkaian produk kegemaran seperti Cadbury Dairy Milk dan Zip serta variasi produk yang baharu dan mengujakan seperti Cadbury Dairy Milk Oreo, Cadbury 5 Star dan Marvellous Creations.

Dengan pertumbuhan pasaran coklat yang memberangsangkan di rantau Asia Tenggara, Cadbury telah memperlihatkan satu peralihan dalam pasaran sasaran utama. Pengguna generasi muda kini tidak hanya mencari produk yang berinovasi namun mereka cenderung memilih produk yang memberikan keunikan tersendiri sekaligus berupaya mencipta kegembiraan dalaman hasil daripada pengambilan coklat.

“Hari ini, pengguna meletakkan kesetiaan kepada kebolehan sesebuah jenama untuk mencipta pengalaman baharu dan dalam format yang mengujakan. Kami melihat usahasama strategik ini sebagai peluang besar bagi kami untuk mengukuhkan kesetiaan jenama dan penambahan kepada jumlah pelanggan untuk memastikan pertumbuhan bisnes yang mampan di Malaysia.” tambah Nikhil.

Menambah kepada keseronokan pengumuman usahasama tersebut, lagenda Liga Perdana Inggeris Andrew Cole atau lebih dikenali sebagai Andy Cole telah merasmikan usahasama ini dalam sebuah majlis semasa lawatan tiga hari beliau ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bekas pemain bola sepak Liga Inggeris ini amat dikenali semasa beliau di Manchester United, di mana beliau telah mengukuhkan status beliau sebagai ikon bola sepak yang prolifik bagi liga tersebut termasuklah sebagai penjaring gol yang konsisten semenjak pelancaran liga tersebut pada tahun 1992. Beliau merupakan penjaring gol ketiga tertinggi dalam sejarah Liga Perdana dengan 187 gol.

Berucap di majlis pelancaran, Andrew berkata,

“Saya berasa sangat rendah diri kerana terpilih untuk merasmikan usahasama mengujakan di antara Cadbury dan Liga Perdana ini. Saya pernah melawat Kuala Lumpur sebelum ini dan rakyat Malaysia ternyata mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak. Usahasama ini merupakan inisiatif yang hebat oleh syarikat terkenal seperti Cadbury yang mempunyai fokus yang sama seperti Liga Perdana dalam mencipta keseronokan kepada peminat setempat. Saya amat teruja bersama dengan Cadbury dan Liga Perdana dalam merayakan kehebatan bola sepak bersama dengan jenama coklat kegemaran dunia.”

Bagi maklumat lanjut tentang Cadbury FC, sila layari Facebook Cadbury di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

ATAU

layari http://www.Mondelēzinternational.com,  http://www.facebook.com/Mondelēzinternational & http://www.twitter.com/MDLZ