5 Rawatan Dalam 1, Revolusi Pemutih Menyeluruh Dari DR WU

Mengguna bahan tambahan Glutathione Paten Jepun, All New Glutalight Whitening System ini menghasilkan pemutihan kulit menyeluruh dengan sempurna.

VD0842_SASA Booklet Seri Bersama Sasa 2019 (R3) FA_OL

DR. WU, adalah jenama produk komersial pertama menggunakan Glutathione dipaten di Jepun.

Glutathione telah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan.

JAS05662

Buat julung kalinya, penggemar kecantikan kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan, bagi membangunkan produk yang sangat stabil tetapi efektif untuk penggunaan secara terus.

Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.

Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah bersifat pelbagai-aspek bagi menyasarkan pelbagai keadaan sedia ada kulit dan membentuk pelbagai fungsi serentak.

Pertamanya, ia perlu:

  1. MELINDUNGI kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya. Ini merupakan punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit.
  2. Ia juga harus mampu MENYEKAT kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin. Melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang – lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit.
  3. ia perlu membantu kulit MENTERBALIKKAN kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit.
  4. sebuah produk pemutih kulit juga perlu MENGHIDRAT kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekali gus memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.

Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System diformulakan bagi mewujudkan produk pemutih secara menyeluruh terulung dengan Glutathione sebagai bahan utama. Digunakan terus pada kulit, Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit.

Bertindak seiring dengan bahan-bahan utama lain seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) untuk memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin; bahan penstabil Hyalo-Oligo®, iaitu sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama; ekstrak Silybum Marianum daripada susu thistle (tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit; Vitamin B3 untuk mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi; Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk melegakan keradangan dan melembapkan kulit, membuatkan Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System padat sebagai produk pemutih yang memberi kesan pada setiap peringkat.

“Dengan Glutalight™, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, berseri, lembap, lembut dan lasak dalam satu produk sahaja. Sebagaimana kesemua produk lain Dr. Wu, kami berbangga dalam menghasilkan formula penjagaan kulit yang luar biasa ini dengan tumpuan utama kepada bahan-bahan aktif berkualiti tinggi untuk memberi hasil yang efektif dan dapat dilihat dalam tempoh yang lebih singkat.

Produk-produk Glutalight™ tidak mengandungi sebarang bahan-bahan sensitif dan fotosensitif mahupun alkohol, menjadikan ia cukup lembut walau pada kulit sensitif dan kulit selepas rawatan. Kulit licin bagaikan porselin bukan milik eksklusif kepada golongan selebriti sahaja. Anda juga boleh mendapatkannya dalam suasana selesa di rumah,” kata Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif produk Dr. Wu di Malaysia.

Menurut laporan ujian dijalankan oleh makmal kosmetik Providence University ke atas 40 individu berusia antara 20-50 tahun yang menggunakan Glutalight™ Whitening System berterusan selama 28 hari, hasilnya menunjukkan bahawa 97.5% responden menyedari kulit mereka lebih cerah dengan Glutalight™ Whitening Serum. Manakala 95% merasakan kulit lebih bersinar; 95% peratus merasakan kulit semakin kurang gelap; 97 % merasakan kelembapan kulit meningkat; dan 100% merasakan warna kulit semakin sekata. Responden menyedari keserian kulit semakin meningkat antara 7 hingga 28 hari penggunaan produk, di samping penurunan paras keluasan dan kedalaman noda hitam, manakala 82.5% melaporkan penurunan jumlah titik noda hitam dan 92.5% melaporkan penurunan ketara di kawasan yang dilitupi noda hitam.

Sebagai kesimpulannya, Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System bukan seperti produk pemutih biasa. Ia bertindak serentak dengan 5 fungsi berbeza hanya dalam satu botol:

  • memutihkan
  • menghaluskan dan menghidrat
  • menyerikan kulit kusam
  • menghasilkan anti-pigmentasi secara mendalam
  • membuatkan tona kulit wajah lebih sekata.

Hasilnya? Kulit cerah tanpa cela dari setiap sudut.

Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System akan membuat pra-pelancaran sulungnya pada Mei 2019 di semua cawangan Sasa seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System, sila layari laman sesawang:

Rangkaian All- New Dr Wu Glutalight™ Whitening System mengandungi:

  • DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING ESSENCE TONER 150ml (RM179)

Meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit

Penyegar seperti serum yang boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua-dalam-satu. Produk pertama yang menggunakan revolusi formula pemutihan “Glutalight™” mengandungi Glutathione dipaten di Jepun yang menggunakan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, dan ditambah Allantoin untuk melembutkan kulit, dengan kesan pemutihan dan kelembapan, mengurangan dengan berkesan kemunculan pigmentasi, serta mencerahkan kulit kusam dan tidak sekata, Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit yputih sempurna!

  • DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING LOTION 50ml (RM219)

Memperbaiki kulit, menjadikan ia cerah dan bersinar

Losen yang teksturnya ringan dan berkrim ini, merupakan yang pertama menggunakan formula pemutih “Glutalight™” yang dipaten di Jepun, bersama-sama dengan AA2G, HerbEx Silybum Extract™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro, yang boleh mengurangkan kemunculan pigmentasi selain menghaluskan dan melembapkan kulit. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

  • DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING SERUM 15ml (RM 169)

Menghentikan melanin pada setiap peringkat: pemutih yang lengkap

Padat dengan bahan-bahan pemutih berkepakatan tinggi. Ia meratakan warna kulit yang tidak sekata dan mencerahkan noda hitam, menjadikan wajah anda nampak berseri dengan hanya dalam satu botol. Produk pertama menggunakan revolusi formula pemutih Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten di Jepun, selain kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk menghalang sepenuhnya pengeluaran melainan bagi kesan pemutihan yang cepat dan kekal lama. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

  • DR. WU GLUTALIGHT™ WHITENING EYE SERUM 15ml (RM 179)

Menghilangkah kegelapan dan meningkatkan keanjalan kulit

Serum mata dengan tekstur sangat ringan ini menggunakan revolusi formula pemutihan Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten diJepun, selainn kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, Asid Hialuronik molekul mikro dan Haloxyl untuk meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemunculan lingkaran hitam di keliling mata. Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s