Alhamdulillah, sempat merasa kedatangan Ramadan tahun ini. Maklumlah setahun sekali, jadi memang diraikan kehadirannya.
Bila sebut Ramadan, mesti tak sabar nak pergi bazar sebab nak beli makanan untuk berbuka puasa. Macam-macam makanan dan minuman semua ada. Rasa nak beli semuanya. Tambah seronok, bila beramai-ramai pergi bazar, memang kecoh dan meriah sangat!
Tapi bila ramai sangat orang bersesak-sesak di bazar, dengan cuaca panas dan lembap sebenarnya kita semua meningkatkan risiko kepada pendedahan kuman-kuman yang ada di sekeliling.
Sebab itu, anda perlu menyediakan perlindungan diri dan keluarga terhadap kuman-kuman ini melalui penggunaan produk Dettol.
Sudah sekian lamanya, Dettol menjadi jenama perlindungan kuman dan bakteria yang paling dikenali. Sebab itu, kehadiran Ramadan ini, Dettol meneruskan tanggungjawabnya dengan melindungi keluarga-keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.
Jadi bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga dengan:
• Sabun Tangan Dettol– untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
• Sanitiser tangan Dettol– boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
• Cecair Antiseptik Dettol-membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik.
Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.
Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.
Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.
Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!
Leave a Reply