“Get Your Fit”Tawar Padanan Mengikut Kesesuaian Bentuk Badan

Siapa kata tuala wanita ni sama sahaja untuk semua kaum hawa tidak kira bentuk badan.

Tidak sebenarnya.

Official Launch of Libresse Get Your Fit 3

Sebab itu, jenama tuala wanita Libresse yang sememangnya terkenal sebagai jenama penjagaan wanita terkemuka mengadakan Kempen “Get Your Fit” yang menawarkan padanan tuala wanita mengikut bentuk badan yang berbeza agar dapat memberi perlindungan optimum setiap kali kedatangan haid setiap bulan tanpa perlu risau mengenai masalah kebocoran.

“Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam inovasi tuala wanita, kami mempunyai dialog dengan kaum wanita tentang apa yang membimbangkan seseorang waita serta apa yang memberikan ilham kepada mereka. Kami berharap dapat menyokong kehidupan mereka sebagai seorang wanita, terutama sekali ketika menghadapi cabaran dalam pelbagai aspek hidup dan salah satu daripada cabaran tersebut adalah kebimbangan terhadap isu kebocoran ketika waktu haid di mana isu ini sangat nyata di kalangan wanita,” jelas Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran, Vinda Group Asia Tenggara.

IMG_20190618_100227

“Semua wanita berbeza bentuknya, dengan kontur dan bentuk badan yang berlainan. Menyedari fakta ini, kami percaya bahwa satu saiz sahaja bukannya sesuai untuk semua orang. Oleh itu, pilihan yang lebih luas untuk tuala wanita diperlukan, maka rangkaian yang baru dihasilkan dengan gabungan ketebalan dan kepanjangan pad yang bersesuaian berdasarkan ukuran pinggul dan aliran haid amat penting demi memberikan keselesaan dan perassa selamat. Ini adalah idea di sebalik kempen “Get Yor Fit” ini.”

IMG_20190618_100303

Kempen ini disokong oleh selebriti wanita terkenal iaitu Sharifah Amani dan Filzah Awok yang turut menyuntikkan unsur lawak berkaitan topik ini yang seringkali dianggap sebagai topik yang pantang diperkatakan atau tabu. Pandangan realistik mereka terhadap isu-isu ketidakyakinan yang turut dihadapi termasuklah mencari tuala wanita yang benar-benar sesuai adalah satu kisah yang benar bahawa wanita mempunyai kebimbangan masing-masing tidak kira status sosial mahupun kejayaan yang dikecapi dalam hidup.

Ikuti kisah mereka di Instagram @sharifah_amani dan @fizahawok bagi mendengar mesej yang ingin disampaikan sepanjang berlangsungnya kempen ini.

Rangkaian Produk Diperbaharui Untuk Menawarkan Padanan Berbeza Untuk Kontur Badan Berbeza

Sebagai seorang wanita yang menghadapi cabaran bagi mencapai kesesuaian dala  setiap aspek hidup, dari pakaian hingga ke kasut, Libresse menyahut seruan dengan memperkenalkan rangkaian produk yang diperbaharui dalam variasi:

  • Invisible Fit
  • Slim Fit
  • Maxi Fit
  • Long & Wide Fit

Rangkaian baru ini menawarkan prestasi yang lebih baik, dengan lapisan yang lebih lembut dan kering untuk keselesaan dan perlindungan yang mantap. Turut ditawarkan adalah Maximum Security Panties yang baharu dengan rekaan BodyFit untuk perlindungan yang optimum terhadap kebocoran.

Kesemua tuala wanita Libresse direka dengan teknologi SecureFit yang dipatenkan bagi memastikan pad sesuai dengan kontur badan tidak kira bagaiman anda bergerak. Bahagian lebar didepan memastikan pad kekal di bahagian intim anda.  Bentuk tirus di tengah memastikan pad duduk selesa di antara kedua-dua belah peha. Reka bentuk unik berbelah di belakang merapatkan pad pada punggung. Selain itu, Deep Flow Channnels (DFC) dengan pantas menyerap dan mengalirkan cecair ke dalam pad untuk kekeringan yang lebih baik sambil mengelakkan kebasahan pada kulit.

Di samping itu, Libresse Daily V-Fresh Liners juga memaparkan rupa baru yang menyegarkan, direka dengan CurveFit yang dipatenkan mengikut kontur badan untuk penjagaan bahagian intim setiap hari.

Rangkain produk baru Libresse kini didapati dalam warna pek yang berlainan direka khas untuk mengenal pasti variasi yang berlainan dengan mudah. Ia boleh dibeli di pasar raya, farmasi dan kedai runcit di Malaysia.

Untuk membantu wanita di Malaysia mendapatkan padanan yang sesuai, Libresse akan membawa kempen “Get Your Fit” ke lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara melalui aktiviti di kedai-kedai serta trak Libresse hingga 13 Julai. Kunjungi mana-mana lokasi untuk Get Your Fit dan rasai kelainannya sendiri.

Orang ramai boleh menyertai kuiz “Get Your Fit” di www.libresse.com.my/products/getyourfitquiz untuk mengetahui tuala wanita mana yang sesuai berdasarkan kontur badan dan aliran haid.

Untuk butiran lengkap, layari:

Jangan lupa #LibresseMy dan #GetYourFit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: