Jom ke Ekspo I LOVE COFFEE & TEA

Apalagi peminat kopi dan teh, kita serbu beramai-ramai ke ekspo yang menawarkan pelbagai jenis kopi dan teh.

 

IMG_20190624_122229

Bukan itu sahaja, pelbagai tawaran dan hadiah menarik disediakan jika anda membeli produk di ekspo ini!

 

IMG_20190624_123239

Dianjurkan oleh Golden Land Expo (M) Sdn. Bhd. bermula dari 24 Jun hingga 30 Jun 2019, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di pusat beli-belah Da Men Mall, Subang Jaya. Terdapat juga gerai- gerai bertema unik dan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang ekspo.

IMG_20190624_115028

Banyak promosi yang menarik dengan harga berpatutan ditawarkan kepada orang ramai yang hadir ke ekspo ini. Selain itu, terdapat juga persembahan dan pertandingan yang menarik seperti mewarnakan lukisan bertema kopi untuk kanak-kanak dan orang dewasa, Board game dan banyak lagi.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat, pada 28 Jun iaitu hari Jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang,  pihak Golden Land Expo mengundang DUA rumah kebajikan yang terdiri daripada Rumah Orang Tua Yi Xing USJ Old Folks Home dan Rumah Charis Old Folks Home untuk membuat hiasan kegemaran sendiri atas kek-kopi dan biskuit-biskuit.

Selepas itu, penghuni rumah-rumah kebajikan ini akan diraikan dengan jamuan makan petang  pada pukul 2 sehingga 4pm. Pada hari yang sama juga iaitu pada pukul 5 hingga 7 malam, Kanak-kanak Unprivileged dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah(RACTAR)yang dijemput oleh Golden Land Expo akan bersama-sama melibatkan diri dalam membuat aktiviti hiasan. Pasti kanak-kanak ini akan menyukai aktiviti ini kerana mereka akan membawa balik hasil kreativiti mereka sendiri!

Objektif mengadakan CSR Program ini adalah agar mereka semua dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang luar biasa dari program lain dan juga memperoleh banyak pengetahuan mengenai Master Roti dan Kek. Dengan ini mereka dapat merasai hari yang gembira apabila mempunyai kenangan yang indah.

Dan yang paling penting adalah Ekspo I LOVE COFFEE & TEA ini tidak dikenakan sebarang bayaran!

Jadi, hubungi keluarga, sanak-saudara dan rakan- rakan untuk datang ke eskpo ini  untuk mendapatkan tawaran yang hebat di bandar!

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati http://www.goldenland.com.my atau hubungi no +6012 264 5727 (Joon) +6012970 8229 (Kelvin).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: