MILO Protein Up Dengan Protein Susu Bekal Tenaga Untuk Golongan Dewasa

Ramai yang ingat protein susu hanya untuk mereka yang aktif dalam bina badan sedangkan protein susu perlu dalam kehidupan seharian.

IMG_20190724_112327

Tahukah anda?

Protein perlu dalam membentuk rangka tubuh kita. Selain itu, iamembantu membina tisu tubuh dan membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.

Berbekalkan misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu golongan dewasa muda memahami peranan protein dalam kehidupan harian.

MILO® PROTEIN UP™ launch_24072019

MILO® kini memperkenalkan MILO® PROTEIN UP™, produk ready-to-drink (sedia diminum) terbaru yang dirumus khas untuk golongon ini. Ia dapat meningkatkan pengambilan protein di kalangan golongon dewasa muda yang ingin memulakan gaya hidup yang cergas dan aktif.

Padat dengan 13g protein susu yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 2 biji telur , satu hidangan MILO® PROTEIN UP™ memenuhi 21% saranan pengambilan protein harian golongon dewasa2. Protein membantu golongan ini mengekal dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh. Protein juga merupakan blok binaan asas untuk otot yang menyokong pergerakan kita setiap hari, di samping membantu membina kekuatan3.

“Kami teruja untuk melancarkan MILO® PROTEIN UP™ dalam usaha berterusan kami untuk membekalkan tenaga yang berkhasiat kepada pengguna dewasa muda ke arah gaya hidup yang cergas dan aktif. Tinggi dengan protein, MILO® PROTEIN UP™ berbeza dengan produk MILO® lain dan membekalkan pilihan kepada golongon dewasa muda yang mencari produk tinggi protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka,’ jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Tambah beliau,

“Kami di MILO® akan terus menerajui inovasi produk yang bukan sahaja menyokong gaya hidup aktif pengguna-pengguna kami malah memberi inspirasi kepada mereka untuk mengorak langkah pertama ke arah mencapai cita-cita mereka yang lebih besar. Dengan MILO® PROTEIN UP™, kami berharap pengguna dewasa muda menyedari bahawa kami sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan berterusan kepada mereka dalam setiap langkah yang diambil dengan kebaikan MILO® yang digemari selama ini.”

Boleh didapati dalam format botol yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja, MILO® PROTEIN UP™ sedia dinikmati pada bila-bila masa. Dengan rasa kurang manis, MILO® PROTEIN UP™ menyerlahkan lagi rasa unik minuman coklat malt MILO® yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia sejak turun-temurun.

MILO® PROTEIN UP™ boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan myNEWS di seluruh negara pada bulan Julai sebelum memasuki pasaran umum bermula Ogos 2019.

Untuk mengetahui MILO® PROTEIN UP™ dengan lebih lanjut, layari: www.milo.com.my/protein-up.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: