Kalau dahulu, isu tuala wanita dianggap satu perkara yang memalukan tapi sekarang tidak lagi malah diperagakan di pentas peragaan fesyen terkemuka di Kuala Lumpur.
Koleksi tuala wanita KOTEX ini memang tampil lain dari lain berikutan reka bentuk yang sangat unik dengan motif batik yang unggul dan berwarna-warni.
Turut hadir pada acara dibanjiri penonton ialah tetamu khas, YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Koleksi Batik Kotex® telah membawa unsur baharu ke KLFW, dengan memaparkan jenama penjagaan wanita yang terkemuka seperti Kotex® di pentas peragaan Malaysia buat julung kali.
Dengan sokongan Kotex®, koleksi tersebut menampilkan cetakan batik moden yang dihasilkan oleh artisan-artisan wanita di Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Cetakan batik moden ini direalisasikan pada koleksi ini oleh pereka bintang fesyen tanah air yang baru, Seza Zulkeple.
Cetakan batik ini pertama kalinya mencuri perhatian khalayak ramai dengan bungkusan Batik Edisi Terhad Kotex® yang dilancarkan pada Julai tahun ini. Ia telah disuntik secara kreatif ke dalam bungkusan Kotex® yang menggabungkan bentuk, fungsi dan fesyen. Batik Edisi Terhad Kotex® berpegang teguh kepada matlamat murni pergerakan global Kotex® #SHECAN untuk memperkasa wanita muda.
Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark, Frenissa Lagman berkata, Kotex® komited memacu perubahan masyarakat di seluruh dunia bagi membantu wanita muda menangkis persepsi-persepsi yang ketinggalan zaman, di samping memperkasa mereka untuk meraih lebih kejayaan. Kerjasama dengan Batik Boutique dan KLFW merupakan hasil positif inisiatif Kotex® #SHECAN Fund di Malaysia, selain menyediakan satu lagi platform bagi menyokong tradisi rekaan batik yang menjadi kebanggaan kepada anak Malaysia.
“Kami berbesar hati untuk menampilkan Koleksi Batik Kotex® di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Kerjasama antara Kotex® dengan artisan-artisan di Batik Boutique untuk mempamerkan hasil karya mereka kepada pengguna Kotex® telah membuahkan hasil besar dengan penglibatan Kotex® dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur,” kata Frenissa.
“Melalui Seza Zulkeple, kami menyaksikan antara pereka fesyen yang paling berpotensi di Malaysia. Kami berbesar hati untuk menyokong impian beliau, yang turut membanggakan kita semua dengan rekaan menakjubkan. Rekaan beliau menunjukkan masih betapa relevan batik kepada fesyen hari ini secara kotemporari, dan juga berjaya menzahirkan intipati batik moden, serta mempamerkan cetakan batik Kotex® dalam satu koleksi yang minimalis, menarik perhatian serta ‘bold’. Artisan-artisan dari Batik Boutique dan Seza Zulkeple telah menonjolkan semangat #SHECAN, lantas menjadi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia, bahawa mereka juga boleh mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.”
Koleksi Batik Kotex® menampilkan 15 koleksi sedia pakai yang menerapkan blok warna yang terang serta cetakan batik Kotex® untuk wanita kontemporari bergaya.
“Ia seakan-akan wanita menyokong sesama diri! Wanita harus bercita-cita besar dan mengejar impian mereka. Namun, dalam setiap perjalanan, kita juga perlu memberi sokongan antara satu sama lain untuk merealisasikan impian masing-masing,” kata Seza Zulkeple. Terang beliau lagi, blok warna serta motif batik dalam koleksi ini mencerminkan visinya untuk memperkasa wanita.
“Saya sangat meminati batik serta warna-warna terang dan menerapkan unsur-unsur positif ke dalam rekaan saya. Justeru, saya sangat teruja apabila diberikan peluang keemasan untuk bekerjasama dengan Kotex® untuk koleksi ini yang berasaskan misi memperkasa wanita, di samping menampilkan rekaan batik oleh artisan-artisan wanita di Batik Boutique.”
Acara ini bertambah istimewa apabila artisan-artisan dari Batik Boutique turut hadir untuk menyaksikan rekaan batik masing-masing. Menurut pengasas Batik Boutique, Amy Blair, senyuman terukir pada wajah wanita-wanita tersebut, yang bangga melihatkan hasil karya kreatif mereka dipersembahkan di pentas peragaan.
Kata beliau, artisan-artisan di Batik Boutique telah mengerah kudrat bagi menyara diri dan keluarga dengan menghasilkan fesyen serta cenderahati yang cantik lagi berkualiti.
“Kerana Kotex®, kini ramai orang boleh menghayati kreativiti wanita-wanita yang berkerja di belakang tabir yang telah menghasilkan corak dan centakan batik ini.”
Pek Batik Edisi Terhad Kotex® masih boleh didapati di kedai-kedai. Setiap bungkus edisi ini didatangkan dengan satu beg kantung eksklusif untuk digayakan dengan apa jua pakaian.
- Untuk maklumat lanjut mengenai Kotex® #SHECAN Fund, sila layari SheCanFund.com
- Untuk semua dokumen, acara dan foto produk, sila layari http://klfashionweek.website/media-access
Leave a Reply