Kempen ANTABAX “Sensitive to Your Needs” Tingkat Kesedaran Kulit Sensitif

Kempen ini banyak membantu orang ramai mengenali permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang memiliki kulit sensitif.

IMG_20190824_120030

Bukan mudah jika anda memili kulit sensitif. Ini kerana kulit sensitif merengsa dengan mudah kerana ia lebih nipis dan bertekstur halus menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada sinaran matahari dan udara yang telah tercemar. Bagi sesetengah orang, kulit menjadi sensitif disebabkan oleh tindak balas alergi terhadap makanan, bahan dan juga aroma, akan menyebabkan kemerahan, kekeringan atau kulit gatal.

Antabax_2

Rangkaian Sensitif dari Antabax, krim mandian antibakteria yang inovatif dengan pH yang seimbang sebanyak 5.5, 100% bebas sabun dan bebas alkali, dengan aroma yang menyenangkan, ringan dan halus, sangat baik dan lembut untuk sensitif kulit, seterusnya memberikan perlindungan antibakteria sebanyak 99.9%.

Selain itu, ia juga:

  • diperkaya dengan vitamin dan pelembab semulajadi ia mengembalikan tahap kelembapan semulajadi kulit dan meminimumkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh kekeringan, untuk kulit yang lebih sihat dan licin
  • Ia disahkan ‘Halal’, memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk menggunakannya
  • Rangkaian sensitif terdiri daripada krim mandi antibakteria yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga, termasuk bayi.

Menurut Mandy Lee, Pengurus Kanan Produk, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Antabax telah berusaha keras untuk mendidik pengguna tentang pemilihan jenis produk yang sesuai untuk kulit sensitif.

“Kami telah mengemas kini label pada produk, serta memberi peluang kepada pengguna melalui program “one for one exchange” kami, yang kini sedang berlangsung sehingga September. Pada acara hari ini, kami amat gembira dengan kehadiran Dr Sharon Gopalan, ahli dermatologi terkemuka untuk bercakap mengenai kulit sensitif. Kami akan terus menjadi tuan rumah untuk lebih banyak inisiatif pendidikan seperti di acara dan juga dalam talian,” kata Mandy.

Pada majlis itu, Dr. Sharon Gopalan dari Procare Dermatology, ahli dermatologi dengan pengalaman selama 10 tahun, yang telah merawat keadaan kulit seperti Gangguan Pigmentasi, Ekzema, Psoriasis, Jerawat, Jangkitan Kulit, bersama dengan peserta mengenai rejim kulit sensitif. Beliau memberi nasihat kepada orang ramai mengenai kaedah yang betul untuk penjagaan kulit sensitif.

Mia Ibrahim, seorang wartawan, berkongsi bahawa beliau lebih suka krim mandian dengan antibakteria, kerana beliau mempunyai gaya hidup aktif, tetapi kebanyakan jenama antibakteria yang lain tidak sesuai dengan kulit sensitif.

“Saya amat gembira apabila mendapati Antabax mempunyai rangkaian untuk kulit sensitif. Kini, saya menggunakan krim mandian Sensitif Antabax dan sabun pembersih tangan untuk sementara waktu, saya tidak akan bertukar ke jenama lain,” kata Mia dengan senyuman.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Antabax, sila layari http://www.fb.com/NewAntabax untuk laman Facebook atau @antabax di Instagram.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s