ALIF Kini Dengan Label Baharu, Penampilan Lebih Dinamik

Bukan itu sahaja, minyak masak itu tampil dengan lebih berinformatif untuk memberi lebih banyak maklumat berguna kepada orang ramai.

WhatsApp Image 2019-09-03 at 10.56.09 AM

Pelancaran rasmi label baru jenama tersebut telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok.

WhatsApp Image 2019-09-03 at 11.22.25 AM

Majlis yang dihadiri oleh wakil media dan penulis blog tempatan kemudiannya dipertontonkan dengan satu tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.

IMG_20190903_103900

Melalui konsep ‘Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ‘Ladang ke Dapur’ merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan ‘ALIF’.

“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik. Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali. Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’.”

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari. Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ’Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’. Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” jelas Mohd Haris.

Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ‘ALIF’, serta jaminan kualiti dan kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ‘ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019. Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar, sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s