Siri realme 5 Perkenal Teknologi Quad Kamera

realme Malaysia melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama-realme 5 dan realme 5 Pro yang dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan 712.

IMG_20191003_140359

Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan dan kelebihannya penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

IMG_20191003_160159

“Ribuan terima kasih buat semua peminat realme di Malaysia kerana kami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini kami menerskan semangat ‘Dare to Leap’ dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknokogi yang dibawa realme. Hal ini turut menyakinkan kami untuk membawa masuk model realme 5 dan realme 5 Pro ke Malaysia”. kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

realme 5-Quad Camera PowerHero

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm oct-core yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipetingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru iaitu-Crystal Blue dan Crystal Purple, mempunyai paparan 6.5 inci FUll HD+ yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

Rekabentuknya juga dipertingkatkan engan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, i memberi pengalaman imej baharu dengan quad kaera AI-119 sudut ultra lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP) serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, realme 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.

realme 5 Pro-Quad Camera SpeedMaster

Dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling  Blue. Bagi persediaan quad kamera pula, reame 5 Pro dilengakpi dengan 119 lensa sudut ultra-lebar (8MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2Mp) ditambah pula dengan kamera depan Sony IMX471 AI 16MP sekaligus memberikan pengalaman imej yang tidak dapat ditandingini bagi segmen ini.

Menariknya, ia mempunyai paparan skrin 6.3 ini FHD+dewdrop didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0

Buat pertama kalinya juga, telefon realme 5 dijual secara ekslusif di platform Lazada. Layari http://bit.ly/realme5remind

realme 5

1.3GB RAM+64GB ROM dan 4GB RAM +128GB ROM akan dibuka jualan pada 17 Oktober serentak dengan jualan ekslusif online di Lazada.

realme 5 Pro

8GB RAM + 128GB ROM pula dibuka jualan pada 10 Oktober ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s