Syabas BATA kerana membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Gereja St Mark, Seremban ini mendapat kasut baru untuk ke sekolah tahun hadapan!
Majlis sumbangan dan penyerahan kasut sekolah ini diadakan di cawangan Bata, Nu Sentral, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh kira-kira 20 kanak-kanak yang sanggup datang awal pagi dari Seremban bersama fasilitator yang bertindak sebagaiĀ pengiring.
Serahan sumbangan kasut sekolah ini dilakukan oleh Pengarah Urusan Bata Malaysia, Encik Ajay Ramachandran bersama-sama Influencer Media Sosial bagi Bata Malaysia yang terbaharu untuk Kempen Kembali ke Sekolah iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Dengan bantuan wakil Bata Malaysia dan fasilitator, kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 17 tahun sangat gembira apabila berpeluang memilih kasut sekolah yang mereka ingini untuk dipakai sempena buka sekolah tidak lama lagi!
Encik Ramachandran menyatakan bahawa Bata percaya dengan memberi sumbangan dan bantuan yang sebaiknya kepada kanak-kanak ini dapat memberikan mereka mencapai potensi yang sepenuhnya.
“Memberi sumbangan berupa kasut sekolah mungkin perkara yang biasa namun sebenarnya sepasang kasut adalah penting pada kanak-kanak, tidak kira bagaimana kehidupan mereka, perlu memiliki sepasang kasut sekolah yang sesuai untuk mereka menghadiri alam persekolahan. Kasut sekolah yang selesa dan bertetapan dengan kaki mereka memberi impak yang bagus kepada kanaka-kanak ini yang mana boleh meningkatkan semangat mereka, lebih fokus sewaktu belajar dan mudah menguasai ilmu di dalam kelas”
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar pula berasa gembira dapat menghadiri programĀ bersama-sama dengan kanak-kanak dari Gereja St Mark ini.
“Saya sentiasa percaya pada membuat sumbangan kepada komuniti-saya merasa gembira Bata berkongsi kepercayaan itu bersama dengan saya. Adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi itu tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan menyokong komuniti semampu boleh”
Sumbangan kasut sekolah ini dijalankan melalui Program Kanak-Kanak Bata (BCP). Dilancarkan pada tahun 2011, ia memfokuskan kepada memberi bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara yang mempunyai jenama ini. BCP sangat dedikasi kepada idea yang setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang yang dapat membantu mereka mencapai potensi masing-masing.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengikut FB: (Bata Home) atau IG (@batamalaysia)
Leave a Reply