RED READERHOOD Sumbang Buku di Jualan Buku Big Bad Wolf

Sumbangan berupa buku Bahasa Inggeris kepada mereka yang kurang bernasib baik. Syabas diucapkan kepada Red Readerhood!

BBW KL 2019 RRH _02

Jika anda seorang pengunjung setia Jualan Buku Big Bad Wolf, anda pasti arif tentang Red Readerhood! Ia adalah sebuah sudut istimewa yang disediakan secara khusus, dibarisi oleh para sukarelawan yang ceria sambil menggayakan mantel ala Red Riding Hood dan terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran. Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak tahu mengenainya atau belum pernah melihatnya sebelum ini, berikut adalah sedikit pengenalan mengenai Red Readerhood:

Red Readerhood (RRH) adalah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa semua orang, tanpa mengira status mereka mempunyai hak untuk memperolehi ilmu menerusi pembacaan.
● Tahun lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur berjaya menyumbangkan lebih 16,000 buku kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim di Lembah Klang.
● Sepanjang 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi penerima manfaat di seluruh negara, mengumpul dan mendermakan lebih 35,000 buku. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ulat buku dermawan dari Pahang, Johor, Sabah, Sarawak Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kedah dan Melaka!
● Inisiatif ini tidak berakhir di Malaysia, sebaliknya Red Readerhood telah banyak membantu masyarakat kurang bernasib baik di peringkat antarabangsa di negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Korea Selatan, Pakistan dan banyak lagi.

BBW KL 2019 RRH _01

Tahun ini, sempena dengan Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur, Red Readerhood telah bekerjasama dengan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global iaitu Friends to Mankind (FtMK) Malaysia bagi menjayakan projek The Book Effect.

Projek The Book Effect adalah sebuah projek sepanjang tahun yang menyasarkan untuk mengumpul 10,000 buku bagi membina perpustakaan untuk beberapa sekolah anak yatim dan pelarian di sekitar Lembah Klang. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut merancang untuk memupuk minat suka membaca di kalangan anggota masyarakat menerusi aktiviti seperti kelab buku, sudut membaca komuniti, sesi membaca khusus oleh pelajar kolej untuk kanak-kanak di perpustakaan awam tempatan dan banyak lagi aktiviti lain bagi menyebarkan keseronokan membaca.

Sebagai permulaan, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 berikrar untuk menyumbangkan 1,000 buku dan telah berjaya mengumpul lebih 11,000 buku dalam tempoh 10 hari yang lalu. Para pengunjung digalakkan untuk membeli buku di Jualan ini dan mendermakannya demi usaha murni berkenaan di sudut Red Readerhood di sepanjang tempoh 24 jam selama 11 hari, Jualan ini diadakan. Sila singgah ke sudut ini yang terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran di Jualan Buku berkenaan!

Sudut aktiviti Friends to Mankind di Jualan Buku

Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 turut menjadi tuan rumah kepada 120 anak-anak bekas penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di bawah seliaan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Jualan ini. Aktiviti ini dianjurkan di bawah Projek Amal, sebuah inisiatif oleh PEMADAM. Kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 16 tahun berkenaan berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap serta Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor, Daing Muhammad Reduan. Kanak-kanak tersebut telah dihiburkan dengan sesi bercerita sebelum dibawa meninjau Jualan Buku berkenaan dan memilih buku kegemaran mereka sambil diiringi oleh para sukarelawan. Projek Amal ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk minat suka membaca di kalangan kanak-kanak semasa cuti sekolah hujung tahun dengan harapan semoga tabiat berkenaan terus berkekalan.

Jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyumbang kepada inisiatif Red Readerhood sambil anda berbelanja di Jualan Buku Big Bad Wolf.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara utama serta pertandingan yang dianjurkan semasa Jualan Buku berkenaan, sila muat turun aplikasi Wolf Pack di http://www.bigbadwolfbooks.com/download dan ikuti:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif Friends To Mankind, sila kunjungi: https://www.friendstomankind.org/bookeffect/.

 

BATA Sumbang 150 Pasang Kasut

Syabas BATA kerana membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Gereja St Mark, Seremban ini mendapat kasut baru untuk ke sekolah tahun hadapan!

IMG_6483

Majlis sumbangan dan penyerahan kasut sekolah ini diadakan di cawangan Bata, Nu Sentral, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh kira-kira 20 kanak-kanak yang sanggup datang awal pagi dari Seremban bersama fasilitator yang bertindak sebagai  pengiring.

IMG_6410

Serahan sumbangan kasut sekolah ini dilakukan oleh Pengarah Urusan Bata Malaysia, Encik Ajay Ramachandran bersama-sama Influencer Media Sosial bagi Bata Malaysia yang terbaharu untuk Kempen Kembali ke Sekolah iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Dengan bantuan wakil Bata Malaysia dan fasilitator, kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 17 tahun sangat gembira apabila berpeluang memilih kasut sekolah yang mereka ingini untuk dipakai sempena buka sekolah tidak lama lagi!

Encik Ramachandran menyatakan bahawa Bata percaya dengan memberi sumbangan dan bantuan yang sebaiknya kepada kanak-kanak ini dapat memberikan mereka mencapai potensi yang sepenuhnya.

“Memberi sumbangan berupa kasut sekolah mungkin perkara yang biasa namun sebenarnya sepasang kasut adalah penting pada kanak-kanak, tidak kira bagaimana kehidupan mereka, perlu memiliki sepasang kasut sekolah yang sesuai untuk mereka menghadiri alam persekolahan. Kasut sekolah yang selesa dan bertetapan dengan kaki mereka memberi impak yang bagus kepada kanaka-kanak ini yang mana boleh meningkatkan semangat mereka, lebih fokus sewaktu belajar dan mudah menguasai ilmu di dalam kelas”

IMG_6384

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar pula berasa gembira dapat menghadiri program  bersama-sama dengan kanak-kanak dari Gereja St Mark ini.

“Saya sentiasa percaya pada membuat sumbangan kepada komuniti-saya merasa gembira Bata berkongsi kepercayaan itu bersama dengan saya. Adalah sangat penting untuk sesebuah organisasi itu tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan menyokong komuniti semampu boleh”

Sumbangan kasut sekolah ini dijalankan melalui Program Kanak-Kanak Bata (BCP). Dilancarkan pada tahun 2011, ia memfokuskan kepada memberi bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara yang mempunyai jenama ini. BCP sangat dedikasi kepada idea yang setiap kanak-kanak perlu diberikan peluang yang dapat membantu mereka mencapai potensi masing-masing.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengikut FB: (Bata Home) atau IG (@batamalaysia)

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Tanam 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa

Kempen dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperlihatkan 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

BotanecoGarden_2-min

Botaneco Garden, sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan yang merupakan satu langkah menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya ini.

Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh majlis perbandaran berkenaan.

BotanecoGarden_4

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan, yang kini memasuki tahun KETIGA penganjuran, menekankan sumbangan Botaneco Garden ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar. Ia seiring dengan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang juga sejajar dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangkan intensiti penghasilan karbon dalam bandar raya Kuala Lumpur untuk berkurang sebanyak 70% menjelang tahun 2030 .

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan tepi tasik itu termasuk:

  • Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii)
  • Pokok Kapur (Drybalanops aromatica).

Jabatan Landskap DBKL telah menyenarai pendek LIMA pepohon asli yang bersesuaian bagi tapak di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Pasukan Botaneco Garden kemudiannya menyenaraikan dalam akaun Instagram jenama itu bagi membolehkan orang ramai memilih spesies pokok yang akan ditanam.

Lima batang pokok Merbau (Instia palembanica) telah ditanam sebagai pengiktirafan statusnya sebagai pokok kebangsaan Malaysia, menegaskan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah negara di bawah teduhan hutan, mematuhi perjanjian yang telah dimeterai di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jenairo pada tahun 1992 .

Lebih 150 peserta menyertai proses pemilihan terlibat dengan pokok-pokok Meranti Temak Nipis dan Kapur terbukti popular di atas fungsi etnobotani, daun yang lebat serta berkanopi luas. Di samping itu, tiga peserta daripada tinjauan pilihan awam itu menerima set penjagaan diri Botaneco Garden di atas penjelasan terperinci mengenai pilihan masing-masing.

“Pelanggan Guardian amat menyokong kempen CSR Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Botaneco Garden kerana mereka amat mencintai keindahan alam semulajadi. Pada tahun ini kami telah memperkenalkan sebuah tinjauan penyumberan awam berkenaan spesies-spesies pokok yang akan ditanam dan sangat teruja dengan maklum balas yang diberikan. Para peserta telah berusaha untuk membuat kajian dan memberi cadangan mengenai pokok-pokok yang telah disenarai pendek agar pilihan terbaik boleh ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil.

Kami berharap usaha aktif ini akan menjadikan orang ramai memberi perhatian yang lebih terhadap taman berkenaan, seterusnya membuatkan mereka lebih kerap mengunjungi taman itu untuk mendekati alam semula jadi dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat,” ujar Pengurus Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cik Michelle Yeap.

Rangkaian penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan inovatif dan sofistiated ramuan botani dan minyak-minyak pati yang menerima pensijilan eco bersama formulasi yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna dan alam semulajadi.

Jenama tersebut merangkumi rangkaian penjagaan diri dan rambut untuk dewasa serta rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati di seluruh negara secara eksklusif di 400 rangkaian Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian.

“Guardian dan Botaneco Garden amat berbesar hati untuk menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penambahan pokok-pokok hutan hujan khatulistiwa, termasuk pokok kebangsaan negara, Merbau, di taman dalam bandar yang indah dan mudah dikunjungi ini. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang mengunjunginya dan menikmati keindahan alam yang disajikan,” jelas beliau.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menguruskan dan mengendalikan 17 taman dalam bandar yang luas bagi mengekalkan paru-paru hijau dan poket rekreasi semulajadi di seluruh Kuala Lumpur.

“DBKL mengemudi usaha Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana ia memulihara alam sekitar dan ia merupakan langkah penting dalam mengatasi perubahan iklim, mempertingkatkan kualiti kehidupan dalam bandar dan membawakan lebih banyak elemen semulajadi dalam bandar raya ini. Guardian dan Botaneco Garden membantu usaha kami dengan meningkatkan kesedaran umum dan mewujudkan aktiviti-aktiviti interaktif dalam talian serta di tapak untuk penghuni bandar itu mengetahui lebih lanjut mengenai taman-taman kami.

“Mengurangkan penghasilan karbon akan mengambil masa tetapi dengan usaha bersama dan mampan oleh lebih banyak organisasi dan individu, kita mampu mengurangkan kadar terlibat. Silalah datang ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan saksikan bagaimana anak-anak pokok ini tumbuh kepada pokok hutan yang teguh. Turut diharapkan anda mengurangkan penghasilan karbon dalam kehidupan harian. Ia boleh semudah menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Pn Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan melihat anak-anak pokok yang ditanam, Botaneco Garden sedang menganjurkan peraduan foto Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan sehingga 30 November 2019.

Para peserta hanya perlu mengambil gambar kreatif bersama plak peringatan yang disediakan, memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ #plantaseedgrowaforest.

Hanya seorang pemenang akan dipilih setiap bulan. Mereka akan menerima sama ada set penjagaan badan atau rambut Botaneco Garden. Selain itu, para peserta juga diingatkan untuk berhati-hati dengan pokok yang ditanam ketika mengambil gambar.

“Pokok hutan hujan khatulistiwa tumbuh dengan perlahan tetapi menjelang tahun 2030 apabila inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 tercapai, pokok-pokok ni telah tumbuh dengan mengagumkan. Saksikan tumbesaran mereka,” ujar Pn Norhaslinda.

Untuk maklumat lanjut dan berita-berita terkini mengenai program Botaneco Garden, sila layari laman https://www.instagram.com/mybotanecogarden/

 

Lima Keluarga Menangi Busana Rekaan Jovian Mandagie Sempena “Gaya Raya Bersama TOP”

Bertuah betul LIMA keluarga ini memenangi hadiah Busana daripada pereka fesyen terkemuka dan yang menarik, membawa pulang rangkaian produk TOP, jenama detergen No.1 di Malaysia  yang  bernilai RM30,000!

TOP_GayaRaya_02

Ceria terpapar di wajah masing-masing apabila mengenakan busana istimewa di Syawal tahun ini. Bukan mereka sahaja, malah anak-anak yatim yang datang ke majlis Hari Raya TOP turut diraikan dengan Koleksi Hari Raya Jovian Mandagie Bernilai RM10,000!

TOP_GayaRaya_01

Berita gembira itu telah dikongsi pada acara Rumah Terbuka ‘Gaya Raya Bersama TOP’ yang dihadiri pasukan TOP bersama Jovian Mandagie, artis-artis popular Ernie Zakri dan Ismail Izzani, para pemenang peraduan serta pengamal media. Pada majlis keraian berkenaan, tetamu juga telah bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

TOP_GayaRaya_03

Pada tahun ini, TOP telah menerapkan komponen Tanggungjawab Sosial Korporat dalam kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ dengan menggembirakan 31 kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera dengan menghadiahkan koleksi baju kurung dan baju Melayu sedia dipakai rekaan Jovian Mandagie yang bernilai RM10,000.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik), Southern Lion Sdn Bhd, Cik Ling Ai Li, pengguna meyakini teknologi detergen TOP dari Jepun bagi penjagaan kain cucian harian mereka yang turut merangkumi item-item berat seperti tuala, langsir dan kelengkapan tempat tidur. Malah, TOP juga dipercayai menjaga item-item pakaian jagaan rapi.

“Semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada TOP sebagai detergen pilihan utama mereka, sama ada dalam bentuk serbuk, cecair mahupun detergen dengan konsentrasi ultra. Kami sentiasa melihat peningkatan ketara jualan sebelum musim perayaan kerana rakyat Malaysia suka mencuci dan menyegarkan semula pakaian mereka sebelum sambutan, malah ia turut digunakan untuk busana rekaan pereka terkemuka.

“Oleh itu, ini merupakan waktu terbaik bagi kami untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan di atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan dalam menjadikan TOP sebagai keperluan penting cucian. Para pemenang dan keluarga mereka kelihatan hebat mengenakan koleksi Jovian Mandagie pada Hari Raya ini,” katanya.

Cik Ling menambah,

“Kami memilih untuk menjalin kerjasama dengan Jovian Mandagie kerana rekaan beliau sentiasa menarik perhatian rakyat Malaysia yang bergaya, pada masa yang sama mengekalkan kehalusan jahitan baju raya tradisional.

Kami amat berbangga kerana pada tahun ini, syarikat telah meneruskan kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ sebagai satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat dengan menghadiahi kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera pakaian rekaan Jovian Mandagie yang dapat dipakai lama.  Sebagai detergen pilihan ramai, TOP terbukti efektif menanggalkan kotoran degil serta mampu menembus ke teras fabrik melalui inovasi Anti Sebum dan Micro-Clean Tech kerana ia lebih menjimatkan masa dan terjamin bersih.”

Lima keluarga pemenang peraduan berkenaan telah menawan pentas peragaan dan berkongsi gaya serta penampilan pakaian Gaya Raya Bersama TOP oleh Jovian Mandagie. Sungguhpun ia merupakan peragaan sulung masing-masing, namun model-model terlibat jelas menunjukkan aura keyakinan serta keterujaan mereka.

Sementara itu, bagi Jovian Mandagie, kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’ menjadikan koleksi sedia dipakai beliau lebih mudah digayakan oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

“Terlalu ramai individu menjauhi diri daripada mengenakan pakaian oleh pereka fesyen ternama kerana beranggapan ia mahal dan memerlukan jagaan khas tanpa mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Sungguhpun demikian, koleksi sedia dipakai kami adalah amat bergaya, diperbuat daripada fabrik berkualiti dengan potongan rapi serta jahitan yang halus. Koleksi ini boleh dipakai lama dan masih mengekalkan bentuk dan keadaan fabrik yang masih elok. Detergen TOP merupakan pilihan ideal untuk digunakan bagi mencuci fabrik-fabrik rekaan ini – hanya pastikan anda mengikut arahan penjagaan yang disediakan,” ujar Jovian.

Bagi Amira Nadiah Bt Abdullah, salah seorang pemenang peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ memberitahu ia merupakan satu kempen yang dinanti-nantikan seisi keluarganya ekoran hadiah eksklusif yang ditawarkan.

“Kami adalah pengguna setia TOP dan sentiasa ingin memenangi peraduan ‘Gaya Raya Bersama TOP’ kerana koleksi pereka yang anggun dan eksklusif disediakan kepada pemenang. Akhirnya pada tahun ini, kami menang dan sangat gembira dengan pakaian rekaan Jovian Mandagie serta produk yang diterima daripada TOP. Kaum keluarga dan rakan-rakan kami menyukai pakaian ini dan memberitahu ia amat berpadanan dengan kami,” kata Amira.

Kanak-kanak dari Rumah Bakti Nur Syaheera juga teruja dengan pakaian baharu yang diterima mereka pada musim perayaan ini.

“Sumbangan ini tentunya sesuatu yang tidak diduga dan telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya mereka menerima sumbangan baju raya baharu daripada pihak lain, tetapi ia tidak pernah melibatkan hasil rekaan terkemuka seperti Jovian. Malah, pada hari mereka menerima pakaian ini, ada di antara anak-anak ini tidak mahu menanggalkannya kerana amat menghargai sumbangan yang diberikan!”

“Kami amat menghargai dan berterima kasih kepada TOP dan Jovian Mandagie kerana memberikan hadiah yang amat istimewa kepada anak-anak ini,” kata Pentadbir Rumah Bakti Nur Syaheera, Pn Suzana Binti Jafar.

Aina Syahirah, remaja berusia 16 tahun dari Rumah Bakti Nur Syaheera, tidak berhenti menguntumkan senyuman sepanjang majlis sambutan berkenaan.

“Saya amat suka pakaian ini kerana ia amat cantik dan istimewa. Saya tidak pernah memilik sesuatu yang seindah ini. Selepas majlis hari ini, saya akan mencucinya dengan tangan menggunakan detergen TOP dan menyimpannya dengan rapi untuk majlis istimewa lain.”

Majlis rumah terbuka TOP turut diserikan oleh persembahan oleh artis-artis popular seperti Ernie Zakri dan Ismail Izzani.

Tahun ini merupakan tahun KELIMA  penganjuran kempen ‘Gaya Raya Bersama TOP’.

 

WATSONS Lancar Video Raya ‘Ada Hati, Raya Menjadi-jadi’

Menampilkan Ayda Jebat, irama lagu yang didendangkan sangat menarik untuk dinyanyikan bersama sepanjang Syawal nanti.

main photo

Watsons Malaysia telah mengambil peluang sempena Ramadan ini untuk menggalakkan orang ramai agar menjadi lebih prihatin melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ sempena sambutan Aidil Fitri kali ini.

Kempen Watsons ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ telah bekerjasama dengan 30 rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan mendermakan pelbagai barangan jenama Watsons bernilai RM100,000 untuk membawakan keceriaan dan kegembiraan menjelang Hari Raya. Ia bertujuan untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar turut mengingati golongan-golongan yang memerlukan.

photo2

“Bulan Ramadan adalah masa untuk kita saling memberi dan perbuatan itu sebenarnya dapat menyerlahkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri seseorang. Kami mengambil peluang memberi sumbangan ini bukan sahaja kepada pelanggan setia Watsons, tetapi juga kepada masyarakat. Di Watsons, kami menggalakkan pelanggan kami agar “Tampil Hebat, Berasa Hebat” dan berasa hebat bukanlah merujuk kepada harta benda yang kita miliki, tetapi pengalaman yang amat bermakna untuk anda dan orang yang anda sayangi.

Bagi Aidil Fitri kali ini, misi kami adalah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, melalui kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’, kami berharap dapat menyebarkan keceriaan Hari Raya kepada para pelanggan kami dengan pelbagai promosi istimewa sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka membeli-belah di Watsons,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Wastons Malaysia dalam ucapan alu-aluannya kepada para tetamu.

Semasa pelancaran kempen ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ Watsons, pihak media dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tradisional tarian zapin. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Ayda Jebat yang menghiburkan para hadirin dengan sebuah lagu istimewa, lagu raya Watsons.

Watsons Malaysia juga telah menayangkan video raya ‘Ada Hati Raya Menjadi-jadi’ yang menyampaikan mesej bahawa sekiranya kita mempunyai hati dan usaha, kita pasti akan melakukannya hingga menjadi nyata. Ianya berkisahkan tentang Ayda yang pulang ke kampung halamannya untuk bersama-sama beraya dengan keluarga tercinta.

“Kami amat teruja untuk melancarkan video raya istimewa berjudul ‘Ada Hati Raya Menjadi- jadi’ yang menampilkan Duta Watsons Ayda Jebat. Balik kampung sememangnya sinonim dengan sebarang perayaan di Malaysia, dan video ini menampilkan kelainan yang ajaib tentang perjalanan Ayda pulang ke kampung pada Hari Raya ini. Mesej yang penting dari Watsons untuk Hari Raya ini ialah tiada apa yang lebih penting atau indah dari saat-saat anda meraikannya bersama keluarga anda. Dan sudah pastinya Watsons menawarkan semua yang anda perlukan untuk anda menyambut Hari Raya,” kata Danny Hoh, Pengarah Pelanggan Watsons Malaysia yang menerangkan tentang kempen kali ini.

Pelanggan Watsons akan menikmati pelbagai tawaran ‘istimewa’ Hari Raya seperti berikut:
● Promosi jualan Hari Raya sehingga 50% dari sekarang hingga 12 Jun di cawangan- cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian – http://www.watsons.com.my
● 60 pemenang bertuah daripada ahli-ahli Watsons yang membuat pembelian berjumlah RM50 ke atas untuk mana-mana produk jenama Watsons berpeluang untuk menghadiri “Meet & Greet Session” bersama Ayda Jebat.
● Peraduan “Ada Kad Watsons, Ganjaran Menjadi-jadi”:
Ahli Watsons yang membuat pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit termasuk salah satu jenama yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan mengimbas resit dan menghantar ke:

https://www.watsons.com.my/promo-rayacontest

Tertakluk kepada pembelian di mana- mana cawangan Watsons di seluruh negara dan dalam talian dari sekarang hingga 12 Jun 2019.

Maklumat lanjut boleh dapati di http://www.watsons.com.my

Kini Tanggungjawab Sosial Boleh Ditunaikan Melalui E Dompet BOOST

Iaitu dengan mengguna E-Derma, satu lagi cara digital masa depan bagi memupuk nilai menderma untuk pembangunan komuniti dan negara

Boost E-Donation_Photo 2

Aplikasi e-dompet Boost telah menganjurkan satu majlis mempamerkan kemampuan ciri e-derma tanpa melibatkan pengunaan tunai dalam kalangan rakyat negara ini yang ingin jalankan tanggungjawab sosial masing-masing.

Boost E-Donation_Photo 1

Yayasan Kebajikan Negara sebuah badan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperkenalkan sebagai rakan kongsi terbaharu dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga e-derma Boost.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir sama adalah Datin Paduka Che Asmah binti Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, Pengerusi Kumpulan Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad dan Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

“Rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang penyayang dan pemurah serta sentiasa menghulurkan tangan kepada komuniti yang memerlukan. E-derma memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan peluang mampan buat rakyat untuk memberi kembali kepada komuniti baik secara lokal mahupun seluruh negara,” kata Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri.

Ciri e-derma Boost telah diperkenalkan pada bulan Mei tahun 2018. Sehingga kini terdapat lebih 4 juta pengguna boleh ‘#DoGoodWithBoost’ melalui lebih 30 badan kebajikan & rakan NGO melibatkan pendidikan, alam sekitar, penyelidikan kanser, sosial dan kebajikan haiwan serta lebih daripada 70 institusi keagamaan.

“Kami melancarkan e-derma sebagai salah satu percubaan untuk merapatkan jurang bagaimana badan amal serta NGO dapat berhubung dengan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Kami mendapati ia adalah cara kos rendah dalam mengumpul sumbangan dengan mudah, selamat dan telus. Sehingga ke hari ini, lebih daripada setengah juta ringgit telah dikumpul. Walaupun angka itu masih kecil, namun terdapat penerimaan baharu dalam kalangan masyarakat terhadap derma digital, kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Perkhidmatan Digital Axiata, syarikat induk Boost.

Khairil juga menambah, e-derma boleh menjadi pemangkin untuk memupuk nilai menderma dalam kalangan warga digital dan menyediakan badan amal serta NGO platform baharu untuk meningkatkan kesedaran terhadap organisasi masing-masing dan mengukuhkan lagi usaha mengumpul sumbangan. Ujarnya, Boost sejak itu telah berusaha meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak yayasan serta organisasi bagi memperluaskan fungsi itu dan berharap ia boleh memberi kesan langsung kepada keluarga yang memerlukan dalam masa terdekat.

“Pengguna digital di Malaysia semakin meningkat, kami mempunyai keyakinan bahawa aplikasi e-derma berkemampuan memperkasa dan membawa lebih ramai orang untuk menjadi lebih terbuka dan bertanggungjawab ke arah lebih baik dalam komuniti dan negara. Kami berharap untuk menjadikannya lebih mudah untuk rakyat beramal”, kata Tan Sri Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Axiata Berhad.