Menjejaki ibunya yang berjaya dalam bidang perniagaan, Cik B anak dara pada Ketua Pengarah Urusan Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr Hajah Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Dato’ Vida akan menganjurkan satu karnival makananan secara besar-besaran tidak lama lagi.
Bertempat di perkarangan tempat letak kereta (W4) Stadium Shah Alam bermula 20 hingga 22 Disember 2019, fiesta TIGA hari itu berkonsepkan ‘foodtainment’ iaitu gabungan makanan dan minuman bersama-sama hiburan.
Karnival ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ diadakan buat julung kalinya oleh anak syarikat Vida Beauty Sdn Bhd iaitu Cik B Boba Lova Niaga. Karnival yang menerima penajaan utama daripada Uda Holdings Berhad ini akan disempurnakan oleh Dato’ Vida pada hari Jumaat, 20 Disember 2019 pukul 3 petang.
Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan, mempromosi dan memartabatkan produk-produk keluaran usahawan kecil di seluruh Malaysia.
Sebanyak 200 usahawan kecil bakal menyertai karnival ‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ yang melibatkan produk atau ‘end product’ berkaitan kesihatan, kosmetik dan kecantikan, aksesori selain makanan serta minuman. Ia juga akan disertai oleh artis-artis tempatan yang akan menjual produk di booth masing-masing. Sebanyak 60 gerai jualan turut disediakan untuk artis, selebriti dan instafamous.
Karnival yang diinspirasikan oleh Cik B yang juga Ketua Pegawai Eksekutif VAGANZA FOOD FEST turut membawa mesej kepada anak-anak muda untuk berani memulakan perniagaan meskipun masih muda dan mentah, seperti mana yang dilakukan oleh Cik B yang baru berusia 14 tahun namun sudah menggalas tanggungjawab yang besar sebagai CEO.
Penganjuran karnival ini mensasarkan jumlah pengunjung lebih 30,000 orang dengan target jualan sebanyak 10 juta ringgit. Ia juga dianjurkan untuk mengumpulkan pelbagai jenis bentuk makanan dan minuman yang sedap, terkenal dan viral pada skala yang lebih besar dan dalam masa yang sama menaiktaraf industri makanana kepada satu peringkat yang lebih tinggi dengan pengikutnya yang tersendiri.
‘Cik B Vaganza Food Fest 2019’ adalah satu karnival yang mengumpulkan usahawan kecil dan selebriti dalam satu fiesta yang terbesar di Malaysia. Selain itu, ia juga diadakan untuk menggalakkan aktiviti riadah sambil berhibur bersama keluarga sempena cuti sekolah memandangkan pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung antaranya rumah hantu, kemunculan dinosaur, pesta lampu, pertandingan memasak, pertadingan mewarna, hiburan oleh artis-artis tempatan setiap malam dan banyak lagi.
Turut diadakan sesi ‘Meet & Greet’ bersama-sama artis tempatan yang juga Usahawan Selebriti yang bersama-sama memeriahkan gerai jualan di karnival ini. Cabutan bertuah juga akan diadakan pada hari terakhir yang menawarkan pelbagai hadiah menarik yang boleh dibawa pulang oleh pengunjung.
Jadi mereka yang tinggal di Shah Alam khasnya dan di Lembah Klang bolehlah mengunjungi karnival foodtainment yang bakal menyajikan aneka makanan dan minuman yang sedap!
#CikBVaganzaFoodFest2019
Leave a Reply