Sumbangan berupa buku Bahasa Inggeris kepada mereka yang kurang bernasib baik. Syabas diucapkan kepada Red Readerhood!
Jika anda seorang pengunjung setia Jualan Buku Big Bad Wolf, anda pasti arif tentang Red Readerhood! Ia adalah sebuah sudut istimewa yang disediakan secara khusus, dibarisi oleh para sukarelawan yang ceria sambil menggayakan mantel ala Red Riding Hood dan terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran. Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak tahu mengenainya atau belum pernah melihatnya sebelum ini, berikut adalah sedikit pengenalan mengenai Red Readerhood:
● Red Readerhood (RRH) adalah sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Big Bad Wolf Books yang berpegang teguh kepada prinsip bahawa semua orang, tanpa mengira status mereka mempunyai hak untuk memperolehi ilmu menerusi pembacaan.
● Tahun lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur berjaya menyumbangkan lebih 16,000 buku kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim di Lembah Klang.
● Sepanjang 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi penerima manfaat di seluruh negara, mengumpul dan mendermakan lebih 35,000 buku. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ulat buku dermawan dari Pahang, Johor, Sabah, Sarawak Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Kedah dan Melaka!
● Inisiatif ini tidak berakhir di Malaysia, sebaliknya Red Readerhood telah banyak membantu masyarakat kurang bernasib baik di peringkat antarabangsa di negara-negara seperti Filipina, Indonesia, Taiwan, Myanmar, Korea Selatan, Pakistan dan banyak lagi.
Tahun ini, sempena dengan Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur, Red Readerhood telah bekerjasama dengan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan global iaitu Friends to Mankind (FtMK) Malaysia bagi menjayakan projek The Book Effect.
Projek The Book Effect adalah sebuah projek sepanjang tahun yang menyasarkan untuk mengumpul 10,000 buku bagi membina perpustakaan untuk beberapa sekolah anak yatim dan pelarian di sekitar Lembah Klang. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut merancang untuk memupuk minat suka membaca di kalangan anggota masyarakat menerusi aktiviti seperti kelab buku, sudut membaca komuniti, sesi membaca khusus oleh pelajar kolej untuk kanak-kanak di perpustakaan awam tempatan dan banyak lagi aktiviti lain bagi menyebarkan keseronokan membaca.
Sebagai permulaan, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 berikrar untuk menyumbangkan 1,000 buku dan telah berjaya mengumpul lebih 11,000 buku dalam tempoh 10 hari yang lalu. Para pengunjung digalakkan untuk membeli buku di Jualan ini dan mendermakannya demi usaha murni berkenaan di sudut Red Readerhood di sepanjang tempoh 24 jam selama 11 hari, Jualan ini diadakan. Sila singgah ke sudut ini yang terletak bersebelahan dengan kaunter pembayaran di Jualan Buku berkenaan!
Sudut aktiviti Friends to Mankind di Jualan Buku
Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 turut menjadi tuan rumah kepada 120 anak-anak bekas penagih dadah yang sedang menjalani pemulihan di bawah seliaan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) di Jualan ini. Aktiviti ini dianjurkan di bawah Projek Amal, sebuah inisiatif oleh PEMADAM. Kanak-kanak berusia di antara 7 hingga 16 tahun berkenaan berpeluang bersemuka dan beramah mesra dengan Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books, Andrew Yap serta Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor, Daing Muhammad Reduan. Kanak-kanak tersebut telah dihiburkan dengan sesi bercerita sebelum dibawa meninjau Jualan Buku berkenaan dan memilih buku kegemaran mereka sambil diiringi oleh para sukarelawan. Projek Amal ini dianjurkan dengan tujuan untuk memupuk minat suka membaca di kalangan kanak-kanak semasa cuti sekolah hujung tahun dengan harapan semoga tabiat berkenaan terus berkekalan.
Jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyumbang kepada inisiatif Red Readerhood sambil anda berbelanja di Jualan Buku Big Bad Wolf.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara utama serta pertandingan yang dianjurkan semasa Jualan Buku berkenaan, sila muat turun aplikasi Wolf Pack di http://www.bigbadwolfbooks.com/download dan ikuti:
- laman media sosial Big Bad Wolf Books http://www.bigbadwolfbooks.com
- Facebook https://www.facebook.com/bbwbooks/
- Instagram di @bigbadwolfbooks
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif Friends To Mankind, sila kunjungi: https://www.friendstomankind.org/bookeffect/.
Leave a Reply