Penganjuran kempen “Always be Clean” atau ABC oleh Antabax dan Hospital pakar KPJ Ampang Puteri bertetapan dengan kewujudan kes influenza A yang semakin meningkat di Malaysia.
Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan adalah salah satu langkah paling penting bagi mengelakkan diri daripada jatuh sakit, sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.
“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjsama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza”
Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orng ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan mengikut etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.
Data daripada Pusat kawalan dan Pencegahan Penyakit pula menunjukkan amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasab seperti pneumonia. Meskipun ramai yang membersih tangan dengan air, sangat sedikit yang mengguna sabun yang boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.
Mengenai influenza
Ia biasa dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemran pada tangan juga penyebab jangkitan tersebut.
Tanda dan simtom
Antaranya termasuk suhu bdan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, bauk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mengalami simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.
KMM mencadangkan mereka yang berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selesema secara bermusim.
Menurut Perunding Dalam Perubatan dan penyakit Berjangkit Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Muhammad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.
“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti Kempen ABC for Health, orang ramai akan belajar mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera bagi mengurangkan penyebaran influenza” kata Dr Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak influenza: Kurangkan Penyebarannya!”
Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak dari hospital ii yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan tersebut. Ia membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh jururawat dari unit kawalan jangkitan.
“Penyebaran oenyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangkan apabila kita bekerjsama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan adalah sentiasa bersih sepanjang masa”kata Lee.
Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran di kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 murid di seluruh negara.
Maklumat lajut, layari: http://www.fb.com/NewAntabax atau IG:@antabax
Leave a Reply