Satu lagi penyelesaian bagi kewangan Islam yang bebas dari riba untuk rakyat Malaysia!

Baru-baru ini Al-Ebreiz Global Capital Berhad, syarikat berasaskan teknologi bagi penyelesaian kewangan hibrid Islamik “blockchain” telah mengadakan majlis pelancaran memperkenalkan produk penyelesaian kewangan itu di Bangsar, Kuala Lumpur.
Tujuan utama produk itu dilancarkan adalah untuk mengubah sistem ekonomi moden sekarang ini kepada sistem ekonomi Islamik yang menfokuskan pada keadilan, perkongsian bersama faedah yang diterima dan bebas dari riba.

Satu platform digital turut diperkenalkan dalam majlis pelancaran yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ebreiz, Mohd Norazam Dato’ Muhammad, God Speaker Al-Ebreiz, Dr. Mohd Izwan Hussein, Naib Presiden Teknologi Al-Ebreiz, Hamid Rashid dan Lembaga Pengarah Al-Ebreiz iaitu “e-dompet AlaDeenGold”.

Menariknya, platform digital e domper AlaDeenGold ini tidak menggunakan sebarang transaksi tunai, tetapi Dinar dan Dirham yang mana Dinar merujuk pada Emas manakala Dirham adalah Silver atau Perak.
Melalui platform e-dompet AlaDeenGold, anda boleh membuat perdagangan dan meyimpan produk emas anda mengikut Shariah. Maka anda tidak perlu ragu-ragu membuat sebarang perdagangan memandangkan ia dilakukan secara sah mengikut Shariah.
Selain itu, ia juga selamat digunakan, pelanggan juga mudah membuat sesuatu perdagangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta yuran perkhidmatan dikenakan dalah nominal berbanding jika anda menyimpan dan membuat perdagangan mengguna institusi lain.

Bagi anda yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh merujuk pada laman web: http://www.Al-EbreizGlobal.com
Leave a Reply