MOODBOARD Tawar Diskaun Jualan Kasut Sehingga 70 Peratus

Tahukah anda penampilan yang menarik bukan sahaja pada pakaian yang dipakai pada badan anda mahupun aksesori yang digayakan tetapi juga pada kasut yang anda pakai?

Ya, kasut yang sesuai apabila dipadankan dengan pakaian memberi penampilan yang lebih kemas dan menarik. Kasut yang dipilih untuk digayakan pula tidak semestinya perlu mahal. Apa yang penting, ia berpadanan dengan pakaian serta aksesori yang anda gayakan.

Sebab itu, anda boleh memilih Moodboard yang menawarkan kasut daripada pelbagai jenama, gaya dan untuk aneka kategori umur di bawah satu bumbung.

Antara jenama yang ditawarkan adalah:

  • Amori
  • Everbest
  • Mi Mancci
  • Joy & Peace
  • Jaguar and Santa Barbara Polo & Racquet Club (SBPRC)

Maka, Moodboard yang juga mempunyai kedai rasmi di platform Shopee telah menawarkan jualan SATU HARI Moodboard Mega Sales yang bakal berlangsung pada 25 Oktober ini.

Jualan SATU HARI Moodboard Mega Sales ini menawarkan diskaun jualan kasut sehingga 70% untuk pelbagai jenis kasut seperti sandal, kasut bertumit tinggi, kasut bertumit rendah, kasut sukan dan banyak lagi. Selain itu baucar yang menawarkan diskaun 50% tanpa pembelian minimum, diskaun RM5 untuk pembelian minimum RM60, diskaun RM15 untuk pembelian minimum RM110 dan RM40 diskaun untuk pembelian minimum sebanyak RM200.

Memang berbaloi jika anda membeli kasut Moodboard di Shopee malah anda sebenarnya dapat berjimat!

Bagi pelanggan yang membeli kasut di kedai fisikal Moodboard pula, anda berpeluang menerima pulangan tunai sehingga RM3 untuk pembelian minima sebanyak RM15 jika anda membayar barangan anda memalui e dompet Shopee iaitu Shopee Pay.

Jadi jangan lepaskan peluang pada 25 Oktober nanti!

Sebanyak ENAM jenis kasut daripada pelbagai jenama yang ditawarkan akan dijual pada harga serendah RM1!!! Menarik bukan!!

Pembelian kasut RM1 ini hanya akan diadakan pada sesi Shocking Sale. Jangan lupa ikuti siaran langsung Moodboard Live stream di Shopee Live yang bakal bermula pada pukul 12 tengah hari untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama-jenama kasut yang ditawarkan oleh Moodboard.

Ikuti Facebook Shopee diĀ  (https://www.facebook.com/ShopeeMY) dri sekarang hingga 25 October untuk memenangi baucer Moodboard bernilai sehingga RM100.

Maka tunggu lagi, layari https://shopee.com.my/moodboardshoes.os untuk mencari kasut pilihan ANDA.

AL EBREIZ Perkenal Kewangan Hibrid Islamik

Satu lagi penyelesaian bagi kewangan Islam yang bebas dari riba untuk rakyat Malaysia!

Baru-baru ini Al-Ebreiz Global Capital Berhad, syarikat berasaskan teknologi bagi penyelesaian kewangan hibrid Islamik “blockchain” telah mengadakan majlis pelancaran memperkenalkan produk penyelesaian kewangan itu di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tujuan utama produk itu dilancarkan adalah untuk mengubah sistem ekonomi moden sekarang ini kepada sistem ekonomi Islamik yang menfokuskan pada keadilan, perkongsian bersama faedah yang diterima dan bebas dari riba.

Satu platform digital turut diperkenalkan dalam majlis pelancaran yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ebreiz, Mohd Norazam Dato’ Muhammad, God Speaker Al-Ebreiz, Dr. Mohd Izwan Hussein, Naib Presiden Teknologi Al-Ebreiz, Hamid Rashid dan Lembaga Pengarah Al-Ebreiz iaitu “e-dompet AlaDeenGold”.

Menariknya, platform digital e domper AlaDeenGold ini tidak menggunakan sebarang transaksi tunai, tetapi Dinar dan Dirham yang mana Dinar merujuk pada Emas manakala Dirham adalah Silver atau Perak.

Melalui platform e-dompet AlaDeenGold, anda boleh membuat perdagangan dan meyimpan produk emas anda mengikut Shariah. Maka anda tidak perlu ragu-ragu membuat sebarang perdagangan memandangkan ia dilakukan secara sah mengikut Shariah.

Selain itu, ia juga selamat digunakan, pelanggan juga mudah membuat sesuatu perdagangan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja serta yuran perkhidmatan dikenakan dalah nominal berbanding jika anda menyimpan dan membuat perdagangan mengguna institusi lain.

Bagi anda yang berminat mengetahui lebih lanjut boleh merujuk pada laman web: http://www.Al-EbreizGlobal.com