Kumpulan Suria KLCC Pamer Dekorasi Kolam Indah Sempena Deepavali

Kolam yang indah lagi unik ini pastinya menyemarakkan lagi semangat perayaan Deepavali norma baru yang bakal tiba tak lama lagi. Pengunjung boleh melihat dekorasi kolam ini di pusat beli-belah Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall. 

Beautiful Deepavali Kolam at Suria KLCC

Perayaan yang simbolik dengan “kemenangan cahaya mengatasi kegelapan”, Deepavali adalah perayaan utama yang amat istimewa bagi masyarakat India untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan disamping menyantuni adat dan tradisi. Ia juga merupakan perayaan yang sinonim dengan keunikan dekorasi yang berwarna warni dan berkerlipan mampu menyemai perasaan keterujaan dan kegembiraan selain dari simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Suasana Deepavali yang meriah dapat dirasakan dengan hiasan kolam yang indah di pintu-pintu masuk utama Suria KLCC, ucapan perayaan di skrin digital dan di seluruh pusat membeli-belah serta hiasan berwarna-warni di pamerkan di Center Court, Ampang dan Ramlee Mall.

Beautiful Deepavali Hoist at Suria KLCC

Sempena sambutan perayaan ini, pengunjung yang membeli-belah di Kumpulan Suria KLCC bakal menerima ganjaran melalui pelbagai cara, yang mana mereka perlu berbelanja RM400 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih dari 6 – 15 November, mereka layak menebus ‘Deepavali Snack Jar’. Ini terhad kepada satu (1) penukaran untuk setiap pembeli pada setiap hari, sementara stok masih ada.

Bagi pengunjung yang membeli-belah di Suria KLCC pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam tempoh sambutan kali ini berpeluang untuk dipilih secara rawak bagi menerima sepasang sarung bantal esklusif.

Di sebalik keadaan yang sukar sekarang hasil impak dari wabak Covid-19, kesemua pusat membeli- belah di bawah kumpulan Suria KLCC bertekad untuk meneruskan tradisi perayaan Deepavali bagi mendorong orang ramai untuk terus membina harapan dan terus cekal di dalam mengharungi kesukaran tatkala di musim perayaan kali ini.

“Kami memahami bahawa banyak kawasan di Lembah Klang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, namun begitu ia masih tidak menghalang kami meraikan para pengunjung dalam tempoh yang mencabar ini. Usaha kami tidak hanya terhenti di Suria KLCC, di mana sambutan perayaan Deepavali juga turut diraikan di Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu. Ikuti kami di media sosial untuk terus mengetahui perkembangan aktiviti dan pelbagai kempen menarik yang bakal kami lancarkan, “ kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Deepavali Kolam Decoration at Alamanda Putrajaya (1)

Di Alamanda, mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam tidak lebih dari 3 resit melalui pembelian di mana-mana kedai yang terpilih berpeluang menebus set lilin wangi dari Body Shop dan dua (2) tisu pembersih. Mereka yang berkunjung pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis, tidak termasuk cuti umum) juga akan menerima baucar tunai F&B tambahan bernilai RM5 bersama dengan set lilin wangi, sementara stok masih ada.

Dan seperti Suria KLCC, Alamanda Putrajaya juga melengkapkan suasana perayaan dengan hiasan kolam yang unik. Para pembeli yang membuat penebusan semasa tempoh keberlangsungan kempen Deepavali masih layak untuk mengambil bahagian dalam kempen Jom Masyukk yang kini berlangsung dan akan berakhir pada 12 November 2020 yang mana pembeli di Alamanda Putrajaya berpeluang memenangi pelbagai hadiah terdiri daripada jongkong emas, rantai dan gelang emas serta baucar bernilai RM1,000 hingga RM5,000.

Tidak lupa Mesra Mall di Terengganu juga akan menampilkan hiasan Deepavali sejajar dengan meraikan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: