Daging Lembu dan Kambing Halal dari AUSTRALIA Kini di pasaran Malaysia

Anda tidak perlu lagi was-was dengan produk daging lembu dan kambing yang diimpot dari Australia memandangkan negara itu telahpun menepati syarat-syarat yang diperlukan sebagai pengeluar produk daging lembu serta kambing yang HALAL.

Aussie Beef pix no 1

Menurut kajian yang dilakukan oleh Meat and Livestock Australia (MLA) mendapati haiwan yang diternak dan diproses dalam persekitaran tanpa tekanan menghasilkan daging yang lebih berkualiti, lebih bersih, selamat dan mempunyai banyak nutrisi.

Rata-rata haiwan yang diternak di Australia diletakkan dalam kawasan hijau dan dijaga dengan baik, malah kebajikan haiwan juga dijaga sejajar dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan tempatan.

Maka tidak hairanlah produk daging lembu dan kambing yang dihasilkan dari Australia sesuai dijadikan menu terbaik untuk resipi Asia serta Barat memandangkan dagingnya bukan sahaja segar malah juga lembut, tidak mengambil masa yang lama untuk lembut.

Aussie Lamb Shabu

Daging lembu dan kambing yang dihantar ke pasaran Malaysia disembelih mengikut prosedur Islam di bawah Program Australian Government Supervised Halal Program by accredited Muslim. Dan, proram ini dikendalikan di bawah Jabatan Pertanian Persekutuan Australia. Semua fasiliti pemprosesan daging-daging ini mengguna tenaga pekerja Islam yang berdaftar dan menerima latihan penyembelihan daripada Badan Persijilan Halal. Manakala Badan Persijilan Halal ini pula diperakui oleh JAKIM. Fasiliti pemprosesan pula diaudit secara berkala oleh sistem kualiti dalaman dan keselamatan makanan. Australia juga membawa masuk wakil daripada Jabatan Veterinar Malaysia serta JAKIM untuk pemantauan. Buat masa ini Australia mempunyai 7 badan persijilan Halal yang memantau daging-daging yang dihantar masuk ke Malaysia.

Dengan populasi masyarakat Islam di Malaysia sebanyak 16 juta, maka permintaan untuk daging lembu dan kambing dari Australia ini mendapat sambutan memandangkan ia diperakui Halal.

Malah MLA baru-baru ini menyertai pameran hibrid MIHAS bermula pada 9 September hingga 12 September lalu yang disertai oleh pengeluar produk Halal dari seluruh negara di mana perserta-peserta ini mempamerkan produk mereka secara maya.

Bukan itu sahaja, MLA turut mengadakan sesi webinar bersama wakil media dan penulis blog Malaysia pada 25 September lalu. Ia dihadiri oleh Sanjay Boothalingam, Kaunselor Pertanian Australia, Pesuruhjaya Tinggi Australia, Terry Nolan, wakil dari Australiahn Meat Industry Council (AMIC), Valeska Valeska, Pengurus Wilayah, Meat & Livestock Australia dan Cef Jason Manson.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: