MUNCHY’s Sambut Ulang Tahun Ke-30 Tahun

Wah tak sangka, sudah 30 tahun Munchy’s membawa keriangan pada keluarga di Malaysia dengan kepelbagaian biskut yang enak!

OMG30_3 (2)

Oleh itu, sempena sambutan yang ke-30 ini, Munchy’s meraikannya dengan lebih banyak saat-saat yang menggembirakan!

OMG30_1

Dengan tema Oh Munchy’s Goodness (OMG), Munchy’s meraikan sambutan ulang tahun yang menggembirakan ini dengan mengadakan Peraduan Scan, Play & Win yang menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk peminat setia!

Sejak penubuhannya pada tahun 1991, Munchy’s semakin berkembang dan popular serata dunia. Bermula dengan dua saudara dari Batu Pahat yang membuka sebuah kilang membuat biskut kecil dengan hanya sebuah mesin membuat biskut wafer yang terpakai. 30 tahun kemudian, Munchy’s kini menawarkan pelbagai pilihan snek yang enak dan rangup serta membawa kegembiraan kepada pengguna tempatan dan global.

Rangkaian produk utamanya termasuklah:

  • Munchy’s Cream Crackers
  • LEXUS Cream Sandwich
  • Oat Krunch
  • Muzic Wafer
  • Choc-O Cookies.

Rodney Wong, CEO of Munchy's Malaysia (1)

Rodney Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia, menjelaskan akan kepentingan sambutan ulang tahun ke-30 syarikat:

“Setiap kali kita teruja, kita sering menyebut “OMG”! Untuk berkongsi keseronokan pada tahun ini, kami telah memilih ekspresi “OMG”, tetapi bagi kami ia bermaksud “Oh Munchy’s Goodness”! Anda boleh menemui kenaikan dalam setiap produk Munchy’s yang dibuat dengan cermat dan teliti oleh pakar pembuat biskut kami di Batu Pahat dengan menggunakan ramuan berkualiti tinggi dan standard kebersihan yang paling ketat. Tidak kiralah biskut Munchy’s mana pilihan anda – kami sentiasa memastikan anda dapat menikmati kerangupan dan rasa enak berkrim yang anda gemari.”

“Dengan berkongsi kebaikan Munchy’s, kami yakin semua orang akan dapat merasai kehebatan “OMG” dalam setiap gigitan! Maka inilah sebabnya saya berbesar hati memaklumkan bahawa produk Munchy’s bukan sahaja dijual di kebanyakan kedai runcit di dalam negara, malah meliputi lebih 50 buah negara di seluruh dunia,” 

Bagi meraikan ulang tahun ke-30 Munchy’s, jangan ketinggalan menyertai Peraduan Scan, Play & Win OMG (Oh Munchy’s Goodness)! Anda mungkin menjadi salah seorang daripada 30 orang pemenang bertuah untuk menerima Nintendo Switch!

Cara menyertai:
⦁ Layari ⦁ http://www.munchys30.com
⦁ Daftar melalui Facebook anda dan mula bermain!
⦁ Kumpulkan seberapa banyak mata yang boleh dengan menangkap biskut yang jatuh daripada baris pengeluaran semasa permainan.
⦁ Lebih banyak anda main dan lebih tinggi mata anda, lebih besar peluang untuk menang!

Peraduan Scan, Play & Win berlangsung mulai 1 September hingga 31 Oktober 2021 dengan menawarkan 30 unit Nintendo Switch untuk dimenangi. Para pemenang akan diumumkan setiap minggu.

Produk Munchy’s boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di Malaysia dan 50 buah negara lain di dunia. Anda juga boleh membeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Munchy’s di Lazada atau Shopee.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy’s di:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: