Pertandingan ‘Waste is Amazing’ Pamer 20 Rekaan Fesyen Kreatif Guna Kertas Kitar Semula

Kreatif betul semua peserta. Cantik-cantik rekaan masing-masing! Harap pertandingan ini diteruskan lagi dimasa akan datang dalam usaha menyemai amalan 3R.

Champion Full

Ia adalah salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Alam Flora Sdn Bhd dalam menyemai amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di kalangan komuniti menerusi acara tahunan ikonik ini yang mana WASTE IS AMAZING merupakan satu pertandingan reka fesyen dari bahan kitar semula.

SECOND PLACE

Bertemakan PAPER COUTURE, pertandingan fesyen WASTE IS AMAZING yang unik ini telah memasuki tahun ke-9 dan pelbagai idea yang kreatif dan luarbiasa telah dipertonjolkan. Tahun ini, seramai 20 orang pereka amatur terpilih dari pelbagai latarbelakang menunjukkan kreativiti mereka dalam rekaan pakaian secara maya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

THIRD PLACE

“Dengan adanya pelbagai halangan akibat pendemik COVID-19, kami masih menerima sambutan penyertaan yang luar biasa di mana kami menerima lebih daripada 80 penyertaan dari seluruh Malaysia. Ini jelas menunjukkan karya itu tidak mengenal batasan dan sekaligus penerimaan terhadap budaya kitar semula semakin di terima terutamanya di kalangan genersi muda. Pemilihan kertas sebagai bahan utama pada rekaan fesyen pada tahun ini adalah amat bertepatan sekali kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) menunjukkan bahawa kertas adalah bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik.

Ia juga bersesuaian dengan aspirasi pihak kerajaan bagi mengurangkan sebanyak 40% sisa yang boleh dikitar semula, dibuang ke tapak pelupusan menjelang 2025. Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah mempertingkatkan usahanya dalam menjangkau pengurusan sisa terutamanya dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia dan ‘Waste is Amazing’ adalah merupkan salah satunya. Kini kita boleh melihat sisa dari perspektif yang berlainan secara positif,’ kata Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora..

Pertandingan penuh warna warni selama sejam ini melibatkan juri-juri profesional termasuk pereka fesyen terkemuka Hatta Dolmat dan penyanyi terkenal, Sissy Imann. Walaupun juri menghadapi masa yang sukar untuk memilih pemenang, namun pengalaman yang menyeronokkan ketika memilih pemenang berdasarkan kriteria yang diberikan oleh Alam Flora.

Pertandingan tersebut telah dijalankan secara langsung di Facebook dan Instagram Alam Flora dan ditonton oleh netizen di seluruh negara dan serata dunia,menjadi aras tanda bahawa jarak dan lintas sempadan bukan lagi penghalang.

Pemenang Pertandingan WASTE IS AMAZING 2021 FASHION DESIGN COMPETITION: PAPER COUTURE”

JUARA

Nor Farizan Jawahir dari Institut Kemahiran Belia Negara,

  • Pertak Miezan Creation’s
  • RM1,000, 10 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan

TEMPAT KEDUA

Muhammad Danish Saiful Rizal dari Management Science Universiti (MSU)

  • T.G.I.F Thank God is Fashion
  • RM800, 5,000 mata ganjaran Mesra Pentronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan

TEMPAT KETIGA

Wan Rahman Muhammad Izzuan Abdul Rahman dari Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor

  • Inspired by Cruella
  • RM500, 3,000 mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan.

Sosial Media Terbaik

Tieya Tailerra dari UiTM Shah Alam
1.8k likes, 280 shares, 10.3k view Flamed Dive

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: