Kempen ‘The Golden Ticket’ Suria KLCC Tawar Baucar Beli-Belah Bernilai RM5,000

Wow RM5,000?

Biar betul!

_D8X5667 (2)

Ya, anda boleh mendapatkan Golden Ticket dari Suria KLCC yang menghimpunkan baucar beli-belah bernilai RM5,000 melalui kempen ‘The Golden Ticket’.

Ganjaran baucar mencecah nilai hampir RM450,000 ditawarkan kepada pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.

Tahun ini, Suria KLCC kembali semula dengan kempen ‘The Golden Ticket’ hasil dari maklum balas positif pelanggan-pelanggan yang mana secara tidak langsung menjadikan ia satu kempen yang dinanti-nanti oleh mereka.

Apakah titik pengukur kemeriahan kempen “Golden Ticket” ini?

“Dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah kami yang terpilih, pembeli mampu menikmati nilai ganjaran istimewa setiap hari. Dengan erti kata lain, setiap pelanggan yang berbelanja di rangkaian pusat beli-belah terpilih kami, akan diraikan!– Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.

IMG_0228

Sepanjang tempoh 16 hari bermula dari 9 Oktober,  pembeli bepeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri daripada 100 kotak yang disediakan. Kotak misteri ini ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall.

Pembeli yang bertuah berpeluang memenangi sama ada ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’.

  • ‘Golden Ticket’-himpunan baucar beli-belah bernilai RM5,000
  • ‘Purple Ticket’-baucar beli-belah Suria KLCC bernilai RM50.

Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam DUA resit dari mana mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Bagi merancakkan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memberi pakej percutian “staycation” 2 hari 1 malam di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan cabutan akan dibuat pada acara penutupan tirai kempen tersebut.

Peluang untuk memenangi ‘Golden Ticket’ akan diadakan pada DUA sesi iaitu sesi pagi dan sesi tengah hari yang mana sejumlah 32 pemenang bakal membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 setiap seorang.

_D8X5685 (2)

Bagi ‘Purple Ticket’, lebih daripada 3,000 baucar beli-belah yang bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dengan 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari.

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan  pengunjung sepanjang keberlangsungan kempen, Suria KLCC akan memastikan kawalan SOP dipantau. Cecair pembasmi kuman dan cecair pembersih tangan akan disediakan di sekitar stesen cabutan bertuah tersebut. Bagi mengekalkan penjarakan sosial yang optimum, acara cabutan bertuah hanya akan diadakan pada dua sesi setiap hari yang mana sesi pertama akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 3 petang manakala sesi kedua akan berlangsung pada jam 4 petang hingga 9 malam bagi sepanjang kempen tersebut.

Kempen ‘The Golden Ticket’ juga akan kembali memeriahkan kawasan Centre Court Pusat Beli- Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November untuk para pelanggan yang berbelanja sekurang- kurangnya RM250 dalam DUA resit dari mana-mana kedai terpilih. Lebih dari 2,000 pembeli akan membawa pulang baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM30 setiap seorang, selain daripada berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berbentuk baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM 1,000. Secara keseluruhan, sejumlah 45 ‘Golden Ticket’ akan diberikan.

Tebusan hadiah terhad untuk 1 kemasukan bagi setiap pembeli untuk setiap hari, sementara stok masih ada. Terma dan syarat lengkap boleh didapati di laman sesawang Suria KLCC dan Mesra Mall.

“Kami amat bersyukur kerana berpeluang untuk kembali meraikan pengunjung setia dengan sambutan kempen ini, kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dikala menginjak suku akhir tahun ini. Bagi terus mengekalkan prestasi dan rekod, rangkaian pusat beli-belah kami akan sentiasa mengekalkan keselamatan dan kebersihan yang mana kami mengambil langkah bersepadu dan jitu dalam mengekalkan kawalan ketat terhadap SOP. Akhir kata, kempen ini adalah tanda penghargaan kecil kami dalam menghargai dan menyanjungi para pelanggan kami”. Tambah Brien.

Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC – http://www.suriaklcc.com.my / http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall Mesra Mall – http://www.mesramall.com / http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: