MILO LANCAR TIN EDISI TERHAD TANDA HARGAI SEMANGAT MALAYSIA

Tin Edisi Terhad 1.5kg 2021 direka secara eksklusif menerusi kerjasama dengan Loka Made dan lengkap dengan ciri Realiti Berperantara (AR).

MILO Malaysia Day_Picture 2 (Warung) copyMILO Malaysia Day_Picture 1 (Kopitiam) copy

Tin yang dihasilkan oleh MILO® adalah sebagai meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Pelancaran Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad ini mengungkapkan pertalian erat antara MILO® dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya.

Selama lebih 70 tahun, MILO® tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO® dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO® pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.

MILO Malaysia Day_Picture 3 (Ng Su Yen) copy

“Kami bukan sahaja berbangga dengan MILO® yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, menerusi kempen ini, kami juga ingin meraikan keberanian serta kegigihan yang membentuk semangat juara takkan gentar dalam diri rakyat. Sentiasa berada di sisi mengharungi jatuh bangun bersama-sama, kami ingin mengabadikan secebis kenangan kehidupan Malaysia yang bermakna dalam memorablia kami, sambil meneruskan sokongan kepada rakyat dengan membekalkan kebaikan tenaga untuk melangkah lebih jauh demi menghadapi masa hadapan”Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Menampilkan DUA reka bentuk, Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 meraikan cara unik rakyat Malaysia menikmati MILO® kegemaran mereka, sama ada:

  • di warung-warung tepi jalan (Edisi Warung) 
  • di kopitiam yang menggamit nostalgia (Edisi Kopitiam).

Jayee Lim, Pengarah Seni Loka Made berkata,

“Kami sedar bagaimana MILO® telah memperkayakan budaya makanan Malaysia. Memetik ilham ini serta kenangan manis rakyat Malaysia bersama MILO®, kami yakin tiada yang lebih unik dalam warisan budaya kita berbanding warung dan kopitiam. Kami berbangga untuk berkongsi hasil karya kami dengan rakyat Malaysia, khususnya peminat MILO®, dan berharap mereka juga akan turut berbangga untuk memiliki ikonografi MILO® ini. Kami berharap dengan cara ini kami dapat memelihara warisan budaya kita. Semoga tin MILO® edisi terhad ini bukan sekadar menjadi kenangan buat generasi akan datang, malahan peringatan betapa MILO® sentiasa dekat di hati anak-anak Malaysia. ”

Walaupun reka bentuknya sarat dengan unsur tradisi, Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 tampil dengan kecanggihan teknologi AR yang menghidupkan warisan ini.

Hanya imbas kod QR pada tin, peminat dapat merasai pengalaman interaktif 3D dengan rekaan warung dan kopitiam tersebut.

Membangkitkan lagi kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam kalangan peminat serta rakyat Malaysia, MILO® menjemput semua untuk menonjolkan keunikan budaya Malaysia dengan berkongsi bagaimana MILO® melengkapkan hidangan kegemaran mereka menerusi Peraduan Kita Kan Malaysia. Peserta hanya perlu mengambil gambar Tin MILO® Edisi Terhad bersama makanan kegemaran yang dianggap sebagai gandingan terbaik dan memuat naiknya ke media sosial beserta tanda pagar #MILOMerdekaMalaysiaDay dan #TimeforMILO sebelum 30 September 2021 untuk berpeluang memenangi set hadiah eksklusif MILO®.

Koleksi Tin MILO® Edisi Terhad 2021 kini berada di pasaran. Pembelian boleh dibuat di pasar raya yang berhampiran serta secara atas talian menerusi laman e-dagang utama, selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.milo.com.my/bm/Tin-MILO-Edisi-Merdeka.

MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam

Tahukah anda bumi semakin tenat setiap hari?

Pencemaran udara, pencemaran alam sekitar misalnya antara yang menyumbang pada ketenatan bumi.

Sebab itulah, MILO® mengorak langkah PERTAMA ke arah kelestarian alam sekitar menerusi pelancaran MILO® Sayang Bumi sebagai komitmen mereka dalam menerapkan amalan serta inovasi produk dan proses yang mesra alam demi kebaikan bumi.

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 4

Berbekalkan sokongan rakyat Malaysia, MILO® Sayang Bumi menyatupadukan inisiatif kelestarian alam yang bakal diterajui jenama tersebut bermula tahun ini, sekaligus menyumbang kepada aspirasi global Nestlé untuk mencapai impak sifar terhadap alam sekitar dalam operasinya menjelang 2030.

Menyedari pencemaran plastik dan perubahan iklim sebagai ancaman terhadap kelestarian alam sekitar, Nestlé kini mempergiatkan tindakan di peringkat global dan di Malaysia ke atas komitmennya untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, serta memastikan semua bungkusannya dapat diguna semula atau dikitar semula menjelang 2025.

MILO Sayang Bumi Launch Photo 5

“Di Malaysia, kami memacu usaha kelestarian alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif dan berazam untuk terus memimpin usaha industri ke arah masa hadapan yang lebih hijau. Kami berbangga kerana salah satu jenama terbesar kami, MILO® kini menjadi teraju utama perjuangan kelestarian alam sekitar. Semoga MILO® menjadi suara Nestlé yang paling lantang di Malaysia untuk menerajui, menginspirasi dan mempengaruhi tindakan bersama untuk melangkah lebih jauh demi kelestarian alam, digerakkan atas platform MILO® Sayang Bumi,”

-Juan Aranols, Ketua Eksekutif Pegawai, Nestlé (Malaysia) Berhad

copy MILO Sayang Bumi Launch Photo 1

MILO® membekalkan tenaga berkhasiat kepada jutaan rakyat Malaysia setiap hari. ini bermakna setiap hari, kami berupaya untuk menginspirasi jutaan rakyat Malaysia sebagai juara untuk bertindak demi kelestarian bumi. Bumi memerlukan juara untuk memperjuangkan matlamat yang lebih besar: Masa hadapan bumi yang lebih sihat dan lestari. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kami ingin memainkan peranan dalam menyatukan juara-juara kami terhadap komitmen kelestarian bumi menerusi MILO® Sayang Bumi.”

Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad

MILO® Sayang Bumi menumpukan fokus ke atas TIGA matlamat impak iaitu:

  1. Mengurangkan sisa plastik di tapak pelupusan dan saluran air
  2. Mengurangkan pengeluaran plastik
  3. Menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui

Sehubungan itu, MILO® telah melancarkan ENAM inisiatif berikut:

  1. Projek CAREton: Kempen kitar semula karton minuman terpakai oleh MILO® UHT menerusi kerjasama dengan Tetra Pak sejak tahun 2012 yang mengubah pek minuman kepada jubin bumbung serta papan panel ‘hijau’ bagi komuniti yang memerlukan
  2. 100% Straw Kertas: Usaha pengenalan 100% straw kertas untuk keseluruhan rangkaian MILO® UHT pada tahun 2020 yang akan menjimatkan sehingga 200 juta straw plastik setiap tahun.
  3. Program-program Penebusan MILO®: Usaha berterusan MILO® untuk mengumpulkan kembali bungkusan MILO® terpakai daripada pengguna bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air, termasuk MILO® Stik Pek X-Change yang dilancarkan baru-baru ini. Inisiatif ini bukan sahaja mengumpulkan kembali bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai, malah mengguna semula (‘upcycling’) bungkusan-bungkusan ini untuk menghasilkan kraftangan MILO® yang unik menerusi kerjasama dengan komuniti setempat.
  4. Bungkusan Kertas untuk Rangkaian MILO® Mixes: Inisiatif Nestlé Malaysia yang pertama seumpamanya akan menggantikan bungkusan luaran produk MILO® Less Sugar dengan bungkusan kertas yang boleh dikitar semula.
  5. 100% Cawan Kertas: Peralihan kepada 100% cawan kertas, lengkap dengan usaha mendidik murid-murid sekolah tentang kepentingan pengasingan sisa.
  6. Van MILO® dengan Panel Solar: Transformasi van MILO® ikonik dengan panel solar yang menukarkan tenaga solar – sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui – kepada tenaga elektrik untuk menggantikan penjana yang bergantung pada bahan api.

Setiap inisiatif ini akan dilengkapkan dengan usaha mendidik dan menggalakkan pengguna untuk menerapkan amalan positif, baik kecil mahupun besar, demi kelestarian alam sekitar.

Menurut April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan Sedia Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad,

“Kami memahami sebahagian perubahan ini akan membawa pengalaman baharu kepada para pengguna kami, dan mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Namun, apa yang kita lakukan hari ini akan meninggalkan impak yang berkekalan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, sekaranglah masanya untuk kita sama-sama mengorak langkah demi memelihara alam sekitar. Sekecil manapun langkah pertama, jika kita bersatu menggembleng tenaga demi kebaikan bersama, pastinya kita dapat mencetuskan perubahan yang bermakna.”

Untuk sama-sama melestarikan usaha ke arah kebaikan bumi bersama MILO® Sayang Bumi, layari: https://www.milo.com.my/

Lembaran Fakta: MILO® Sayang Bumi

Continue reading “MILO SAYANG BUMI Dorong Rakyat Ke Arah Kelestarian Alam”