3R itu adalah:
- Refresh
- Recharge
- Raikan
Memandangkan peranan Tic Tac dalam menawarkan ketenangan dengan cara tersendiri dan menyatukan orang ramai dengan pek ikoniknya, Mobile Legends adalah rakan kongsi yang ideal yang mana permainan dalam talian adalah forum terbaik untuk generasi muda merehatkan diri daripada kesibukan tugas harian dan memupuk semangat berkomuniti.
Tic Tac Malaysia melancarkan Kempen ‘Refresh and Recharge’ dengan matlamat memberi inspirasi kepada pemain untuk merasai kesegaran dan meraikan ‘little wins’ dalam permainan, sekali gus menghindarkan diri daripada elemen negatif dalam talian dan membangkitkan kembali sifat murni dalam diri mereka.
Baru-baru ini, Refresh & Recharge (R&R) Night (RR) distrim di laman Facebook Tic Tac Malaysia, bersama DUA pemain Mobile Legends terkemuka di Malaysia, Thanuk Pri Cha (Nukk) dan Syafiq Faizin (Zynn), serta ‘lifestyle influencer’, Muhammad Syah Fitri, (Syahfit). Trio ini bertukar-tukar tip dan trik Mobile Legends eksklusif, serta meluangkan masa melihat dan mengulas koleksi sesi permainan Mobile Legends Zynn yang menghiburkan.
Acara selama satu jam itu juga termasuk perlawanan persahabatan Tic Tac Legend di mana mereka dikehendaki mengguna “chopsticks” untuk mengembalikan gula-gula Tic Tac ke dalam bekas serta membina menara Tic Tac tertinggi dari bekas kosong dalam permainan ‘Support Tower’.
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Refresh and Recharge’, rakyat Malaysia berpeluang memenangi lebih 1,500 aset Mobile Legends seperti Diamond (50 hingga 1,000 Diamond), Skin and Hero setiap minggu.
Apa yang perlu dilakukan adalah:
- Membeli Tic Tac dalam mana-mana perisa (Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry)
- memuat naik resit pembelian di www.tictac.my untuk layak.
Tic Tac juga bakal memberikan 40 hadiah utama setiap minggu, termasuk ‘Limited Edition’ dan ‘Special Skins’, ‘Heroes’ serta ‘1,000 Diamonds’.
Untuk layak menerima hadiah Bonus ini, gunakan hashtag #TicTacRecharge dan kongsi siaran awam di Facebook/Instagram anda dengan menyatakan mengapa anda suka Tic Tac.
Selepas anda mengikuti langkah yang dinyatakan di atas, hanya muat naik tangkapan layar siaran anda untuk layak bagi peraduan Bonus mingguan!
Kempen Refresh & Recharge with Tic Tac akan berlangsung dari 4 Oktober hingga 28 November 2021. Apa lagi, jangan buang masa dan sertai sekarang!
Maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi boleh didapati di:
⦁ Laman Web Tic Tac Malaysia: ⦁ http://www.tictac.my
⦁ Laman Facebook Tic Tac Malaysia: https://www.facebook.com/tictacmalaysia/
Leave a Reply