VANILLA MILLE CREPE BUKA LAGI CAWANGAN DAN PERKENAL KEK KHASIAT TERBAHARU

Tahniah Vanilla Mille Crepe atas pembukaan cawangan ke-33!

Bukan itu sahaja, Vanilla Mille Crepe telah melantik pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik iaitu Goh V Shem sebagai Duta Baharu!

Perlantikan dan pembukaan cawangan terbaharu itu telah dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam  Hj. Ahmad bersama Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias sewaktu majlis menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) yang menyaksikan Duta baharu Vanilla Mille Crepe, pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh V Shem, mempromosikan gaya hidup sihat melalui siri kek berkhasiat terbaharu yang dinamakan ’Plant-Based Booster Series’.

Bersempena dengan pengumuman Duta Jenama baharu, Vanilla Mille Crepe juga melancarkan produk terbaharu, ’Original Vanilla (bersama Panna Cotta) Crepe Cake’ sebagai edisi pertama siri kek terbaharu mereka.

Di sidang media ini juga, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Bersama Vanilla Mille Crepe, Nelson Liew mengalu-alukan pemegang lesen baharu iaitu Goh V Shem dan Ernest Yap.

Goh V Shem merupakan personaliti yang sesuai sebagai wajah baharu Vanilla Mille Crepe. Ini akan memberi manfaat bagi menjayakan misi mereka bagi tahun 2022 untuk mengembangkan rangkaian mereka di Asia Tenggara dan mempromosikan gerakan maju sihat dalam industri F&B. Bakal dilancarkan pada awal Disember 2021, Goh V Shem dan Ernest Yap akan menjadi pemegang lesen bersama untuk cawangan Vanilla Mille Crepe ke-32 di Cheras Leisure Mall.

Sebagai tambahan, Ernest Yap juga akan membuka cawangan ke-33 di Centrepoint Bandar Utama yang bakal menerima pengunjung pada penghujung Disember 2021.

CEO dan Pengasas Bersama Vanilla Mille Crepe, Nelson Liew berkata,

”Kami memilih Goh V Shem sebagai wajah jenama kami kerana reputasi beliau di dalam mempromosikan gaya hidup sihat di media sosial dan juga di dalam gelanggang. Dikenali di seluruh Asia Tenggara melalui pencapaian cemerlang di dalam sukan badminton, Goh V Shem merupakan personaliti yang sesuai untuk kami berkembang ke negara jiran pada tahun 2022. Dengan itu, saya mengalu-alukan Ernest Yap dan Goh V Shem ke dalam keluarga Vanilla Mille Crepe.”

Vanilla Mille Crepe juga melancarkan produk baharu mereka, ’Original Vanilla (bersama Panna Cotta) Crepe Cake’, produk pertama dalam ’Plant-Based Booster Series’ mereka. Pakar hidangan pencuci mulut di Vanilla Mille Crepe berusaha keras dalam menghasilkan kek ‘crepe’ kurang kalori yang dibuat tanpa gula tambahan bersama dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan berkualiti yang diimport khas dari Perancis. Bahan-bahan tersebut memberikan alternatif hidangan pencuci mulut yang lebih sihat tanpa memberi kesan kepada rasa, keaslian dan kualiti. Kek-kek ini hanya mengandungi separuh dari kadar kalori kek-kek keju biasa dengan kadar kandungan lemak dan gula yang amat rendah, menjadikan kek-kek ini pilihan yang sesuai bagi mereka yang menjaga kesihatan.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad berkata,

”Kek dinikmati dalam pelbagai sambutan, dan di Malaysia, kita amat bertuah untuk menyambut pelbagai perayaan. Dengan siri kek terbaharu dari Vanilla Mille Crepe, para pengguna mempunyai pilihan yang lebih sihat, berkhasiat dan lazat. Walaupun tahun 2021 ini mencabar, ianya amat menggembirakan untuk melihat syarikat-syarikat seperti Vanilla Mille Crepe yang berkembang dan memperluaskan perniagaan mereka. Pada masa yang sama meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan peluang pekerjaan pada masa yang mencabar ini,”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: