Karya seni yang mengagumkan ini adalah hasil kerjasama antara Kwai Chai Hong dan Alice Chang dari Lai Lai Art Studio memberi nafas baru pada kawasan Chinatown di Kuala Lumpur ini.
Ia memaparkan beberapa hasil seni yang memberi perspektif baru dalam penggunaan Pencahayaan dan Bayang-Bayang.Â
Â
Alice Chang mengambil inspirasi seni ini daripada impak yang dialami oleh masyarakat sekarang ini yang telah terkesan akibat perspektif negatif yang dialami. Dengan penghasilan karya-karya seni ini yang meliputi elemen angin bersama cahaya matahari, ia menghasilkan bayang-bayang berwarna-warni yang sangat cantik, sinonim dengan kehidupan manusia yang indah penuh dengan warna.
Arca Arnab Gergasi dan Arnab Berkejaran yang dihasilkan oleh Alice adalah rujukan pada Arnab Jade dan Tanglung Kuda Berlari yang dihasilkan sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Ia dihasilkan menggunakan wayar logam dan bersaiz 8 kaki dan 5 kaki bersama bahan holografik segi empat yang menghasilkan ilusi unik apabila terkena panahan cahaya matahari.
“Vivid Streams” pula dipaparkan dengan mempunyai lenggok dan pusingan yang sinonim dengan lenggok kehidupan setiap manusia yang berlainan antara satu sama lain. Bayang-bayang yang terhasil akibat lenggok dan pusingan akan berubah mengikut biasan pencahayaan yang diterima oleh karya seni ini.
Zeen Chang, Rakan Pengurusan Bai Chuan Management:
Buat pertama kali ketika kami mula memerah idea untuk konsep yang ingin diketengahkan, kami perlu mengguna elemen budaya dan tradisi masyarakat Cina dalam setiap aspek yang ingin dipaparkan. Dalam masa sama, kami ingin mencipta sesuatu yang sangat berguna pada rakyat Malaysia yang terkesan dengan kehidupan yang susah dan ingin berkongsi bahawa semua perkara adalah indah jika kita memilih untuk menjadikan sesuatu itu indah. Jadi arca seperti bentuk sangkar memberi simbol kepada peraturan serta SOP yang perlu kita ikuti secara tak langsung memberi tanda kehormatan pada semua pejuang barisan hadapan yang banyak membantu memberi kita semua kehidupan yang lebih baik. Jadi karya seni ini diharapkan dapat membantu memberi suasan positif pada semua orang dan harap keadaan akan kembali semula seperti biasa”
Karya seni ini boleh dilihat bermula 29 Oktober sehingga 5 Disember 2021 setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan peluang melihat Iluminasi Bayang-Bayang yang mengagumkan ini sambil bergambar dengan karya seni dan menikmati hidangan yang disediakan di 10 restoran di sekitarnya.
Maklumat lanjut:
FB & IG Project Kwai Chai Hong serta www.kwaichaihong.com
Leave a Reply