KUMPULAN SYARIKAT SURIA KLCC KONGSI KESEDARAN KESIHATAN MENTAL

“We Are With You” yang merupakan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental adalah kempen kesedaran pertama seumpamanya diadakan di pusat beli-belah KLCC bermula selama sebulan bermula pada 8 November hingga 8 Disember 2021.

3003 aa

Ia diadakan berikutan kesan impak pandemik Covid-19 pada rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang secara tak langsung mengakibatkan tekanan diri tanpa mengira peringkat usia. Perlaksanaan langkah kesihatan awam seperti duduk di rumah misalnya boleh menurunkan jangkitan Covid-19, namun, ia juga boleh menjadi penyebab kepada perasaan terasing, kebosanan serta kesunyian yang boleh menambahkan lagi tekanan dan tahap kebimbangan.

3017 aa

Susulan daripada Bulan Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober, pusat beli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC termasuk Pusat beli-belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman berkongsi bagaimana orang ramai boleh mengendalikan kesejahteraan psikologi dengan cara mudah tetapi menyeluruh.

“Sebagaimana pada kebiasaannya, kami sentiasa mempromosi pusat membeli belah kami sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi, memanfaatkan ruang untuk memberi didikan tentang kepentingan kesihatan mental merupakan satu lagi langkah yang ingin kami lakukan sebagai dalam menyediakan tempat yang selamat. Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan untuk berkongsi maklumat secara kreatif dalam mengharungi waktu yang sukar ini,” menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien.

3004 aa

Untuk mencapai matlamat itu, Suria KLCC berganding bahu bersama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Befrienders KL, RELATE dan Green Ribbon Group serta Kementerian Kesihatan Malaysia di samping pelancaran initiatif pengumpulan dana melalui penjualan “Suria Ribbon Pin

Brien percaya Suria KLCC merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental seperti ini dengan menyediakan ruang selamat untuk masyarakat secara amnya bertemakan ‘We Are With You’ yang bermaksud ‘Kami Bersama Anda’.

3009 aa

“Kami ingin mereka dan membina sebuah ruang selamat di Suria KLCC sebagai tempat tumpuan masyarakat untuk membincangkan kesihatan mental”

Kempen kesedaran yang bermula dari 8 November hingga 8 Disember menjadikan Safe Space @ Suria KLCC sebagai platform dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental. Ia terletak di Aras 1, Ampang Mall dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Di Safe Space@ Suria KLCC, orang awam boleh mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kesihatan mental dari NGO terpilih dalam suasana santai dan menyenangkan. Terdapat juga pameran mengenai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak NGO berkenaan. Aktiviti seperti bengkel, ceramah dan perbincangan panel oleh professional dalam kesihatan mental akan diadakan untuk memperkasa ilmu mengenai kesihatan mental di kalangan orang awam.

Safe Space mengalukan kehadiran pengunjung sebagai galeri maklumat mengenai kesihatan mental seperti latarbelakang, statistik dan perkongsian pengalaman kisah benar. Diharapkan orang awam dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat dalam negara ini disamping kesedaran mengenai bila dan di mana bantuan boleh diperolehi.

Pusat beli-belah ini juga turut mengadakan jualan Suria Ribbon Pin pada harga RM10 setiap satu bagi mengumpul dana untuk disumbangkan dalam membantu menjayakan aktiviti berkaitan kesihatan mental. Safe Space @ Suria KLCC atau kesihatan mental secara amnya akan menjadi fokus jangka panjang Kumpulan Syarikat Suria KLCC sebagai salah satu inisiatif CSR untuk satu hingga dua tahun akan datang

Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah melahirkan rasa sukacita terhadap usaha Suria KLCC dalam menekankan kesihatan mental dengan bertitah,

“Kami amat bersyukur untuk melihat inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kerana ianya menekankan sesuatu yang sangat diperlukan di waktu pandemik ini dan ketika pemulihan kelak. Green Ribbon Group berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan inisiatif Suria KLCC adalah contoh terbaik dalam perlaksanaanya. Beta memuji usaha Suria KLCC dalam memperkasakan NGO seperti MMHA, Befrienders dan RELATE – satu lagi contoh bagaimana Green Ribbon Group dan Suria KLCC mempunyai hasrat yang sama. Perbincangan mengenai kesihatan mental perlu berterusan.”

President MMHA and penasihat polisi kepada Green Ribbon Group, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata,

“Amatlah penting untuk masyarakat di Malaysia dididik secara berterusan mengenai kesihatan mental kerana rata-rata memandang serong terhadapnya. Keberkesanan Pendidikan adalah penting untuk menemui jalan penyelesaian terhadap isu kesihatan mental dan oleh itu, usaha pihak Suria KLCC dalam mengetengahkan kesihatan mental sangatlah terpuji. Pendidikan bermula dengan langkah pertama dan sebagai sebuah pusat beli belah, Suria KLCC telah mengorak langkah dengan berani dalam mengelolakan kempen sepanjang sebulan ini.”

Harith Iskandar, Dr. Jezamine Lim dan Dato’ Chevy Beh merupakan antara ‘influencer’ media sosial yang turut menyatakan sokongan kepada ‘We Are With You’ yang turut dijayakan di Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall. Di Alamanda Shopping Centre, Galeri Kesedaran Kesihatan Mental juga akan diadakan dalam skala yang lebih kecil dari Suria KLCC.

Mengenai Malaysian Mental Health Association (MMHA)

MMHA merupakan sebuah NGO bukan berasaskan keuntungan yang diurustadbir oleh komiti yang dilantik oleh aktivis dan para professional termasuk penjaga mereka yang mengalami gangguan mental. MMHA berhasrat untuk mempromosikan kesihatan mental yang baik dikalangan masyarakat dan menyediakan khidmat sokongan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penjaga mereka melalui penyediaan perkhidmatan, Pendidikan, Latihan, kajian dan advokasi.

Maklumat lanjut di mmha.org.my.

Mengenai Relate Mental Health Malaysia (RELATE)

Relate Mental Health Malaysia telah ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan mental melalui pencegahan dan Tindakan awal memalui kajian, perhubungan dan cadangan polisi. RELATE berkerjasama dengan agensi dan komuniti untuk meningkatkan pengetahuan dan penjagaan kesihatan mental. Ia juga menyediakan perkhidmatan nasihat psikologi atas talian untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk saringan kesihatan mental dan cadangan rawatan secara percuma tanpa mendedahkan maklumat peserta.

Maklumat lanjut di relate.com.my.

Mengenai Befrienders Kuala Lumpur

Befrienders KL ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberikan sokongan emosi 24jam sehari, 7 hari seminggu secara percuma untuk mereka yang dalam kesunyian, kesusahan, berputus asa dan terlintas untuk membunuh diri. Perkhidmatan pelbagai kaum dan bukan keagamaan disediakan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama, usia, jantina, atau orientasi seksual.

Maklumat lanjut di befrienders.org.my.

Mengenai Green Ribbon Group

Green Ribbon Group sangat bersemangat untuk menyumbang terhadap secara empatik dan pendekatan kemasyarakatan bertaraf dunia demi kesihatan mental di Malaysia. Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui advokasi, pengumpulan dana dan kolaborasi. Ianya telah diperkenalkan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah and Puteri Nor Ariane Yasmin pada Januari 2021 ketika Baginda menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020-2021. YAM Tengku Puteri mula mendukung isu kesihatan mental tiga tahun lalu.

Maklumat lanjut di greenribbongroup.com.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com⦁ /⦁ ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: