SISTEM INTERNET TANDAS (IoT) TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TANDAS

Sistem Internet atau Internet of Toilet ini diperkenalkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid sebagai usaha digital dalam menaiktaraf pengurusan tandas menggunakan data yang dikumpul melalui pelbagai sensor serta monitor.

Sunway Pyramid IoT 1

Pengumpulan data ini diperoleh apabila pengguna memberi maklum balas dan pengalaman mereka tentang kebersihan tandas secara tidak langsung memudahkan pengurusan tandas dalam masa nyata.

Sunway Pyramid IoT 3

Sistem Internet yang diperkenalkan ini menyaksikan pusat beli-belah itu beralih daripada sistem bilik air konvensional kepada sistem pengurusan yang lebih efisien untuk membekalkan pengalaman yang lebih terhubung lagi lancar buat pengguna dan juga penyelia.

IMG20211207114231aa

Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah Sunway Pyramid untuk mentransformasikan pelbagai aspek pusat beli-belah ini secara digital, ia menyusuli usaha digitalisasi mereka yang terdahulu, termasuk ketika pandemik dan perintah berkurung.

Sebelum ini, Sunway merupakan yang pertama seumpamanya di Lembah Klang memperkenalkan:

  1. Parkir Pintar Sunway (Sunway Smart Parking) bagi mendorong penerimagunaan sistem tanpa tiket dan tanpa tunai di kawasan parkir
  2. Hab Jalinan Pengguna (Customer Engagement Hub) untuk menangani keperluan pengguna masa kini melalui pelbagai saluran walau di mana jua mereka berada

Menerusi kerjasama dengan pakar prasarana yang berpangkalan di Singapura, Rigel Technology, sistem tandas pintar yang baharu ini akan membantu mengoptimumkan prestasi dan efisiensi tandas komersial dengan memanfaatkan sistem IoT menerusi pengumpulan data. Sistem yang diperkenalkan oleh Rigel ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, dan Singapura merupakan satu-satunya lokasi yang boleh didapati setakat ini.

Biasanya kerja penyenggaraan tandas konvensional, penyelia perlu berhadapan dengan cabaran seperti:

  • prestasi kebersihan
  • pelbagai kerosakan yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan efektif kepada juruteknik, lantas menjurus kepada pengalaman yang kurang menyenangkan buat pengguna

Namun, masalah diatas boleh diatasi dengan sistem IoT yang banyak memberi manfaat:

  • dari segi pengalaman pengguna
  • kelestarian
  • menjimatkan kos

Dengan meletakkan kelestarian sebagai teras utama bagi perniagaan serta komunitinya, Sunway giat mencari kaedah inovatif yang baharu seperti ini untuk melahirkan pengalaman bertaraf tingi buat  pelanggan mereka lantas mengambil inisiatif agar mereka turut serta sebagai sebahagian dalam pelaksanaan teknologi baharu itu yang mula digunakan di Sunway Pyramid bulan ini.

Sunway Pyramid IoT 4 (2)

Jason Chin, Pengurus Besar Sunway Pyramid berkongsi,

“Sunway sejak sekian lama menjulang konsep bandar pintar serta perbandaran lestari. Langkah kami ke sistem IoT memenuhi konsep ini yang mencakupi sebuah visi holistik, turut melangkaui kepentingan yang bukan sahaja berpaksikan kemesraan alam semata-mata. Lagi satu aspek terletak dalam penaiktarafan pengalaman buat pelanggan, yang diterjemahkan kepada pembekalan kemudahan yang terbaik serta pengurusan fasiliti berprestasi tertinggi. Itulah harapan kami dengan IoT.”

Pengenalan IoT ini membolehkan tenaga pengurusan pusat beli-belah ini menyingkap fungsi dan prestasi tandas melalui sensor dan monitor khas yang dipasang pada barangan seperti tong sampah, dispenser sabun dan tisu; termasuk kelengkapan air yang utama seperti pili, ruang urinari, dan injap tekan; serta pemantauan persekitaran seperti kualiti udara, kelembapan suhu, kaunter individu dan panel maklum balas interaktif. Juga terdapat sensor ammonia yang akan mengesan kewujudan ammonia untuk mencegah bau busuk di bilik air.

Maklumat yang dikumpul ini akan dihantar ke pelayan awan yang boleh diakses melalui platform web dan aplikasi pintar mudah alih untuk memudahkan pengurusan dan penjejakan. Sebagai contoh, tenaga pengurusan dapat memantau dengan lebih jelas prestasi bilik air, penggunaan air serta data penting lain yang membolehkan mereka mengesan sebarang anomali atau kerosakan untuk ditangani dengan segera sebelum situasi berkenaan menjadi lebih teruk, lantas mengurangkan tempoh gendala dan kos, selain menjimatkan air demi output yang lebih lestari.

Dengan mengambil pendekatan pintar ini, Sunway Pyramid juga bermatlamat untuk mengoptimumkan tenaga kerjanya untuk memaksimumkan produktiviti. Menerusi aplikasi mudah alih IoT misalnya, tukang cuci akan dimaklumkan tentang bilik tandas yang memerlukan perhatian segera dari segi kebersihan atau mengenai bahan-bahan tertentu yang perlu diisi semula, serta diberi penugasan dengan serta-merta.

“Kami sedar bahawa inovasi perlu diteruskan untuk menunaikan keperluan para pelanggan kami. Dari Sunway Smart Parking hingga Customer Engagement Hub dan Sunway eMalls, anjakan digitalisasi, inovasi dan teknologi kami baru sahaja bermula,” simpul Jason.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s