Terdapat TIGA perisa Mi Goreng siri Itali yang dikeluarkan oleh Vita Makanan (Kuala Lumpur) Sdn Bhd ini. Ketiga-tiganya memang sedap dan sesuai dijadikan salah satu hidangan moden dalam menyambut Tahun Baru yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Pasta Aglio Olio adalah hidangan tradisional yang berasal dari Naples, Itali. Ia dikenali sebagai hidangan yang sihat berikutan bahan yang digunakan hanyalah minyak zaitun bersama bawang putih. Jadi, bagi mereka yang menjaga jesihatan, bolehlah mencuba Mi Goreng Aglio Olio.
Bagi mereka yang sukakan hidangan berwarna pula, boleh mencuba Mi Goreng Bolognese yang dihasilkan mengguna tomato segar, putih dan pelbagai rempah yang menaikkan perisa hidangan ini. Ia juga sesuai dimakan oleh kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas.
Dan yang terbaharu dalam siri Itali ini adalah Mi Goreng Carbonara. Ia diinspirasikan daripada menu klasik Itali dan dihasilkan mengguna bahan-bahan seperti keju, ham ayam, kepingan cili beserta krim yang menambahkan lagi citarasa klasik Itali. Ia bebas daripada bahan pengawer dan pewarna tiruan.
Ketiga-tiga siri Mi Goreng Itali ini sangat cepat dan mudah dihidangkan. Amat sesuai bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk dan mempunyai masa yang terbatas untuk menyediakan hidangan di dapur.
Ia boleh dibeli dengan harga promo iaitu RM5.95 di platfom e-dagang Shopee dan Lazada manakala kedai fizikal yang menjual produk ini adalah di seluruh cawangan AEON.
#vitsnoodles #vitsitalianmigoreng #vitsmalaysia
Leave a Reply