GLENMARIE HOTEL PENUHI ‘WISH LIST’ ANAK-ANAK RUMAH K.I.D.S

Seronok betul 41 kanak-kanak dari Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Disayangi (RUMAH K.I.D.S) apabila wish list mereka sempena sambutan Krismas dipenuhi oleh orang awam dan pihak Glenmarie Hotel & Golf Resort.

222

Kanak-kanak ini diraikan dalam satu majlis sambutan Krismas pada 30 Disember lalu di hotel tersebut.

3333

Mereka diraikan dengan pelbagai hidangan Krismas yang enak seperti spageti, lasagna, bebola daging, ayam panggang, aneka biskut serta pencuci mulut.

9999

5555

Mereka juga dihiburkan dengan persembahan silap mata daripada Clown selama lebih satu jam.

Sebelum itu, Glenmarie Hotel telah mengadakan satu bazar Krismas bersama Rumah K.I.D.S pada 24 hingga 26 Disember 2021 dengan matlamat utama untuk memenuhi hajat kanak-kanak ini sekaligus memberi kegembiraan pada mereka yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri seperti dianiaya, ditinggalkan, mempunyai trauma serta tidak menerima bantuan yang diperlukan.

IMG20211230151914 (2)

Maka dengan slogan “Waktu Untuk Memberi”, orang awam berpeluang menyumbangkan beberapa barang keperluan yang diingini oleh kanak-kanak ini seperti alatan mewarna, buku mewarna, beg sekolah dan alat tulis.

Dan, hadiah yang disumbangkan oleh orang awam ini kemudiannya diserahkan kepada kanak-kanak Rumah K.I.D.S ini manakala orang awam yang memberi sumbangan berpeluang diraikan dalam sambutan Krismas yang diadakan oleh pihak hotel dan juga menjamu minuman petang serta makan malam sempena sambutan Tahun Baru pada harga prmosi RM88 bersih dan RM128 bersih.

#glenmariehotelandgolfresort #christmasgiving #christmascelebration #glenmariehotel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: