TAHUN HARIMAU BAWA PERUBAHAN BESAR PADA PLAZA SG WANG

Wow, memang nampak perubahan pada pusat beli-belah yang sudah lama beroperasi di pusat bandar raya ini! 

Plaza Sungei Wang ini tampil dengan penampilan baharu selepas menjalani proses pengubahsuaian kali ke-empat sejak tahun 2017.

22

Dan pada 15 Januari lalu, Plaza Sungei Wang mengadakan satu majlis perasmian untuk mewar-warkan akan penampilan baharu pusat beli-belah ini. Dengan tema “berkilat seperti emas”, Plaza Sungei Wang memberi penonjolan “Beauty & Experiential Mall” yang menawarkan pelbagaian pada peruncitan dalam pusat beli-belah tersebut dan memperkenalkan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di dalam pusat beli-belah itu seperti jim mendaki gunung dalaman, taman aksi dalaman, kart drift, muzium min warisan serta banyak lagi.

IMG20220115110103 (3)

“Sebagai salah satu pusat beli-belah terawal di Malaysia, yang mengalami pelbagai cabaran dalam mengharungi dunia peruncitan dan pasaran yang bersaing sengit, kami di Plaza Sungei Wang sentiasa bersedia mengikuti perkembangan semasa agar sentiasa kekal dalam industri peruncitan”-Ng Yih Chen, Pengerusi Sungei Wang Plaza Management Corporation

Majlis perasmian telah dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Sri Ti Lian, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Abdul Rauf Abu Hassan, Pengarah Divisyen Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia, Bendahari Sungei Wang Plaza Management Corporation, Ahli-ahli dari Sungei Wang Plaza Management Corporation: Lawrence Teh, Michelle Siew, Winnie Lim Pengurus Harta Sungei Wang Plaza Management serta Joseph Teo, Pengurus Pusat Sungei Wang Plaza.

IMG20220115110723 (3)

“Memang kami merancang dan percaya hajat kami untuk melihat perubahan mampan Plaza Sungei Wang sejak berkurun dahulu dan sekarang saya berasa bangga melihat kejayaan yang dimiliki oleh Plaza Sungei Wang. Saya harap dapat menjalinkan kerjasama bersama Plaza Sungei Wang pada masa hadapan”-Yang Berhormat Dato’ Sri Ti Lian Ker

Dalam masa sama, perasmian Plaza Sungei Wang juga menjadi Edisi Pertama dalam penganjuran Pertandingan Tarian Singa Tradisional yang telah bermula pada 15 hingga 16 Januari lalu di hadapan pintu masuk pusat beli-belah itu. Ia menyaksikan sebanyak 21 pasukan dari seluruh negara berentap untuk menjadi Juara.

Jadi, datanglah berkunjung ke Plaza Sungei Wang untuk menikmati perayaan “The Fantasy of Taiko” yang menawarka plebagai aktiviti sempena Tahun Baru Kawaii 2022 yang membawa kesihatan yang baik dan kekayaan melalui aneka dekorasi dalaman yang dipenuhi dengan tanglung merah, bunga-bunga berkembang dan gaya penataan berona merah, penebusan dan pelbagai aktiviti menarik sehingga 20 Februari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: