ALAMANDA RAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA TAHUN BARU CINA

Memang seronok lihat anak-anak yatim dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sayang KL dan Selangor ini bergembira apabila diraikan oleh pusat beli-belah Alamanda.

IMG20220126142133

Seramai 15 kanak-kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun disantuni oleh pihak pengurusan sebaik tiba di perkarangan Alamanda dan disajikan dengan makan tengahari CNY yang istimewa di Secret Recipe.

IMG20220126120948

Kemudian mereka dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat beli-belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan tarian singa.

IMG20220126133012

DSC03912

Kanak-kanak ini turut menerima Ang Pow dan limau mandarin daripada Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda, sebagai sebahagian dari tradisi sambutan Tahun Baharu Cina. Lebih bermakna lagi apabila beberapa rakan niaga turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata,

“Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini. Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan. Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan untuk mereka.”

DSC03978

Puan Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor, berkata,

“Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini. Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”

http://www.alamanda.com.my and http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: