DARI PANGGUNG WAYANG, REXKL KINI JADI TUMPUAN PEMINAT BUKU

Kalau dahulu, tapak ini pernah menjadi tempat tumpuan warga KL berduyun-duyun menonton wayang bersama keluarga dan kumpulan anak-anak muda berkumpul. Namun ia kemudian menjadi sepi dek arus pembangunan hinggalah ia terbiar menjadi satu tempat yang sunyi.

Tetapi kini, panggung wayang Rex ini telah menjadi tapak kedai buku BookXcess REXKL yang terbaharu dibuka kepada umum. Memandang suasana dalam BookXcess REXKL ini mengingatkan penulis pada perpustakaan terbesar di Korea Selatan, iaitu Starfield, COEX Mall.

Aras satu masih mengekalkan suasana dalam panggung wayang manakala aras dua, tiga dan empat dipenuhi dengan rak-rak buku yang dibina seperti maze.

IMG20220316152812

Memang tampil berlainan dari kedai-kedai buku biasa!

IMG20220316153634

Berjalan dalam BookXcess REXKL dengan dikelilingi rak-rak kayu yang dibina tinggi sehingga hampir ke siling ini seakan-akan tiada penghujungnya malah boleh sesat untuk mencari jalan keluar.

Himpunan pelbagai genre buku yang disusun kemas dan teratur pula membuatkan pengunjung ralit untuk berhenti dan membaca buku-buku yang disediakan.

IMG20220316152024

Selain itu, di BookXcess REXKL ini turut mempunyai galeri lukisan yang mana kesemua hasil karya ini dijual pada harga mampu milik.

IMG20220316150857

BookXcess REXKL ini juga hebat kerana menyediakan beberapa ruang khas untuk mereka yang gemar OOTD dan memuatnaik gambar-gambar mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.

IMG20220316153528

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: