Jom ambil keberkatan Ramadan ini dengan membantu masyarakat yang memerlukan #DoGoodWithBoost di mana anda boleh menderma melalui eDerma dan menunaikan zakat menerusi eZakat.
Lebih jimat apabila anda membeli untuk mendapat lebih 10X ganjaran!
Tebus Duit Raya RM10, nikmati pulangan tunai RM100 dan menangi 100,000 Boost Stars. Selain itu, Bazar Ramadan oleh Boost kembali dengan Bazaar Wallet RM3 percuma dan pulangan tunai sehingga RM10 untuk menyokong peniaga tempatan
Kempen “Kongsikan KeberkaTEN Ramadan” yang bermula 23 Mac sehingga 31 Mei 2022 bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi keberkatan dan rezeki selain membolehkan mereka menikmati penjimatan lebih besar dan ganjaran sehingga 10X, termasuk peluang membawa pulang sebuah Perodua ATIVA serba baharu.
“Rakyat Malaysia telah menunjukkan ketabahan hati mereka menempuhi bulan Ramadan yang amat mencabar dalam tempoh dua tahun lepas. Sambil kita menguatkan tekad mengharungi tahun ini, kami mahu membolehkan rakyat Malaysia menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan menabur budi kepada masyarakat dengan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi pelbagai tawaran hebat, pulangan tunai dan hadiah eksklusif dalam kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan, demi manfaat masyarakat,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost.
#DoGoodWithBoost dan teknologi telah memudahkan semua orang untuk menghulurkan bantuan dan rakyat Malaysia boleh memulakan bulan mulia ini dengan beramal jariah menerusi #DoGoodWithBoost untuk menyantuni masyarakat dan golongan kurang bernasib baik dengan:
- mengetik skrin beberapa kali
- Sumbang terus kepada NGO yang terpilih
Boost berikrar untuk menyumbang RM1 lagi bagi setiap sumbangan RM10. Anda juga boleh semak katalog BoostUP Rewards dalam aplikasi Boost untuk menebus Boost Stars dan menyumbang kepada NGO-NGO tersebut. Tiada jumlah dianggap terlalu kecil dan secara bersama, sumbangan-sumbangan ini akan membawa manfaat dan membantu golongan yang memerlukan.
Selain itu, umat Islam juga boleh membayar zakat fitrah dengan mudah dan selamat menerusi ciri eZakat dalam aplikasi Boost dari 3 April hingga 3 Mei.
Sambil kongsikan KeberkaTEN Ramadan, jangan lupa mendapatkan tawaran-tawaran bagi lebih penjimatan dan ganjaran untuk persiapan Ramadan.
Antaranya:
- Duit Raya RM10 percuma boleh ditebus setiap Jumaat dari jam 12TGH – 4PTG menerusi Katalog BoostUP Rewards pada 1 April, 8 April, 15 April, 22 April dan 29 April untuk digunakan bagi membeli-belah dalam talian dan luar talian, membayar bil dan banyak lagi
- Boost akan memberi ganjaran 100,000 Boost Stars kepada 10 pemenang setiap minggu, dari 1 April hingga 5 Mei. Dapatkan 1 penyertaan untuk setiap RM50 yang dibelanjakan
- Boost & UnionPay akan memberi anda pulangan tunai sehingga RM20 & dan peluang memenangi sebuah Perodua ATIVA serba baharu apabila anda membeli di kedai Econsave, ecoshop, Petron dan banyak lagi dari 15 April hingga 31 Mei
- Dapatkan pulangan tunai sehingga RM10 apabila anda membeli-belah dalam talian di Haurabelle, Zalora, ZCITY dan banyak lagi
- pulangan tunai sehingga RM100 di ePheeLive dan WOWShop dengan tawaran berlangsung dari sekarang hingga 21 Mei
- Dapatkan barangan keperluan Ramadan dan nikmati pulangan tunai RM10 dengan Lotus’s, Giant, Cold Storage, Mercato, CU Mart dan banyak lagi dari sekarang hingga 7 Mei
- Berbuka puasa dengan orang tersayang dan nikmati pulangan tunai sehingga RM10 dengan McDonald’s, KFC, Sushi Mentai, Texas Chicken dan banyak lagi dari 16 April hingga 16 Mei
- kunjungi stor Isetan dan BATA untuk membeli keperluan Raya dan nikmati penjimatan RM10 dari 28 Mac hingga 31 Mei.
Bazar Ramadan oleh Boost kembali dengan Bazaar Wallet percuma dan pulangan tunai
Pada tahun ini, Boost kembali untuk menganjurkan Bazar Ramadan di seluruh Malaysia sepanjang April 2022 termasuk di Pandan Indah (Kuala Lumpur), Metrocity (Sarawak), Mahkota Square (Pahang) dan banyak lagi. Belilah juadah berbuka puasa daripada penjual kegemaran anda dengan mudah menerusi aplikasi Boost dan dapatkan Bazaar Wallet RM3. Di samping itu, demi kelangsungan para peniaga tempatan, Boost juga akan memberikan pulangan tunai sehingga RM10 dengan pembayaran menggunakan Boost DuitNow QR. Ikuti perkembangan terkini di https://bit.ly/BoostKeberkaTENRamadan.
Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life berkata,
“Bulan Ramadan yang mulia adalah masa untuk bermuhasabah, meluangkan masa bersama keluarga dan berbakti kepada masyarakat. Untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan kewajipan mereka sempena Ramadan, kami telah menyediakan tawaran boleh dimanfaatkan yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna untuk bersiap sedia menghadapi Ramadan. Mereka boleh menjimatkan lebih banyak wang, menikmati ganjaran menarik dan menyumbang kepada masyarakat untuk sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat. Kami berharap tawaran dalam talian dan di kedai fizikal ini akan memainkan peranan dengan cara tersendiri untuk membantu rakyat Malaysia melangkah maju dengan yakin dan menyambut Ramadan dengan lebih bermakna tahun ini.”
Sambil kita bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan, jangan lupa mendapatkan maklumat terkini tentang semua tawaran dan diskaun yang disediakan sepanjang bulan dengan mengikuti laman sosial kami di:
- Facebook (facebook.com/myboostapp)
- Instagram (instagram.com/myboostapp)
- https://bit.ly/BoostKeberkaTENRamadan
- https://myboost.app.link/aVECQyzRAob untuk menyalurkan sumbangan.
Leave a Reply