HAPPYFRESH LANCAR KEMPEN HARGA TERMURAH UNTUK BANTU RAKYAT MALAYSIA

Memang tepat kena pada masanya kempen HappyFresh ini dilancarkan!

nol (2)

Maklumlah sekarang ini Malaysia sedang menghadapi krisis kenaikan kadar inflasi menyebabkan banyak barang telah naik harga.

Jadi Kempen Harga Termurah yang dianjurkan oleh platform runcit dalam talian, HappyFresh Supermarket membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan lonjakan kos sara hidup membeli bahan keperluan dengan harga yang rendah dan mampu milik.

HappyFresh Supermarket rider arriving at the event (2)

HappyFresh Supermarket menyasarkan untuk menyediakan pengalaman membeli-belah runcit dalam talian yang mudah dengan:

  1. Penghantaran Percuma
  2. Tiada momen Kehabisan Stok

IMG20220705153834 (2)

Dilancarkan pada awal 2022, kini HappyFresh Supermarket merupakan pasar raya terkemuka di bawah HappyFresh, bersama rangkaian pasar raya di seluruh negara yang lain.

HappyFresh memahami bahawa pengguna kini lebih mementingkan produk dan harga di mana mereka mencari jenama yang boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan runcit mereka yang khusus. Berdasarkan data dan pengetahuan, HappyFresh lebih memahami tentang cara memenuhi keperluan sebenar pelanggan.

HappyFresh Supermarket dengan liputan kawasan di Batu Caves, Setia Alam, Petaling Jaya, Klang, Bangsar, Ampang dan Kajang, membolehkan akses kepada lebih 15,000 unit penyimpanan stok (atau SKU) yang terdiri daripada produk segar, kering dan sejuk beku dalam inventorinya di tiga buah zon masing-masing dengan suhu yang dipantau rapi.

IMG_20220705_150633 (2)

Johan Antlov, Ketua Pegawai Pertumbuhan HappyFresh, berkata,

“Kami percaya bahawa pelanggan harus mempunyai peluang untuk mempunyai lebih banyak pilihan daripada pelbagai jenis produk, yang segar dengan harga yang berpatutan, dan tanpa perlu risau tentang kualitinya. Kepelbagaian produk akan terus berubah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan semua item menjalani kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan kesegarannya.”

HappyFresh juga melancarkan kempen promosi pertengahan tahun HappyFresh Supermarket iaitu Termurah di Bandar, dengan diskaun sehingga 60% sehingga September. Pelanggan boleh memaksimumkan penjimatan dan memperoleh lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan bagi barangan runcit dengan menggantikan kerumitan membeli-belah tradisional dengan membeli-belah di hujung jari sahaja. Selain itu, penghantaran percuma disediakan untuk semua pelanggan HappyFresh Supermarket.

HappyFreshSupermarket menyasarkan untuk memberi pengalaman e-grosir yang terbaik pada harga yang berpatutan kepada pelanggan kami. Kempen ‘Termurah di Bandar’ bertujuan untuk membantu pelanggan kami dalam memerangi kenaikan inflasi dan kos sara hidup sambil mendapatkan semua barangan runcit yang diperlukan untuk keluarga mereka, dengan harga termurah yang kami tawarkan secara eksklusif di HappyFreshSupermarket. Kami berharap melalui promosi dan diskaun yang kami tawarkan ini, orang ramai akan memperoleh manfaat daripada kos sara hidup yang lebih rendah,” tambah Johan.

Pada hari pelancaran Kempen Harga Termurah itu, tetamu jemputan dan wakil media serta penulis blog ditawarkan merasai sendiri pengalaman membeli-belah HappyFresh Supermarket berbayar dan mengalami sendiri kemudahan, kebolehpercayaan dan kualiti produk yang dihantar secara langsung melalui aplikasi HappyFresh. Mereka perlu melakukan tempahan runcit pada permulaan acara dan sebelum acara tamat, pesanan berjaya dihantar oleh HappyFresh Riders kepada mereka.

HappyFresh Malaysia: Twitter | Instagram | Facebook | Youtube

AYUH BERBASIKAL SPIN IKUT RENTAK FREQUENCY OF FRESH

Wah rentak senaman yang memang unik dan sangat lain dari lain ni!

Hu Hun Hui, Managing Director of HappyFresh Malaysia also joined in the event (2)

Ia adalah cara yang digunakan oleh HappyFresh di mana mereka mengguna audio untuk membantu pembeli mengenal pasti tahap kesegaran barangan segar yang dibeli dan ia telahpun dipraktikkan sewaktu acara pengalaman imersif ‘Party on a Bike’ dengan adunan semula rentak bunyi barangan segar di Publika pada 17 dan 18 Jun 2022 lalu.

The HappyFresh team providing fresh juices to help fuel the participants (2)

HappyFresh, platform barangan runcit dalam talian yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara telah mencari pendekatan baharu ntuk menggalakkan gaya hidup sihat menerusi bahan-bahan segar dengan  menganjurkan acara spin cycle di Publika yang menyaksikan lebih 50 pemenang kempen dan pempengaruh mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh oleh HappyFresh, yang menampilkan petikan bunyi barangan segar yang diiringi muzik untuk menghasilkan rentak tersendiri yang bertenaga, sesuai untuk senaman.

MJ, the DJ for Frequency of Fresh remixed track and FLYCYCLE instructor pumping up the energy of the class (2)

Sepanjang sesi tersebut peserta perlu mengayuh basikal spin mengikut rentak Frequency of Fresh terkini oleh HappyFresh. Acara tersebut menampilkan selebriti dan pempengaruh seperti Sazzy Falak, Siu Lim, Nadia Anuar, Linora Lim dan dengan sokongan rakan jenama HappyFresh seperti UFC, Zespri Kiwi, HOMESOY dan Ben’s Independent Grocer.

Bermula dari 23 Mei hingga 9 Jun, HappyFresh menganjurkan kempen Spend Big, Win Big di mana pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi FLYCYCLE Ride dan baucar HappyFresh Supermarket bernilai RM200.

Kempen Frequency of Fresh oleh HappyFresh ini menyertakan siri pengaktifan berasaskan audio untuk membantu memilih barangan yang paling segar berdasarkan bunyi dan menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan makanan yang paling segar. Pengaktifan audio ala ASMR ini menampilkan Hullera, Dizkopolis, dan ramai lagi artis lain dari pelbagai genre muzik.

Hu Hun Hui, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, berkata,

“Kami percaya ada cara yang lebih menghiburkan dan melibatkan sensori untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui penggunaan barangan segar. Bagi kami, cara yang sesuai adalah dengan memperluaskan rentak Spotify Frequency of Fresh yang diadun semula menerusi acara kayuhan basikal yang imersif. Kami ingin memberi panduan kepada pelanggan kami ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat dengan bahan-bahan yang paling segar dalam sajian harian mereka – yang dapat dipenuhi oleh HappyFresh apabila pelanggan menyerahkan pilihan barangan runcit mereka kepada pembeli-belah peribadi kami, kerana #WEKNOWFRESH!”. Di samping itu, pelanggan kami juga boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan promosi dan diskaun semasa kami.

Jadi adakah anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mengenal pasti sama ada barangan segar anda benar-benar segar?

  • Dapatkan maklumat di Spotify dan gunakan tip tersebut semasa membeli-belah
  • Atau lebih baik lagi, buat pesanan melalui HappyFresh hari ini dan anda tidak perlu risau tentang kesegaran bahan-bahan makanan anda!
  • E: happyfresh@preciouscomms.com
  • HappyFresh Malaysia: Twitter | Instagram | Facebook | Youtube

#HariHariEveryday NESTLE ANJUR KEMPEN PEMAKANAN SIHAT

Bagus usaha Nestlé EVERYDAY ini yang menggalakkan amalan pemakanan sihat di kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Nutrisi Sedunia.

Photo 1 (2)

Dengan ini masalah kekurangan mikronutrien yang juga dikenali sebagai ‘kelaparan tersembunyi’ yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak dan dewasa Malaysia, kempen ini akan memberi tumpuan kepada penjanaan khasiat keluarga-keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Photo 3 (2)

Dari Jun hingga Julai 2022, Nestlé EVERYDAY akan turun padang untuk mengunjungi penghuni PPR di seluruh Lembah Klang bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan akibat kekurangan mikronutrien, berkongsi kebaikan susu tepung Nestlé EVERYDAYmenerusi aktiviti pensampelan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemakanan yang sihat untuk seisi keluarga.

Photo 5 (2)

Dengan setiap gelas mengandungi 12 vitamin dan mineral, diperkaya dengan kandungan kalsium dan zat besi tinggi dan 100% vitamin C untuk memenuhi keperluan pemakanan yang disyorkan bagi rakyat Malaysia*, susu tepung Nestlé EVERYDAY dirumuskan khas untuk menjaga kesejahteraan keluarga Malaysia.

Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

“Kelaparan tersembunyi’ merupakan beban kesihatan yang signifikan di Malaysia, dengan satu daripada tiga keluarga mengalami kekurangan mikronutrien seperti kalsium, zat besi dan vitamin C dalam diet harian. Tambahan lagi, ramai yang tidak sedar mereka mengalami kekurangan mikronutrien dan ini berpotensi untuk menimbulkan risiko jangka panjang terhadap kesihatan mereka. Di sinilah kempen #HariHariEveryday boleh memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan meningkatkan kesedaran tentang isu ini dan menyokong keluarga-keluarga yang memerlukan.”

Menerusi kempen ini, Nestlé EVERYDAY ingin menyeru rakyat Malaysia agar bersatu dalam menyokong keperluan pemakanan para penduduk PPR menerusi usaha mengutip derma dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Empire Project. Dengan setiap hashtag #HariHariEveryday yang dikongsi di media sosial, satu pek ‘Bekalan Nutrisi’ EVERYDAY akan disumbangkan kepada keluarga PPR di seluruh Semenanjung Malaysia.

Cara menyertainya mudah sahaja iaitu :

peserta hanya perlu memaparkan gambar diri sendiri ‘menayangkan otot’ dengan pek Nestlé EVERYDAY di media sosial dengan hashtag #HariHariEveryday.

Demi terus menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Nestlé EVERYDAY akan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi penganjuran peraduan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM100,000!

Untuk menyertai peraduan, pengguna Nestlé EVERYDAY yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 hanya perlu berkongsi gambar resit dan nama penuh serta nombor kad pengenalan menerusi Whatsapp kepada +6018 220 0679. Penyerta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama Perodua Ativa, dan juga empat Yamaha Eco Gear 125l serta pin tambah nilai Touch ‘n Go setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan peraduan #HariHariEveryday, sila layari: https://www.dearnestle.com.my/bm/peraduan-hari-hari-everyday

*Dua hidangan Nestlé EVERYDAY membekalkan 100% keperluan harian Vitamin C seseorang; berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, 4-9 tahun (2017).

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari:

PELUANG MENANGI PROTON X50 BILA BERBELANJA DI ALAMANDA

Sudahlah berpeluang menang kereta flagship itu, pengunjung juga boleh dapatkan baucar beli-belah sebanyak RM30!

DSC07256

Ini semuanya melalui kempen terbaharu pusat beli-belah Alamanda iaitu “The Big Win”.

DSC07302

Apa yang perlu dilakukan untuk mendapat peluang memenangi kereta X50 ini?

Caranya adalah:

DSC07306

  1. Berbelanja sebanyak RM300 di mana mana kedai terpilih dengan maksima DUA resit,
  2. pembeli akan menerima satu borang penyertaan untuk cabutan bertuah, yang berlangsung dari sekarang hingga 26 Jun 2022. Setiap pembeli boleh mendapat maksima TIGA borang penyertaan setiap hari.

Selain cabutan bertuah, perbelanjaan minimum RM300 dalam DUA resit juga membolehkan pembeli menikmati ganjaran segera baucar beli-belah bernilai RM30. Setiap pembeli layak mendapat satu penebusan setiap hari.

“Kami sangat teruja untuk memberi peluang kepada para pengunjung Alamanda untuk membawa pulang sebuah SUV yang sedang hangat di pasaran Malaysia. Dengan tawaran menarik seperti ini, Alamanda akan terus menyediakan pengalaman membeli- belah yang berharga dan bermanfaat untuk semua,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Pembeli yang menyertai cabutan bertuah hanya perlu mengisi butiran mereka, disusuli dengan menjawab soalan mudah dan seterusnya menyerahkan borang penyertaan bersama-sama dengan resit kepada Concierge.

Pemenang bertuah kemudiannya akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah di Alamanda pada 29 Julai 2022 nanti.

BUNGA-BUNGA GERGASI HIASI “SECRET GARDEN” RAMLEE MALL, SURIA KLCC

Memang cukup teruja di kelilingi bunga-bunga beraneka warna dalam pusat beli-belah ini! 

_Z7X0991 (2)

_Z7X0970 (2)

Pencahayaan berwarna-warni turut memeriahkan suasana di “Secret Garden” yang menjadi ruang persinggahan bagi mereka yang berminat mengambil gambar sekaligus menjadikannya latar foto yang popular di kalangan pengunjung.

_Z7X0967 (2)

Selain bunga-bunga gergasi mengelilingi “Secret Garden” ini, ia juga menempatkan beberapa pakaian dan beg tangan serta aksesori fesyen terkini yang mana pengunjung boleh menjadikannya sebagai sumber inspirasi untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah di kedai-kedai fesyen dan kecantikan yang terdapat di Suria KLCC ini sempena Kempen Fesyen dan Kecantikan yang sudahpun berlangsung pada 31 Mei lalu hingga 19 Jun nanti.

_Z7X0973 (2)

Sepanjang kempen ini, pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksima DUA resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan diberi ganjaran berupa baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.

Manakala kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel dan PUMA pula akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.

DERMA PAKAIAN TERSAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN

Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar tambahan dari kedai kedai terpilih apabila mereka menderma LIMA helai pakaian dan ke atas. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1. Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.

“Dengan hiasan yang meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka,” jelas Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

The Salvation Army adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia. Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti. Selain membantu masyarakat dalam dermaan pakaian, mereka menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan semasa krisis.

BERJALAN 10,000 LANGKAH & MENANG HADIAH O-SOME

Ia adalah antara usaha yang dianjurkan sempena Kempen JACK ‘n JILL Cream.

Kempen JACK ‘n JILL Cream-O Selangkah Jalan, Sedetik O-some

Dengan Berjalan 10,000 langkah, anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang O-some oleh JACK ‘n JILL Cream-O dan dalam masa sama menyumbang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.

Kempen JACK ‘n JILL Cream-O ‘SELANGKAH JALAN SEDETIK O-SOME’ ini telahpun bermula dari 1 Mac lalu dan bakal berakhir pada 30April 2022.

Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah:

  1. Membeli produk JACK ‘n JILL Cream-O bernilai RM5
  2. Kemudian Berjalan dan tangkap layar (screenshot) app kiraan langkah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa anda telah melengkapkan 10,000 langkah
  3. WhatsApp butiran anda, bukti pembelian Cream-O bernilai RM5 dan jawab satu soalan mengenai kempen ini ke talian +6011 5500 1878.
  4. Anda berpeluang menjadi pemenang kempen ini!

Hadiah Kempen JACK ‘n JILL Cream-O Selangkah Jalan, Sedetik O-some

Pemenang Hadiah Utama bakal membawa pulang satu Kad Hadiah Apple Store bernilai RM5,000; sementara pemenang hadiah pertama akan menerima Kad Hadiah Apple Store bernilai RM1,500 manakala LIMA pemenang tempat kedua yang bertuah akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM500 seorang satu, sementara 40 pemenang hadiah saguhati akan menerima Kad Hadiah JD Sports bernilai RM200.

Setiap 10,000 langkah akan menyumbang 10 mata ke Dana Amal O-some. Berdasarkan mata kumulatif pada akhir kempen, JACK ‘n JILL Cream-O akan menyumbang sehingga RM15,000 ke Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mempunyai misi untuk mewujudkan, menemui dan menyokong program-program yang secara langsung mempertingkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini bagi memenuhi keperluan Kembali ke Sekolah mereka tidak lama lagi.

Jom, sertai kami untuk jadikan setiap hari O-some! ☺

#CreamOMY
#CreamOMYSelangkahJalanSedetikOsome

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.urc.com.my

BAKE WITH YEN PERKENAL INISIATIF ‘PENUH-PENUH’ SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI

Memandangkan sambutan raya tahun ini dapat disambut bersama keluarga, saudara-mara, jiran tetangga secara ‘penuh-penuh’ tidak seperti dua tahun lepas yang sunyi, kurang meriah dengan pergerakan terbatas, maka rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan inisiatif ini agar rakyat Malaysia dapat menyediakan pelbagai juadah raya dan kuih-muih enak untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

IMG20220329100250 (2)

Inisiatif ini pastinya membantu Baker atau individu-individu yang biasanya membuat kek dan kuih sepanjang Ramadan untuk sambutan Hari Raya akan datang yang mana Program ‘Raya Penuh-Penuh’ ini termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas dan keperluan baking pada harga terendah di pasaran.

IMG20220329101133 (2)

Mengumumkan inisiatif Raya Penuh-Penuh di superstore baharu BWY di Taman Tun Dr Ismail, Alexandre Rosso yang bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat BWY berkata,

“Gabungan pandemik yang melanda dan impaknya terhadap rantaian bekalan global, kekurangan barang mentah dan tenaga kerja telah membawa kepada peningkatan harga barangan. Prihatin bahawa cabaran-cabaran ini memberi kesan terhadap perbelanjaan rakyat, BWY memanfaatkan skala besar yang ada padanya, serta hubungan baik yang terjalin dengan para vendor dan pengilang untuk memastikan harga barangan kekal pada harga mampu milik demi kepentingan pelanggan.

Dengan 90 cawangan kedai di seluruh negara yang menyediakan khidmat kepada segenap kumpulan baker, kami menggunakan skala ekonomi yang ada, serta kemudahan pengeluaran dan pembungkusan sendiri untuk memastikan harga barang kekal berpatutan. Ini merupakan cara kami untuk memberikan jaminan kepada bakers di seluruh Malaysia untuk terus menyediakan sajian kuih-muih terbaik kepada pelanggan, keluarga dan rakan-rakan tanpa berkompromi terhadap kualiti. Seterusnya memastikan musim membuat kuih tanpa gelisah kepada semua sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya kelak.”

Jenama yang mengambil bahagian dalam inisiatif BWY ini termasuk bahan buatan kesukaan ramai, antaranya Lurpak, Anchor, Oreo dan Nutella.

117390621_3317135615178516_1608821010891387996_n

Inisiatif harga ini juga melibatkan pengekalan harga 100 barangan asas dari produk keluaran jenama BWY sendiri serta mentega BWY yang terkenal, Ausicows Butter, ditawarkan pada harga RM7.90 bagi 250g dan merupakan harga yang paling rendah di pasaran.

IMG20220329111127

Pada acara berkenaan, Rosso dan pasukan chef BWY telah memperkenalkan beberapa produk khas yang dikeluarkan dari rangkaian pembekal bahan bakeri, dengan pra-campuran unik “Nasi Lemak Crunchy Cookie”.

IMG20220329111220 (2)

Pra-campuran yang mudah disediakan ini merupakan produk ke-52 dalam pilihan pra-campuran kek dan biskut popular BWY dan diperkenalkan di pasaran bertepatan dengan musim Hari Raya ini.

“Rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak, malah mereka boleh menikmatinya sepanjang hari! Chef-chef kami telah mendapat ilham daripada tabiat ini dan menjalani kajian untuk menerapkan keenakan rasa hidangan ini dalam bentuk biskut. Ramai ingin menikmati biskut ini lagi setelah merasainya,” kata Rosso.

Sebagai tambahan pada promosi harga “Jimat Penuh-Penuh” dan pra-campuran Nasi Lemak Crunchy Cookie, inisiatif “Raya Penuh-Penuh” BWY juga melibatkan “Tukar & Jimat”, satu kerjasama unik dengan penyedia kelengkapan dapur Innofood.

Para baker yang ingin menaik taraf mesin pengadun mereka boleh mendapatkan mesin baharu pada harga diskaun dan potongan harga melalui pertukaran dengan mesin lama.

Rosso berkata, kajian BWY mendapati kebanyakan pengusaha kek dan roti cuba untuk mendapatkan perkakasan yang lebih baik sebelum musim sibuk mereka.

“Kami ingin membantu bakers dalam persekitaran semasa dan membolehkan mereka mendapatkan yang terbaik pada musim ini tanpa perlu risau akan kerosakan pada alatan yang digunakan atau perlu membuat kerja secara manual. Usaha sama dengan Innofood adalah satu lagi cara BWY mengambil berat terhadap keperluan pelanggan kami” 

Elemen-elemen lain dalam inisiatif “Raya Penuh-Penuh” termasuk pemberian kurma dan sampul duit Raya secara percuma serta demonstrasi membuat kuih di cawangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program ‘Raya Penuh-Penuh’, promosi semasa Bake With Yen dan pelbagai resipi mudah, kunjungi mana-mana daripada 90 cawangan BWY di seluruh negara.

Ikuti Bake With Yen di laman Instagram dan Facebook, atau layari laman rasmi kami di http://www.bakewithyen.my

KINOHIMITSU RAI KEMPEN HARI KOLAGEN KE-6

Wah sudah ENAM tahun berturut-turut!

IMG_1794 (2)Kali ini sambutan kempen diadakan di Shook! The Starhill Dining, Kuala Lumpur dalam suasana serba mewah penuh gilauan glamour.

Duta Kinohimitsu iaitu Farisha Iris dan selebriti Hong Kong Priscilla Wong turut menyertai dan memeriahkan acara tersebut.

IMG_1874 (2)

Bertemakan “Love Yourself” atau “Sayangi diri anda”, Hari Kolagen Kinohimitsu dianjurkan oleh Kinohimitsu bagi menggalakkan orang ramai supaya sentiasa kelihatan cantik, berseri dan yakin. Kempen ini juga menggalakkan wanita dan lelaki untuk menyayangi keperibadian diri dan mencari kecantikan dalam diri mereka. Ia berlangsung dari 28 Mac sehingga 30 April 2022.

IMG_1646 (2)

Tema Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu pada tahun ini membawakan elemen fesyen. Kecantikan diri bermula dari dalaman ke luaran melalui fesyen dan gaya. Oleh itu, acara ini juga disertai oleh rumah fesyen, Toi-The Dressmaker dan jenama barangan kemas, Amee Philips.

“Apabila sempadan negara dibuka semula, kehidupan kita akan kembali seperti sediakala. Kita perlu menampilkan diri dengan baik. Kita perlu menjaga kulit dengan baik dan berpakaian kemas untuk bersosial. Keyakinan diri dan keceriaan akan terbentuk apabila penampilan diri kita baik. Kami juga amat berbangga dengan pencapaian Anugerah Kualiti Emas yang telah dianugerahkan oleh Monde Selection untuk tahun 2020 dan 2021. Ini adalah anugerah antarabangsa yang menjamin kualiti produk.” kata Jennifer Chin, Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Malaysia.

Pelakon dan hos televisyen Hong Kong, Priscilla Wong iaitu pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam jangka singkat dan dengan Kinohimitsu Collagen Diamond dia percaya bahawa penggunaannya akan berterusan kerana ia adalah produk pemenang anugerah.

IMG_1279 (3)

Farisha Iris iaitu Duta Kinohimitsu sejak tahun 2021 telah tampil di iklan-iklan seperti radio dan TV Kinohimitsu juga menjadi penyokong kuat siri Kinohimitsu Activ seperti  Kinohimitsu Collagen Activ, Beauty Activ, White Activ, Snow Activ dan Hawa Activ.

Acara Hari Kolagen bermula dengan ucapan dari Ketua Pegawai Operasi, Cik Jennifer Chin, diteruskan dengan sesi perkongsian oleh artis Hong Kong Ms Priscilla Wong, Duta Kinohimitsu, Cik Farisha Iris, dan Ketua Pegawai Esekutif, Datin Lorela Chia. Cik Priscilla Wong iaitu pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond berasa kagum apabila melihat perubahan positif pada kulitnya dalam jangka singkat manakala Farisha Iris pecaya akan rangkaian Kinohimtisu Activ yang dapat membantunya mencapai kulit yang cantik dan sihat. Datin Lorela Chia juga telah lama menjadi pengguna Kinohimitsu Collagen Diamond dan sangat mengesyorkan produk ini kepada rakan-rakannya.

Sebagai mengiktiraf kepentingan kolagen semasa kempen selama sebulan ini, beberapa produk utama kolagen mendapat diskaun istimewa sehingga 40% dari 28 Mac hingga 30 April 2022. Edisi Hari Kolagen Khas Kinohimitsu Collagen Diamond 16’s + Collagen Green Caviar 2’s dan Kinohimitsu Collagen Men 16’s dijual pada harga RM119 sahaja. Barangan berharga istimewa lain termasuk Kinohimitsu Stem Gold+ 180g, Kinohimitsu Marine Gem 180g dan Kinohimitsu Snow Lotus 10’s semuanya dijual pada harga RM99.90, manakala Kinohimitsu Resvera dijual pada harga RM89 dan rangkaian Kinohimitsu Activ dijual pada harga RM35.90.

Tawaran istimewa Hari Kolagen Kinohimitsu boleh didapati di farmasi terkemuka seperti Watsons, Guardian, Caring, Aeon Wellness dan Sasa. Pembelian dalam talian juga boleh menikmati tawaran ini seperti di dalam talian Kinohimitsu, my.kinohimitsu.com atau Lazada dan Shopee.Love Yourself, #YourGlowAwaits

JOM KONGSI KeberkaTEN RAMADAN BERSAMA BOOST

Jom ambil keberkatan Ramadan ini dengan membantu masyarakat yang memerlukan #DoGoodWithBoost di mana anda boleh menderma melalui eDerma dan menunaikan zakat menerusi eZakat.

BM_Kongsikan KeberkaTEN Ramadan campaign_KV

Lebih jimat apabila anda membeli untuk mendapat lebih 10X ganjaran!

Tebus Duit Raya RM10, nikmati pulangan tunai RM100 dan menangi 100,000 Boost Stars. Selain itu, Bazar Ramadan oleh Boost kembali dengan Bazaar Wallet RM3 percuma dan pulangan tunai sehingga RM10 untuk menyokong peniaga tempatan

Kempen “Kongsikan KeberkaTEN Ramadan” yang bermula 23 Mac sehingga 31 Mei 2022 bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi keberkatan dan rezeki selain membolehkan mereka menikmati penjimatan lebih besar dan ganjaran sehingga 10X, termasuk peluang membawa pulang sebuah Perodua ATIVA serba baharu.

“Rakyat Malaysia telah menunjukkan ketabahan hati mereka menempuhi bulan Ramadan yang amat mencabar dalam tempoh dua tahun lepas. Sambil kita menguatkan tekad mengharungi tahun ini, kami mahu membolehkan rakyat Malaysia menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan menabur budi kepada masyarakat dengan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi pelbagai tawaran hebat, pulangan tunai dan hadiah eksklusif dalam kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan, demi manfaat masyarakat,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost.

#DoGoodWithBoost dan teknologi telah memudahkan semua orang untuk menghulurkan bantuan dan rakyat Malaysia boleh memulakan bulan mulia ini dengan beramal jariah menerusi #DoGoodWithBoost untuk menyantuni masyarakat dan golongan kurang bernasib baik dengan:

  • mengetik skrin beberapa kali
  • Sumbang terus kepada NGO yang terpilih

Boost berikrar untuk menyumbang RM1 lagi bagi setiap sumbangan RM10. Anda juga boleh semak katalog BoostUP Rewards dalam aplikasi Boost untuk menebus Boost Stars dan menyumbang kepada NGO-NGO tersebut. Tiada jumlah dianggap terlalu kecil dan secara bersama, sumbangan-sumbangan ini akan membawa manfaat dan membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu, umat Islam juga boleh membayar zakat fitrah dengan mudah dan selamat menerusi ciri eZakat dalam aplikasi Boost dari 3 April hingga 3 Mei.

Sambil kongsikan KeberkaTEN Ramadan, jangan lupa mendapatkan tawaran-tawaran bagi lebih penjimatan dan ganjaran untuk persiapan Ramadan.

Antaranya:

  • Duit Raya RM10 percuma boleh ditebus setiap Jumaat dari jam 12TGH – 4PTG menerusi Katalog BoostUP Rewards pada 1 April, 8 April, 15 April, 22 April dan 29 April untuk digunakan bagi membeli-belah dalam talian dan luar talian, membayar bil dan banyak lagi
  • Boost akan memberi ganjaran 100,000 Boost Stars kepada 10 pemenang setiap minggu, dari 1 April hingga 5 Mei. Dapatkan 1 penyertaan untuk setiap RM50 yang dibelanjakan
  • Boost & UnionPay akan memberi anda pulangan tunai sehingga RM20 & dan peluang memenangi sebuah Perodua ATIVA serba baharu apabila anda membeli di kedai Econsave, ecoshop, Petron dan banyak lagi dari 15 April hingga 31 Mei
  • Dapatkan pulangan tunai sehingga RM10 apabila anda membeli-belah dalam talian di Haurabelle, Zalora, ZCITY dan banyak lagi
  • pulangan tunai sehingga RM100 di ePheeLive dan WOWShop dengan tawaran berlangsung dari sekarang hingga 21 Mei
  • Dapatkan barangan keperluan Ramadan dan nikmati pulangan tunai RM10 dengan Lotus’s, Giant, Cold Storage, Mercato, CU Mart dan banyak lagi dari sekarang hingga 7 Mei
  • Berbuka puasa dengan orang tersayang dan nikmati pulangan tunai sehingga RM10 dengan McDonald’s, KFC, Sushi Mentai, Texas Chicken dan banyak lagi dari 16 April hingga 16 Mei
  • kunjungi stor Isetan dan BATA untuk membeli keperluan Raya dan nikmati penjimatan RM10 dari 28 Mac hingga 31 Mei.

Bazar Ramadan oleh Boost kembali dengan Bazaar Wallet percuma dan pulangan tunai
Pada tahun ini, Boost kembali untuk menganjurkan Bazar Ramadan di seluruh Malaysia sepanjang April 2022 termasuk di Pandan Indah (Kuala Lumpur), Metrocity (Sarawak), Mahkota Square (Pahang) dan banyak lagi. Belilah juadah berbuka puasa daripada penjual kegemaran anda dengan mudah menerusi aplikasi Boost dan dapatkan Bazaar Wallet RM3. Di samping itu, demi kelangsungan para peniaga tempatan, Boost juga akan memberikan pulangan tunai sehingga RM10 dengan pembayaran menggunakan Boost DuitNow QR. Ikuti perkembangan terkini di https://bit.ly/BoostKeberkaTENRamadan.

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life berkata,

“Bulan Ramadan yang mulia adalah masa untuk bermuhasabah, meluangkan masa bersama keluarga dan berbakti kepada masyarakat. Untuk memudahkan rakyat Malaysia menunaikan kewajipan mereka sempena Ramadan, kami telah menyediakan tawaran boleh dimanfaatkan yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna untuk bersiap sedia menghadapi Ramadan. Mereka boleh menjimatkan lebih banyak wang, menikmati ganjaran menarik dan menyumbang kepada masyarakat untuk sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat. Kami berharap tawaran dalam talian dan di kedai fizikal ini akan memainkan peranan dengan cara tersendiri untuk membantu rakyat Malaysia melangkah maju dengan yakin dan menyambut Ramadan dengan lebih bermakna tahun ini.”

Sambil kita bersiap sedia menyambut ketibaan Ramadan, jangan lupa mendapatkan maklumat terkini tentang semua tawaran dan diskaun yang disediakan sepanjang bulan dengan mengikuti laman sosial kami di: