Sememangnya kalsium memang sangat diperlukan oleh anak-anak untuk membesar. Jadi Paddle Pop Milkie Dwi-Perisa Wall’s Malaysia #Milkielicious bukan sahaja lazat malah tinggi kalsiumnya.
Paddle Pop Milkie Dwi-Perisa memang jadi pilihan yang sempurna untuk si kecil lantaran ia berbentuk titisan coklat yang unik, terdiri daripada gabungan lazat susu vanila berkrim serta aiskrim coklat yang mengandungi lebih daripada 150mg kalsium dalam setiap hidangan yang mana bersamaan setengah gelas susu!
Untuk lebih keseronokan #Milkielicious, setiap batang Paddle Pop Milkie diperkaya dengan 100% kalsium karbonat semulajadi dan hanya mengandungi 9g gula serta kurang daripada 110 kalori agar dapat dinikmati sepuasnya tanpa kegusaran di samping memastikan kanak-kanak mendapat jumlah nutrien yang tepat bagi keperluan pembesaran dan kesihatan mereka.
“Wall’s Malaysia teruja membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak di Malaysia untuk kesekian kalinya menerusi pelancaran aiskrim Paddle Pop Milkie. Apatah lagi apabila mereka terpaksa mengharungi realiti kehidupan berkurung di rumah semasa pandemik, menyebabkan ramai kanak-kanak hari ini terlepas daripada merasai sepenuhnya keindahan bermain semasa zaman kanak-kanak yang penuh dengan keriangan dan keseronokan. Oleh itu, dengan memperkenalkan Milkie ini, kami berharap dapat menyuntik motivasi terhadap ibu bapa untuk terus meneroka keindahan bermain bersama anak-anak, sambil menikmati aiskrim yang mengandungi nutrien berkhasiat bagi membantu pembesaran dan perkembangan anak mereka!” ujar Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran Aiskrim Wall’s Unilever Malaysia.
Aiskrim Wall’s Paddle Pop Milkie kini boleh didapati di kedai runcit di seluruh negara pada harga jualan yang disyorkan iaitu RM1.50 setiap satu*. Aiskrim ini juga boleh didapati dalam talian untuk pembelian di laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim Paddle Pop Milkie baharu, layari:
*Harga berbeza di kedai runcit terpilih
Leave a Reply