“ANEKA SELERA DESA” IMBAS NOSTALGIA LAMA

Masih mencari-cari lagi tempat berbuka puasa yang menyajikan makanan enak dengan harga berpatutan?

IMG20220302124933

Jom ke Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang menyajikan hidangan desa secara tak langsung mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak hingga dewasa berbuka puasa di kampung bersama saudara-mara.

Lebih daripada 300 jenis juadah dengan tema “Aneka Selera Desa” disediakan secara bufet setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula 5 April hingga 29 April dari pukul 6 petang hingga 10 malam di Legar Putra.

IMG20220302125155

Pelbagai tawaran istimewa menanti kepada mereka yang menempah bufet “Aneka Selera Desa” ini antaranya tawaran baucar bufet yang boleh dibeli secara online melalui Fave,PrestoMall, Shopee, Lazada dan laman web Restoran Riverside sendiri.

Selesai makan, pelanggan boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk dinikmati ketika sahur. Caranya:

  1. Beli mangkuk tingkat edisi terhad di kaunter
  2. Pilih juadah yang anda inginkan di meja bufet
  3. Cedok ke dalam mangkuk tingkat

Mudah bukan?

Mangkuk tingkat ini dijual pada dua harga mengikut dua saiz iaitu RM59 untuk saiz 12 cm dan RM69 untuk saiz 16 cm dan boleh didapati dalam aneka corak yang menarik secara tak langsung menjimatkan penggunaan bekas ataupun pek plastik.

Antara juadah menarik yang disediakan adalah Ikan Patin Goreng Sambal Hijau, Daging Rendang Minang, Ayam Masak Lemak Cili Pati dengan Belimbing Buluh, Asam Pedas, Kambing Goreng Berempah, Ulam-Ulaman, aneka jenis Kerabu, Tapai, pelbagai jenis pencuci mulut dan keropok. Kesemuanya disediakan oleh barisan Cef WTCKL yang diketuai oleh Cef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih.

IMG20220302124757

Menariknya, tahun ini, WTCKL turut bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam yang memang terkenal di bandar raya yang menyajikan “Ayam Goreng Saddam” yang sangat rangup di luar tetapi sangat lembut di dalam.

IMG20220302125836

IMG20220302124739 (2)

Harga pakej bufet:

  • Dewasa: RM128 (bersih)
  • Kanak-kanak berusia 7-12 tahun: RM75 (bersih)
  • Warga Emas: RM75(bersih)

Tempahan:

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: