Wow apakah tarikan terbaharu tu?
Pengunjung LEGOLAND kini boleh menyertai Perayaan Bertemakan ‘Vehicle & Racing’ dan menariknya, perayaan ini merupakan konspe PERTAMA seumpamanya diadakan di Malaysia!
DAN,
Pastinya ia perlu dikunjungi oleh mereka yang sukakan automobil, perlumbaan kereta dan kelajuan yang datang bersama perlumbaan kereta.
Sempena perayaan itu yang bermula pada 15 April hingga 26 Jun , Taman Tema di LEGOLAND Malaysia Resort telah bertukar kepada Litar Lumba dan bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti dan hiburan menarik disediakan untuk meningkatkan adrenalin dan keterujaan pengunjung yang datang sepanjang perayaan itu.
Antara aktiviti yang disediakan adalah peluang menyaksikan sendiri ikon kereta LEGO Ferrarri model 512 M. Dengan berat sehingga 280kg, ukuran 2700 x 1200 x 700 mm, kereta LEGO Ferrari ini versi 3D ini mengambil masa kira-kira 164 jam untuk direka dan dibangunkan, tambahan masa 480 jam lagi untuk membinanya dengan mengguna binaan LEGO sebanyak 78,496 keping.
Pengunjung boleh mengambil gambar bersama ikon Lego Kereta Ferrari ini. Dan, pada yang berbakat, bolehlah mengguna bakat dan kreativiti masing-masing untuk membina kereta idaman mereka mengguna kepingan LEGO yang disediakan. Bukan itu sahaja, kereta yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk memasuki perlumbaan kereta bersama pengunjung yang lain.
“Setiap aktiviti yang ditawarkan oleh kami sepanjang perayaan di LEGOLAND Malaysia Resort dihasilkan melalui minat kami yang ingin mencipta memori indah untuk keluarga lebih-lebih kanak-kanak agar mereka gembira meluangkan masa bersama-sama di sini. Pengunjung boleh merasai pengalaman menjalani lakonan bertema, mengambil bahagian dalam cabaran yang menyediakan pelbagai hadiah menarik dan bergembira menikmati hiburan dan persembahan secara langsung yang kami sediakan” kata CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.
Perayaan ini menjadi penanda aras utama kerjasama antara LEGO dan LEGOLAND Malaysia Resort di mana ia disediakan untuk pengunjung yang sukakan kelajuan, kepantasan, kereta, hiburan, imaginasi dan yang utama sukakan LEGO.
Mereka yang datang ke sini boleh merasai sendiri aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di taman tema termasuk Sekolah Memandu yang mana kanak-kanak boleh memandu kereta dengan selamat dan berpeluang memenangi Pingat Pemandu Cemerlang.
Bagi yang sukakan cabaran bolehlah menyertai LEGO Mindstorms dengan rangkaian bengkel berasaskan STEM, perlumbaan robotik, membina kenderaan dan mengujinya mengguna LEGO Technic.
“Perayaan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kreativiti kanak-kanak yang sudahpun kembali ke sekolah setelah lama bercuti. Di Build The Thrills, kami memberi pengalaman yang menarik dan dapat meningkatkan daya kreativiti melalui aktivit membina pit stop dan pusat pengujian, dalam masa memberi peluang kanak-kanak mengekspresi diri mereka sambil berkomunikasi dengan kanak-kanak lain”
Aktiviti-aktivit yang ditawarkan di Build The Thrills adalah:
- Persembahan Secara Langsung-Menyanyi dan menari bersama bintang-bintang LEGO Friends of Heartlake City yang akan menghiburkan dengan pakaian perlumbaan terbaharu di Persembahan Friends Rally. Selain persembahan pembukaan dan penutup acara, juga disediakan rangkaian persembahan Stunt, Tech Mech dan Bike Stunt.
- Jumpa dan Berkenalan-Anda berpeluang bertemu dengan pelumba-pelumba LEGO seperti Technical Builder, Speed Champion, City Racer dalam pakaian perlumbaan. Jangan lupa juga untuk bertemu karakter Emmet, Wyldstyle, Elvie dan Bricky.
- Anda suka misteri dan berhajat menyelesaikannya?-Sarung topi penyiasatan anda dan cari kenderaan LEGO yang unik di persekitaran Taman tema
- Bina kereta lumba anda sendiri di aktiviti Pit Stop Building dan kemudian mengujinya
- Uji kepantasan anda dalam cabaran meneyalamatkan kebakaran di Rescue Academy. Jika anda paling pantas, anda boleh memenangi lencana untuk kanak-kanak
- Menangi Cabutan Bertuah yang diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan berdiri di podium yang disediakan dalam acara pemberian hadiah
- Kumpul pelbagai sijil kemenangan dengan mengambil bahagian dalam pertandingan membina kenderaan dengan melawati Track Attack Showcase
- Tingkatkan tenaga di Food Truck dan The Cafe yang menyediakan hidangan di pinggan berbentuk kereta yang disediakan khas sepanjang program
Maklumat lanjut mengenai LEGOLAND Build The Thrills, layari: https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/build-the-thrills/, FB LEGOLAND dan IG LEGOLAND
Leave a Reply