KUMPULAN LEGO RAI ULANG TAHUN KE-90

Sempena ulang tahun itu, LEGOLAND Malaysia Resort memperkenalkan pengalaman permainan baharu iaitu LEGO “Play Your Way”.

Celebrating 90 Years of Play at LEGOLAND Malaysia Resort (2)

LEGO “Play Your Way” ini bakal bermula pada 16 Jun sehingga 10 Ogos dan pengunjung yang datang bukan sahaja boleh merasai pengalaman baharu itu malah boleh mengenal pasti “Play Type” mereka dan mengambil bahagian dalam LEGO Build Challenges yang membolehkan mereka meningkatkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pengunjung yang datang dalam tempoh itu, akan menerima Tali Penyandang Edisi Terhad daripada staf yang bertugas dan juga Pop badge Edisi Terhad. Pop Badge ini akan diterima setiap kali pengunjung meyelesaikan setiap cabaran di Play Type. Walau bagaimanapun, Pop Badge ini amat terhad, maka ia perlu diperolehi dengan cepat.

LEGOLAND Malaysia Resort Promotion_22

Menariknya, setiap cabaran di Play Type ini membolehkan pengunjung mengetahui personaliti terbaik mereka seperti berikut:

  • Adakah anda seorang Pereka? Dengan mengenal pasti masalah yang diberikan, pereka dapat memberi tumpuan dan mendapat idea melalui soalan-soalan yang diajukan. LEGO Creations membantu menyelesaikan masalah dan bertimbang rasa sewaktu bermain.
  • Adakah anda seorang Pencipta?Sedar akan kehadiran objek, pencipta adalah seorang yang bertenaga dan mendapat idea melalui percubaan dan kesalahan. LEGO Creations mereka sangat teliti dan waktu bermain adalah sangat penting.
  • Adakah anda seorang Penjelajah? Sangat peka dengan suasana sekeliling, penjelajah mempunyai sifat ingin tahu dan dapat idea menerusi pertemuan baharu. LEGO Creations mereka sangat berani dan waktu bermain adalah satu cabaran.
  • Adakah anda Pencerita?Peka dengan orang lain, pencerita sangat dramatik dan idea datang melalui fantasi. LEGO Creations mereka digunakan untuk berhibur dan waktu bermain adalah satu teater.
  • Adakah anda Pemimpi?Peka dengan kebarangkalian, pemimpi sangat berimaginasi dan idea datang daripada angan-angan. LEGO Creations mereka sangat berseni dan waktu bermain adalah satu magik.

“LEGOLAND sangat gembira dapat meraikan ulang tahun ke-90 bersama-sama LEGO Group. Kami tahu permainan yang ditawarkan oleh kami memberi banyak kegembiraan pada seisi keluarga, jadi apa lagi cara yang terbaik untuk bergembira dengan bermain bersama-sama? Permainan baharu lami memberi peluang pada pengunjung mengenalpasti jenis permainan yang mereka miliki dan dapat menciptanya melaui pembinaan LEGO brick-CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

Cabaran membina LEGO di “Play Your Way” menggalakkan kreativiti di setiap permainan namun dalam masa sama memberi kelainan pada setiap satu. Misalnya, Pereka akan diberi cabaran membina rumah pokok rahsia ataupun menghasilkan naga. Pencipta pula akan diberi cabaran membina bot terbang atau bas ke bulan. Penjelajah pula mencipta singa ajaib, Pencerita dengan cabaran membina teater, membina istana di langit atau membina empayar di abwah laut. Bagi Pemimpi pula, mereka diuji dengan kreativiti mencipta magik daripada pelangi dan bunga, hingga membina kapal terbang makhluk asing dan peti harta karun.

Manakala di kawasan taman, Ketua Pemain (yang sudah menguasai kelima-lima bahagian) akan bersiar-siar dalam taman dengan pakaiannya yang berwarna-warni, menghiburkan pengunjung dengan persembahana magik dan bercerita.

Menariknya, pengalaman baharu “Play Your Way” ini dapat dirasai apabila membeli tiket kemasukan untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12  tahun ke LEGOLAND Malaysia Resort yang ditempatkan di kawasan Rebuild the World.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun itu juga, LEGOLAND Malaysia Resort akan menjalin kerjasama dengan LEGO untuk roadshow istimewa “Imagination Playground” di mana pengunjung akan menikmati baucer F&B bernilai RM150 secara percuma apabila mmebuat pembelian EMPAT tiket Triple-Park  sementara stok masih ada.

Roadshow itu sedang berlangsung di Aras Bawah Centre Court Midvalley Megamall KL dan bakal berakhir pada 12 Jun ini. Ia kemudian diteruskan di Midvalley Southkey Johor pada 20 Julai hingga 31 Julai manakala roadshow Legoland sudahpun berlangsung di North Court Midvally Southkey Johor sehingga 29 Jun ini.

Maklumat lanjut, layari:

 

LEGOLAND MALAYSIA RESORT TAWAR TARIKAN TERBAHARU

Wow apakah tarikan terbaharu tu?

Pengunjung LEGOLAND kini boleh menyertai Perayaan Bertemakan ‘Vehicle & Racing’ dan menariknya, perayaan ini merupakan konspe PERTAMA seumpamanya diadakan di Malaysia!

Build The Thrills Show Guide_page-0001

DAN,

Pastinya ia perlu dikunjungi oleh mereka yang sukakan automobil, perlumbaan kereta dan kelajuan yang datang bersama perlumbaan kereta.

Sempena perayaan itu yang bermula pada 15 April hingga 26 Jun , Taman Tema di LEGOLAND Malaysia Resort telah bertukar kepada Litar Lumba dan bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti dan hiburan menarik disediakan untuk meningkatkan adrenalin dan keterujaan pengunjung yang datang sepanjang perayaan itu.

Mr CS Lim, Divisional Director at LEGOLAND Malaysia Resorts with the iconic life-sized scaled-up LEGO®️ Ferrari 512 M model

Antara aktiviti yang disediakan adalah peluang menyaksikan sendiri ikon kereta LEGO Ferrarri model 512 M. Dengan berat sehingga 280kg, ukuran 2700 x  1200 x 700 mm, kereta LEGO Ferrari ini versi 3D ini mengambil masa kira-kira 164 jam untuk direka dan dibangunkan, tambahan masa 480 jam lagi untuk membinanya dengan mengguna binaan LEGO sebanyak 78,496 keping. 

Pengunjung boleh mengambil gambar bersama ikon Lego Kereta Ferrari ini. Dan, pada yang berbakat, bolehlah mengguna bakat dan kreativiti masing-masing untuk membina kereta idaman mereka mengguna kepingan LEGO yang disediakan. Bukan itu sahaja, kereta yang dihasilkan juga boleh digunakan untuk memasuki perlumbaan kereta bersama pengunjung yang lain.

“Setiap aktiviti yang ditawarkan oleh kami sepanjang perayaan di LEGOLAND Malaysia Resort dihasilkan melalui minat kami yang ingin mencipta memori indah untuk keluarga lebih-lebih kanak-kanak agar mereka gembira meluangkan masa bersama-sama di sini. Pengunjung boleh merasai pengalaman menjalani lakonan bertema, mengambil bahagian dalam cabaran yang menyediakan pelbagai hadiah menarik dan bergembira menikmati hiburan dan persembahan secara langsung yang kami sediakan” kata CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

Perayaan ini menjadi penanda aras utama kerjasama antara LEGO dan LEGOLAND Malaysia Resort di mana ia disediakan untuk pengunjung yang sukakan kelajuan, kepantasan, kereta, hiburan, imaginasi dan yang utama sukakan LEGO.

Mereka yang datang ke sini boleh merasai sendiri aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di taman tema termasuk Sekolah Memandu yang mana kanak-kanak boleh memandu kereta dengan selamat dan berpeluang memenangi Pingat Pemandu Cemerlang.

Build The Thrills at LEGOLAND Malaysia Resort

Bagi yang sukakan cabaran bolehlah menyertai LEGO Mindstorms dengan rangkaian bengkel berasaskan STEM, perlumbaan robotik, membina kenderaan dan mengujinya mengguna LEGO Technic.

“Perayaan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan di sini mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kreativiti kanak-kanak yang sudahpun kembali ke sekolah setelah lama bercuti. Di Build The Thrills, kami memberi pengalaman yang menarik dan dapat meningkatkan daya kreativiti melalui aktivit membina pit stop dan pusat pengujian, dalam masa memberi peluang kanak-kanak mengekspresi diri mereka sambil berkomunikasi dengan kanak-kanak lain”

Special performance for Build The Thrills at LEGOLAND Malaysia Resort

Aktiviti-aktivit yang ditawarkan di Build The Thrills adalah:

  • Persembahan Secara Langsung-Menyanyi dan menari bersama bintang-bintang LEGO Friends of Heartlake City yang akan menghiburkan dengan pakaian perlumbaan terbaharu di Persembahan Friends Rally. Selain persembahan pembukaan dan penutup acara, juga disediakan rangkaian persembahan Stunt, Tech Mech dan Bike Stunt.
  • Jumpa dan Berkenalan-Anda berpeluang bertemu dengan pelumba-pelumba LEGO seperti Technical Builder, Speed Champion, City Racer dalam pakaian perlumbaan. Jangan lupa juga untuk bertemu karakter Emmet, Wyldstyle, Elvie dan Bricky.
  • Anda suka misteri dan berhajat menyelesaikannya?-Sarung topi penyiasatan anda dan cari kenderaan LEGO yang unik di persekitaran Taman tema
  • Bina kereta lumba anda sendiri di aktiviti Pit Stop Building dan kemudian mengujinya
  • Uji kepantasan anda dalam cabaran meneyalamatkan kebakaran di Rescue Academy. Jika anda paling pantas, anda boleh memenangi lencana untuk kanak-kanak
  • Menangi Cabutan Bertuah yang diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di mana anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan berdiri di podium yang disediakan dalam acara pemberian hadiah
  • Kumpul pelbagai sijil kemenangan dengan mengambil bahagian dalam pertandingan membina kenderaan dengan melawati Track Attack Showcase
  • Tingkatkan tenaga di Food Truck dan The Cafe yang menyediakan hidangan di pinggan berbentuk kereta yang disediakan khas sepanjang program

Maklumat lanjut mengenai LEGOLAND Build The Thrills, layari: https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/build-the-thrills/, FB LEGOLAND dan IG LEGOLAND