Tahun ini memang bersemangat nak berbuka puasa dan bersahur dengan makanan sedap dalam masa sama sihat agar kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan.
Dan,
Bila Ayam Brand perkenal LIMA menu sahur sihat, memang teruja nak cuba sediakan sendiri apatah lagi menu-menu ini mudah disiapkan dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk disiapkan.
Mudah bukan?
Menariknya, resipi-resipi ini mengandungi kandungan seimbang serat sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama, di samping protein untuk memastikan anda kuat serta karbohidrat untuk kekal bertenaga.
Hidangan-hidangan ini boleh disediakan di sebuah dapur dengan kelengkapan asas seperti dapur gas dan peti sejuk namun boleh disiapkan lebih cepat jika anda mempunyai pembakar roti, ketuhar mikro dan penggoreng kering (air fryer).
Pastikan anda membaca resipi-resipi di bawah untuk mengetahui yang mana menambat selera anda serta sesuai dengan peralatan yang dimiliki. Gunakan apa yang ada dan jadikan ia satu hidangan yang menyelerakan. Jangan lupa untuk menambah lada hitam, garam, gula, air asam jawa, cuka atau bahan perasa lain yang diingini.
Anda mempunyai keluarga yang ramai?
Jangan bimbang. Anda boleh menggandakan jumlah ramuan mengikut bilangan keluarga memandangkan resipi sajian ini sesuai untuk dua orang dewasa.
Ayam Brand™ juga memahami bahawa kos adalah salah satu perkara yang diberi perhatian, khasnya apabila menyediakan hidangan keluarga, dan telah memasukkan anggaran kos bagi setiap orang untuk kemudahan ramai.
Kesemua produk Ayam Brand™ adalah Halal, bebas bahan pengawet, tanpa MSG, bahan bukan GMO serta tiada bahan perisa atau pewarna tambahan bagi sajian yang lebih sihat dan mudah. Produk-produk ikan pula kaya dengan protein, Omega 3 dan kalsium, sementara santan Ayam Brand™ adalah setanding dan seumpama santan segar.
Jom cuba resipi-resipi yang disediakan!
A. Sandwic Triple Decker Filet Mackerel
Sandwich adalah satu sajian yang amat mudah disediakan dan sekiranya anda menambah lebih banyak sayur-sayuran dan sumber protein yang baik seperti ikan mackerel, ia boleh menjadi satu hidangan yang amat mengenyangkan.
Di bawah adalah satu hidangan tiga lapisan sandwic enak yang boleh disiapkan dalam masa 10 minit.
⦁ Mulakan dengan membakar roti pilihan. Kami memilih roti bijirin penuh kerana ia mengandungi serat yang lebih tinggi dan indeks glisemik yang lebih rendah. Jika anda tidak mempunyai pembakar roti, anda boleh menggaringkan kepingan roti menggunakan pan atas dapur gas.
⦁ Buka satu tin Ikan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand™.
⦁ Keluarkan kepingan ikan mackerel dan lenyek kasar ikan tersebut menggunakan garfu.
⦁ Masukkan bawang yang telah dicincang dan cili yang dihiris halus. Tambahkan sedikit sos tomato untuk campuran mackerel yang lebih berkuah.
⦁ Hiris sebiji besar tomato. Selain itu, bersihkan sedikit daun salad dan keringkan ia menggunakan tisu dapur.
⦁ Letakkan tiga keping roti yang telah dibakar ke dalam pinggan.
⦁ Pada kepingan pertama, letakkan beberapa helaian besar daun salad, diikuti hirisan tomato dan kemudian, diletakkan satu lagi kepingan roti bakar.
⦁ Seterusnya, letakkan dua sudu besar penuh campuran ikan mackerel yang disediakan tadi dan ratakan di seluruh bahagian roti.
⦁ Anda juga boleh meletakkan sekeping keju, telur goreng atau hirisan telur rebus di atas campuran mackerel sebelum meletakkan kepingan roti ketiga.
⦁ Ulangi langkah di atas untuk satu lagi set sandwic triple-decker filet mackerel.
Aras kemahiran: Mudah
Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 2 orang
Persediaan awal: Telur rebus pada malam sebelum
Kos: RM6.50 seorang (termasuk telur!)
B, Nasi Lemak dengan Sardin Goreng dalam Minyak Cili
⦁ Masak nasi lemak pada malam sebelum
⦁ Hanya tambah satu pek Santan Ayam Brand™ untuk menggantikan secawan air apabila menanak nasi, tambah beberapa helaian daun pandan yang diikat sama serta beberapa hirisan halia.
⦁ Alternatif: Rebus sebiji telur untuk setiap orang pada malam sebelum.
⦁ Di sebelah pagi, buka setin Sardin Goreng dalam Minyak Cili Ayam Brand™.
⦁ Ceduk nasi ke dalam pinggan, tambah dua ke tiga keping sardin daripada tin tersebut di bahagian tepi nasi. Senduk sedikit kuah cili di atas nasi jika anda gemari rasa pedas.
⦁ Tambah potongan telur rebus.
⦁ Masukkan pinggan ke dalam ketuhar mikro selama dua minit pada tetapan medium atau kepanasan sederhana.
⦁ Sementara menunggu, sediakan hirisan timun, tomato dan ulam-ulaman sebagai hidangan sampingan.
⦁ Setelah selesai, susun sayur-sayuran tersebut di tepi nasi dan tambah kacang serta ikan bilis goreng jika ada.
Aras kemahiran: Mudah
Masa penyediaan: 10 minit
Hidangan: 2 orang
Persediaan awal: Nasi lemak dan telur rebus pada malam sebelum
Kos: RM6.30 seorang
C. Pasta Surprise Ayam Brand™
Ini adalah hidangan pilihan saya setiap kali saya kesuntukan dan tambahan terbaik dalam pilihan resipi sahur anda.
⦁ Rebus pasta mengikut arahan pada pek. Kami menggunakan Pasta Organik Alce Nero.
⦁ Pada masa sama, panaskan pan dan kosongkan dua tin Sardin dalam Minyak Zaitun Extra Virgin Ayam Brand™.
⦁ Tumis bawang putih yang telah dicincang dalam minyak sardin berkenaan (anda boleh mendapati bawang putih yang telah dikopek di pasar raya. Ini akan menjimatkan masa anda).
⦁ Tambah cili padi yang telah dihiris halus, lobak putih yang didadu dan satu tin Kacang Pea Hijau Ayam Brand™. Goreng sehingga agak masak.
⦁ Kemudian, tambah satu pek Tomato Cincang Ayam Brand™ dan biarkan ia mendidih.
⦁ Apabila pasta telah siap, gunakan penyepit untuk memindahkan pasta dari periuk ke pan sos.
⦁ Tambahkan suku cawan air pasta ke dalam pan untuk sos yang lebih halus.
⦁ Gaul pasta sehingga sempurna.
⦁ Hidangkan. Anda boleh menabur helaian daun ketumbar sebagai hiasan.
Aras kemahiran: Mudah
Masa penyediaan: 15 minit
Hidangan: 4 orang (baki pasta juga sesuai untuk dinikmati semasa berbuka puasa)
Kos: RM7.60 seorang
D. Sardin Goreng dan Kentang bersama Kacang Pea
Ini merupakan versi mudah hidangan fish and chip tetapi sangat enak dan menarik untuk dijadikan hidangan sahur.
⦁ Goreng kentang menggunakan penggoreng kering (air fryer). Anda boleh menggunakan kentang French fries atau wedges sejuk beku agar lebih mudah.
⦁ Pada masa sama, buka satu tin Kacang Pea Hijau Ayam Brand™, buangkan air dalam tin berkenaan dan masukkan kacang pea ke dalam mangkuk.
⦁ Tambah beberapa hirisan daun pudina atau selasih (basil) untuk rasa berangin yang segar.
⦁ Masukkan mangkuk campuran ke dalam ketuhar mikro dan panaskan pada tetapan medium atau kepanasan sederhana selama dua minit.
⦁ Buka satu tin Sardin Goreng dalam Minyak Cili Ayam Brand™, masukkan filet sardin ke dalam campuran tepung tempura dan goreng sehingga keemasan.
⦁ Susun dua hingga tiga keping filet sardin di dalam pinggan, tambah kacang pea hijau di tepi dan diikuti kentang yang telah digoreng. Anda boleh menambah cuka atau lada hitam pada kentang untuk menambah perisa.
⦁ Nikmati hidangan bersama sos tomato atau cili.
Aras kemahiran: Mudah
Masa penyediaan: 15 minit
Hidangan: 2 orang
Kos: RM7.75 seorang
E. Kari Thai bersama Nasi
Sesetengah daripada kita masih mahu menjamah nasi dan kari untuk sahur bagi memastikan terus bertenaga sepanjang hari. Walaupun dirasakan sukar untuk menyediakan kari atau gulai seawal 4 pagi, tetapi Ayam Brand™ memudahkan kerja anda.
⦁ Dalam pan, panaskan satu sudu besar minyak masak dan tambah dua pek 50 gram Pes Kari Thai Ayam Brand™ pilihan anda, sama ada Kari Hijau, Kari Merah atau Kari Kuning. Tumis sehingga naik bau, iaitu kira-kira selama 30 saat.
⦁ Tambah 200 hingga 400 gram ayam, daging atau makanan laut – kepingan yang dipotong kiub atau dihiris nipis akan masak dengan lebih cepat.
⦁ Masak sehingga lembut dan tuang 200ml Santan Ayam Brand™.
⦁ Tambah sayur-sayuran kegemaran anda seperti lobak merah, bendi, terung atau tomato. Biarkan kari mendidih dan kemudian api diperlahankan selama lima minit.
⦁ Pilihan: Hias hidangan kari anda dengan cili, daun limau purut atau daun ketumbar.
⦁ Hidangkan bersama nasi. Kari ini juga sesuai dimakan bersama roti seperti capati, roti canai atau paratha.
Aras kemahiran: Mudah
Masa penyediaan: 15 minit
Hidangan: 4 orang
Kos: RM5.65 seorang
Adakah anda mempunyai juadah berbuka puasa, kuih Raya atau hidangan Hari Raya yang menggunakan Santan Ayam Brand™?
Sertai peraduan Bok Bok Raya Masak, Kongsi & Menang Ayam Brand™.
Sediakan hidangan terbaik anda menggunakan santan Ayam Brand™ dalam mana-mana kategori sajian ini, muat naik gambar atau video (maksimum 60 saat) serta kongsi resipi ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #BokBokRaya dan tambah @AyamBrandMy pada laman Instagram atau @AyamBrandMalaysia di Facebook.
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM18,900 termasuk tiga hadiah utama bernilai RM3,000 seorang, tiga unit Tefal Home Chef Smart Multicookers, tiga set memasak Tefal Ingenio Resources dan 60 hadiah mingguan berupa baucar tunai RM50!
Layari pautan https://www.ayambrand.com.my/index.php/masak-menang-contest untuk mendapatkan butiran lanjut.
Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati di rangkaian Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave, Matahari atau laman rasmi Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pek nilai 3 x 200ml Santan Ayam Brand™. Pek perayaan ini sesuai untuk mereka berkeluarga atau sekiranya anda akan menggunakan santan yang banyak dalam masakan. Ia ditawarkan pada harga RM8.55.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari:
Leave a Reply