BERSERI-SERI DENGAN RANGKAIAN NUTOX RENEWING TREATMENT HASIL INSPIRASI K-POP

Wah semakin berseri-seri dan tampil kekal muda apabila mengguna rangkaian produk terbaharu NUTOX Renewing Treatment yang berinspirasikan trend K-pop ni!

IMG20220511184710 (3)

NUTOX Malaysia, jenama yang terkenal dengan produk anti-penuaan memulakan kempen produk bertemakan K-pop ini dengan memperkenalkan NUTOX Get-Set, Glow yang diinspirasikan daripada video muzik K-pop dengan nama sama. Video muzik ini memperkenalkan pengalaman mengguna NUTOX Get-Set, Glow yang memberi kesan bersinar pada raut wajah dengan cepat apabila disapu dengan kerap dan dalam masa sama turut mengguna produk NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence dan Ampoule. Orang ramai boleh menyaksikan video muzik ini di platform media sosial NUTOX.

IMG20220511182219 (2)

Jasper Lim, Pengarah Eksekutif Tohtonku telah berkongsi bagaimana trend Korea telah mempengaruhi generasi milenial beserta Z yang secara tak langsung membawa kepada keperluan mendapat kulit muka yang sihat, hidrasi dan bersinar.

“Sepanjang pandemik, kami dapati terdapat perubahan dalam kepentingan penjagaan kulit dengan habit baru yang memfokuskan pada penjagaan diri yang mudah di rumah iaitu rutin penjagaan yang minimalis dengan hasil yang cepat. Apabila pengaruh “glass skin” yang sihat dan bercahaya mula datang ke Malaysia, maka terhasillah rangkaian NUTOX Renewing Treatment yang dapat memberi sama seperti yang pelanggan mahukan. Rangkaian produk ini diformulasikan untuk penjagaan kulit yang mudah, rutin penjagaan yang minimalis dan sesuai bagi wanita-wanita moden milenial serta generasi Z di luar sana yang inginkan produk penjagaan kulit yang dapat memberi kesan bercahaya dan berseri-seri dalam jangka masa yang singkat”

Alami Kesan Bercahaya, Penghidratan Dalam Masa 72 Jam

IMG20220511184754

Diformulasikan untuk meningkatkan kesan penghidratan dan bercahaya, NUTOX Renewing Treatment dapat memberi kesan yang diidam-idamkan dalam masa yang singkat namun berpanjangan menjadikan anda yakin menggunakannya tanpa perlu mengambil produk tambahan yang lain.

IMG20220511182614

Misalnya bahan seperti Actistem Gold Nest (Kolagen Sarang Burung), Caviar Lime (AHA), Betaine dan Niacinamide yang digunakan dalam rangkaian produk NUTOX Renewing Treatment telah membuktikan dapat membaiki tekstur kulit, meningkatkan kelembapan kulit dan mempromosikan kulit baru. Ia juga dihasilkan mengguna teknologi yang memfokuskan pada pengelupasan kulit secara lembut, menyelamatkan kulit-kulit yang semakin merosot dan menambah seri pada kompleksi kulit.

IMG20220511183424

NUTOX Renewing Treatment Essence pula diformulasikan dengan molekul yang padat dengan lembapan yang boleh menembusi kulit dengan cepat sekaligus mempercepatkan penghidratan dalam masa jangka panjang sehingga 72 jam manakala NUTOX Renewing Treatment Ampoule pula meningkatkan kadar penyerapan bahan-bahan kandungan yang aktif secara tak langsung memulihkan keserian wajah dalam satu aplikasi.

Ready, Get Set dan Menang

NUTOX kini menawarkan kempen untuk membantu rakyat Malaysia mendapat kulit bersinar yang diidamkan. Kempen itu membolehkan pelanggan mendapatkan pemeriksaan kulit, demo produk, bergambar di photo booth dan banyak lagi aktiviti yang menarik. NUTOX Pop-up bakal berada di Queens Bay Mall, Pulau Pinang pada 2 hingga 6 Jun serta IOI City Mall, Putrajaya pada 22 hingga 26 Jun 2022.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan wajah bersinar-sinar dan berseri dengan prmosi percubaan hanya khas di NUTOX Stor Rasmi di mana anda boleh membeli set bernilai RM50 sepanjang bulan Mei dan Jun ini sahaja.

NUTOX Renewing Treatment Moisturising Essence boleh didapati pada harga runcit RM79.90 dan NUTOX Renewing Treatment Ampoule pula pada harga runcit RM88.90 serta rangkaian NUTOX Renewing Treatment di Shopee, Lazada dan stor Watson, Guardian serta AEON Wellness.

Anda juga boleh menonton video NUTOX Get-Set Glow di Facbook dan Youtube NUTOX di @NutoxStayYoung, IG:@nutox_my dan NUTOX.my/getsetglow

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: