Syabas Clorox atas usaha yang murni membantu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) agar dapat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan lebih selamat dan bersih.
Meskipun Malaysia telah beralih ke fasa endemik, namun langkah berjaga-jaga masih perlu dipraktikkan agar semua golongan terutamanya golongan orang tua dapat dilindungi dengan lebih baik dan supaya kesihatan mereka terjamin.
Clorox Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu 24 NGO ini agar sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka diadakan dengan lebih selamat dan bersih melalui sumbangan keperluan pembasmian kuman berjumlah RM24,270.
Sebanyak 17 rumah anak yatim, 5 rumah warga emas dan 2 rumah Orang Kelainan Upaya (OKU), masing-masing telah menerima:
- 1,800 unit Tisu Pembasmi Kuman Clorox
- 300 unit Peluntur Clorox saiz 2 Liter
Kedua-dua produk ini diluluskan oleh EPA untuk membunuh 99.9% virus dan bakteria, termasuk virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19.
“Kami telah menyenaraikan 24 buah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Institusi Kebajikan yang terpilih iaitu 17 buah daripada JKM Negeri Selangor dan 7 buah daripada JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan syarikat Clorox dalam menganjurkan inisiatif ini yang dapat memberi manfaat penjagaan kebersihan kepada golongan sasar dalam menuju fasa endemik COVID-19,” kata Unit PRO JKM.
Clorox, jenama Peluntur #1 di Dunia telah dipercayai sejak turun-temurun untuk membunuh 99.9% kuman. Tuntutannya disokong oleh data dan produknya telah dicuba dan diuji.
Tahukah anda?
Clorox telah menjalankan perniagaan pembersihan dan pembasmian kuman sejak 1913. Wah lama betul tu!
“Clorox ingin memastikan semua rakyat dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bulan Syawal dengan selamat, bersih dan riang, terutamanya komuniti berisiko seperti warga emas, OKU dan kanak-kanak yang masih memerlukan penjagaan yang lebih. Produk kami dicipta khas untuk membersih dan membasmi kuman. Kami gembira dapat menyokong komuniti ini dengan kerjasama JKM,” kata Monique Gonzales, Pengurus Pemasaran Clorox Asia Tenggara.
“Terima kasih kepada Clorox dan JKM atas sumbangan yang amat diperlukan ini. Kami menjangkakan ramai pelawat, dan produk Clorox penting untuk membasmi kuman sebelum dan selepas lawatan untuk memastikan semua orang lebih selamat,” jelas Puan Rosnah Bt Mohamad Razali, Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim/Miskin Daerah Sabak Bernam.
Berikut adalah senarai nama penerima di Selangor
Rumah Anak-Anak Yatim:
1. Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Kasih Harmoni Paya Jaras
2. Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)
3. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia
4. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah Selangor
5. Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak yatim Islam Dan Miskin Daerah Sabak Bernam
6. Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun)
7. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS)
8. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah Jabatan Kebajikan Masyarakat
9. Taman Seri Puteri Cheras Jabatan Kebajikan Masyarakat
10. Kompleks Penyayang BAKTI Sungai Buloh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Rumah Warga Emas:
1. Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
2. Pertubuhan Kebajikan Siti Nor Ainiv
3. Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas U3A Kuala Lumpur Dan Selangor
4. Pusat Jagaan Nur Hasanah
5. Rumah Seri Kenangan Cheras
Rumah Warga Kelainan Upaya:
1. Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli Cheras
2. Bengkel Daya Klang
Senarai penerima di Kuala Lumpur
Rumah Anak-Anak Yatim:
1. Pusat Jagaan Rahoma
2. Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah
3. Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur
4. Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras
5. Asrama Sentosa
6. Asrama Bahagia Kampung Pandan
7. Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi
Dapatkan maklumat lanjut tentang perkara-perkara berkaitan kebersihan, aktiviti dan banyak lagi daripada:
- laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com
- FB di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/
IG di https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/
Leave a Reply