KUMPULAN LEGO RAI ULANG TAHUN KE-90

Sempena ulang tahun itu, LEGOLAND Malaysia Resort memperkenalkan pengalaman permainan baharu iaitu LEGO “Play Your Way”.

Celebrating 90 Years of Play at LEGOLAND Malaysia Resort (2)

LEGO “Play Your Way” ini bakal bermula pada 16 Jun sehingga 10 Ogos dan pengunjung yang datang bukan sahaja boleh merasai pengalaman baharu itu malah boleh mengenal pasti “Play Type” mereka dan mengambil bahagian dalam LEGO Build Challenges yang membolehkan mereka meningkatkan bakat mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Pengunjung yang datang dalam tempoh itu, akan menerima Tali Penyandang Edisi Terhad daripada staf yang bertugas dan juga Pop badge Edisi Terhad. Pop Badge ini akan diterima setiap kali pengunjung meyelesaikan setiap cabaran di Play Type. Walau bagaimanapun, Pop Badge ini amat terhad, maka ia perlu diperolehi dengan cepat.

LEGOLAND Malaysia Resort Promotion_22

Menariknya, setiap cabaran di Play Type ini membolehkan pengunjung mengetahui personaliti terbaik mereka seperti berikut:

  • Adakah anda seorang Pereka? Dengan mengenal pasti masalah yang diberikan, pereka dapat memberi tumpuan dan mendapat idea melalui soalan-soalan yang diajukan. LEGO Creations membantu menyelesaikan masalah dan bertimbang rasa sewaktu bermain.
  • Adakah anda seorang Pencipta?Sedar akan kehadiran objek, pencipta adalah seorang yang bertenaga dan mendapat idea melalui percubaan dan kesalahan. LEGO Creations mereka sangat teliti dan waktu bermain adalah sangat penting.
  • Adakah anda seorang Penjelajah? Sangat peka dengan suasana sekeliling, penjelajah mempunyai sifat ingin tahu dan dapat idea menerusi pertemuan baharu. LEGO Creations mereka sangat berani dan waktu bermain adalah satu cabaran.
  • Adakah anda Pencerita?Peka dengan orang lain, pencerita sangat dramatik dan idea datang melalui fantasi. LEGO Creations mereka digunakan untuk berhibur dan waktu bermain adalah satu teater.
  • Adakah anda Pemimpi?Peka dengan kebarangkalian, pemimpi sangat berimaginasi dan idea datang daripada angan-angan. LEGO Creations mereka sangat berseni dan waktu bermain adalah satu magik.

“LEGOLAND sangat gembira dapat meraikan ulang tahun ke-90 bersama-sama LEGO Group. Kami tahu permainan yang ditawarkan oleh kami memberi banyak kegembiraan pada seisi keluarga, jadi apa lagi cara yang terbaik untuk bergembira dengan bermain bersama-sama? Permainan baharu lami memberi peluang pada pengunjung mengenalpasti jenis permainan yang mereka miliki dan dapat menciptanya melaui pembinaan LEGO brick-CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort.

Cabaran membina LEGO di “Play Your Way” menggalakkan kreativiti di setiap permainan namun dalam masa sama memberi kelainan pada setiap satu. Misalnya, Pereka akan diberi cabaran membina rumah pokok rahsia ataupun menghasilkan naga. Pencipta pula akan diberi cabaran membina bot terbang atau bas ke bulan. Penjelajah pula mencipta singa ajaib, Pencerita dengan cabaran membina teater, membina istana di langit atau membina empayar di abwah laut. Bagi Pemimpi pula, mereka diuji dengan kreativiti mencipta magik daripada pelangi dan bunga, hingga membina kapal terbang makhluk asing dan peti harta karun.

Manakala di kawasan taman, Ketua Pemain (yang sudah menguasai kelima-lima bahagian) akan bersiar-siar dalam taman dengan pakaiannya yang berwarna-warni, menghiburkan pengunjung dengan persembahana magik dan bercerita.

Menariknya, pengalaman baharu “Play Your Way” ini dapat dirasai apabila membeli tiket kemasukan untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12  tahun ke LEGOLAND Malaysia Resort yang ditempatkan di kawasan Rebuild the World.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun itu juga, LEGOLAND Malaysia Resort akan menjalin kerjasama dengan LEGO untuk roadshow istimewa “Imagination Playground” di mana pengunjung akan menikmati baucer F&B bernilai RM150 secara percuma apabila mmebuat pembelian EMPAT tiket Triple-Park  sementara stok masih ada.

Roadshow itu sedang berlangsung di Aras Bawah Centre Court Midvalley Megamall KL dan bakal berakhir pada 12 Jun ini. Ia kemudian diteruskan di Midvalley Southkey Johor pada 20 Julai hingga 31 Julai manakala roadshow Legoland sudahpun berlangsung di North Court Midvally Southkey Johor sehingga 29 Jun ini.

Maklumat lanjut, layari:

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

%d bloggers like this: