Tetapi sangat sangat berbaloi dengan kos sebanyak itu kerana hasilnya sangat menakjubkan!
Gaya rekaan dalaman setiap ruang tampil mewah dan nampak elegan apatah semuanya mengguna teknologi terkini.
Penantian Hilton Kuala Lumpur selama ini memang tidak sia-sia.
Dengan adanya CollaborationSpaces ini, suasana dan kualiti persekitaran sewaktu permesyuaratan serta aktiviti-aktiviti untuk majlis perasmian dapat dipertingkatkan sesuai dengan konsep Hilton Ensemble yang dipratikkan oleh Hilton Kuala Lumpur iaitu berhubung dengan ruang, orang dan idea.
Collaboration Spaces sememangnya direka supaya menjadi lebih santai, lebih menarik, lebih fleksibel dalam memenuhi permintaan pelbagai kategori kumpulan pelanggan dan jenis-jenis majlis-majlis rasmi.
Namun, yang menjadi daya tarikan utama di Collaboration Spaces ini adalah lampu chandelier yang dipanggil The Verve. Ia dicipta oleh LASVIT, syarikat pembuat kaca dan reka bentuk di Czech. Banyak hasil ciptaan syarikat ini dipertunjukkan di merata dunia. The Verve diinspirasikan melalui gerak tarian dan dihasilkan bersama dengan LTW Singapore Pte Ltd. Gerak tari penari diperlihatkan melalui seni gelas kristal Bohemian supaya menjadi inspirasi kepada pelanggan yang lincah. Pergerakan tarian diperlihatkan daripada warna-warna yang digunakan pada komponen kaca, di mana penataan cahaya boleh dilihat dari segenap sudut.
Ruang tarian turut dipasang dengan teknologi baru bagi meningkatkan persekitaran permesyuaratan. Chargifi pula menghubungkan delegasi-delegasi kekal berhubung setiap masa dengan pengecasan tanpa wayar manakala Flip, cartaflip digital direka untuk memudahkan aktivit-aktiviti penyumbangan idea.
Bahagian lain yang turut membantu dalam peningkatan persekitaran permesyuaratan di Collaboration Spaces adalah Bahagian Kulinari. Diterajui oleh Cef Eksekutif, Kazi Hassan, tim cef antarabangsa yang terkenal dengan kemahiran masing-masing mencipta dan menyediakan menu yang lebih segar dan baru mengguna produk tempatan di Cafe Delicatessen and Barista. Kafe ini adalah pertama seumpamanya dan turut menyediakan Kopi Sabah yang dikisar ekslusif untuk delgasi Hilton Kuala Lumpur agar mereka dapat menikmati secawan kopi segar bila-bila masa. Di sudut Living Room pula menyediakan pelbagai pastri enak, panas dari ketuhar.
Hasil gabungan tenologi terkini, penyediaan menu kulinari yang enak dan perkhidmatan terbaik, Collaboration Spaces berubah menjadi dewan impian perkahwinan, lokasi makan malam gala dengan menu pilihan China hingga ke Barat, makan malam ala Banquet termasuk menu Chynna, Iketeru mahupun Graze, malah pelanggan boleh memilih menu pilihan sendiri untuk majlis mereka.
Dinobatkan sebagai “Top Meeting Hotel APAC in Malaysia ” oleh Cvent,Hilton Kuala Lumpur terletak di kawasan strategik hub komersil KL Sentral, menghubungkan tetamu dengan kawasan-kawasan penting KL termasuk KLCC yang memudahkan hubungna perniagaan. Ia dilengkapi dengan 512 unit penginapan dan suites, 50 bilik mesyuarat dan Collaboration spaces, 10 restoran serta bar yang memenangi banyak anugerah, satu ruang rehat eksekutif dengan perkhidmatan persendirian.
Untuk tempahan dan pertanyaan,hubungi:
- 03-2264 2264,
- email KULHI_CB@hilton.com
- hiltonmalaysia.com/meetings
Leave a Reply