Ini kerana ia adalah salah satu pameran hadiah dan cenderamata terbesar di ASEAN anjuran Persatuan Hadiah dan Cenderamata (MGPA).
Pameran ini telahpun berlangsung pada 22 hingga 24 Jun 2022 lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Penganjuran pameran itu menunjukkan komitmen berterusan MGPA untuk menyerlahkan kekuatan dan keupayaan sektor hadiah dan cenderamata Malaysia, membolehkan pengusaha kecil dan sederhana yang berkebolehan dan bersedia untuk eksport mengembangkan jenama mereka dan mewujudkan kerjasama perniagaan di negara ini.
Sebanyak 115 syarikat dari Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea dan Bangladesh menyertai pameran 3 hari yang disokong oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
Pameran tahun ini akan menampilkan pelbagai jenis produk baru seperti cenderahati, hadiah rekaan khas, hadiah yang mampan selain daripada hadiah malar hijau seperti pakaian, peralatan & tekstil, anugerah, trofi, lencana dan pin, beg, barangan kulit, peralatan minuman, mug, seramik, hadiah & cenderamata, IT & elektronik, jam, perkhidmatan mesin & cetakan, pembungkusan & produk kertas, portfolio & diari, alat tulis & aksesori, produk kayu, payung & pelindung matahari.
Menurut Encik Ivan Loo, Pengerusi Penganjur Pameran Hadiah Malaysia ke-12, pameran kali ini membawa masuk konsep “Gerai Kickstarter”, satu lagi inisiatif untuk mengukuhkan ekosistem pameran. Syarikat-syarikat baru membantu dalam meningkatkan kepentingan industri kreatif kepada ekonomi Malaysia. Inisiatif baru ini telah menambah EMPAT segmen baru hadiah dan perkhidmatan berkaitan seperti cenderahati, pembungkusan, perkhidmatan percetakan dan logistik dalam pameran tahun ini.
Pameran Hadiah Malaysia edisi tahun 2019 telah berjaya menarik lebih daripada 14,000 pengunjung dari 17 negara dengan lebih 50% pertukaran perniagaan telah berjaya. Selain itu, banyak peluang pekerjaan dicipta, inovasi kreatif diperkenalkan dan diperluaskan ke rantau ASEAN.
Sepanjang 11 tahun yang lalu, MGPA telah membina dan membangunkan komuniti usahawan yang kukuh melalui kerja, inisiatif, Anugerah Reka Bentuk Produk Promosi (PPD) dan Pameran Hadiah Malaysia.
MGPA terus memanfaatkan kerjasama strategik dengan organisasi kerajaan dan swasta untuk membina platform yang kukuh dan menandakan inisiatif berterusan untuk mencipta lebih banyak kraf seni dan budaya tempatan Malaysia dalam pemeliharaan tradisi dan warisannya.
Anugerah Reka Bentuk Produk Promosi (PPD) pula bertujuan untuk berinovasi dan menghasilkan lebih banyak “Hadiah Malaysia”. Ia adalah platform untuk mewujudkan lebih ramai bakat kreatif di Malaysia. Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), merupakan penganjur bersama Anugerah PPD tahun 2021, membawa Anugerah ini ke tahap yang lebih tinggi.
Satu lagi kejayaan yang diraikan sewaktu Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia ke-12 adalah MGPA menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pereka Perindustrian Malaysia, sebagai sokongan untuk melahirkan pereka bentuk industri untuk diiktiraf sebagai profesion dalam pembangunan negara.
Encik Peh Leong Seng, Presiden Persatuan Hadiah dan Cenderamata Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga akan menyertai MGPA dalam memperkasakan rekabentuk perindustrian melalui Anugerah PPD. MoU dengan UiTM akan ditandatangani dalam masa terdekat.
“Eksport produk hadiah dan cenderamata Malaysia bernilai RM1.96 bilion pada tahun 2021. Pasaran eksport utama ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China dan Jepun. Barangan eksport utama termasuk jam tangan & jam, bahan bercetak / produk bercetak, kaca & barangan kaca , mesin & peralatan mekanikal, minyak wangi & kosmetik. Dari bulan Januari hingga Mei 2022, eksport hadiah dan cenderamata bernilai RM951.0 juta, meningkat sebanyak 28.6% berbanding RM739.3 juta pada tempoh yang sama tahun 2021”, kata YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.
Menurut laporan Market Research Future, pasaran hadiah dan cenderamata global diramalkan akan mencecah USD38.66 bilion menjelang tahun 2027 pada Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (CAGR) 5.83%, menunjukkan potensi besar yanga ada pada produk dan perkhidmatan berkaitan hadiah dan cenderamata. Tingkah laku pengguna mengalami perubahan dramatik dan berpanjangan. Permintaan pengguna telah beralih kepada pilihan bernilai tinggi, premium dan mewah, berteknologi tinggi, mesra alam dan produk yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan. Trend dan perkembangan baru ini telah membuka potensi besar dan sudah tiba masanya bagi industri hadiah dan cenderamata Malaysia meraih peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan dan pengembangan pasaran eksport.
Memanfaatkan sepenuhnya era pendigitalan di bawah normal baru, MGPA telah memperkenalkan Pameran Hadiah Malaysia (MGF) edisi atas talian, dengan matlamat meningkatkan keterlihatan dan daya saing hadiah dan cenderamata Malaysia, bagi merebut perniagaan baru yang berpotensi dalam pasaran tanpa sempadan, bagi memastikan industri kekal berdaya maju, aktif dan inovatif.
MATRADE komited untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan pihak berkepentingan utama yang berkaitan dalam sektor awam dan swasta, bagi menjadikan MGF sebagai pasaran hadiah dan cenderamata yang terkemuka. Pameran ini akan diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Semua pelawat perniagaan dialu-alukan untuk menyertai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.mgpa.org.my http://www.malaysiagiftsfair.com.my http://www.mfgonline.com.my
Leave a Reply