Meskipun premium, namun mentega Mega Food yang mengandungi 80% lemak mentega boleh didapati pada harga berpatutan.
Mentega Mega Food ini dikeluarkan oleh Mega Food, sebahagian daripada SCC Marketing yang turut menjadi pengeluar Bundaberg, CED, Mega Fresh, Selva dan banyak lagi.
Dihasilkan mengguna susu lembu segar asli, mentega Mega Food dari Denmark ini sangat berkrim, tidak terlibat dalam proses penapaian mentega laktik yang mengandungi asid laktik dan menyebabkan rasa tajam.
Sebab itu, mentega Mega Food ini tampil lain daripada mentega sedia ada kerana kandungan lemaknya yang tinggi iaitu 80% , menjadikannya lembut, licin dan mudah cair apabila dimakan. Ia juga tidak berminyak. Apabila mentega Mega Food ini dipotong, ia tidak meninggalkan sebarang kesan comot sepertimana mentega lain yang kurang lemak, ada kalanya menjadi lembik apabila dipotong.
Warnanya yang kuning keemasan juga adalah asli dan tidak mengguna sebarang pewarna, menjadikannya mentega yang bernutrisi, semula jadi dan sihat. Ia mengandungi vitamin D, antara vitamin nutrisi yang diperlukan untuk membantu pembesaran dan perkembangan tulang, serta kalsium untuk kekuatan tulang.
Satu kajian terkini yan telah dilakukan mendapati lebih 80% pengguna menyukai rasa lemak mentega Mega Food ini dan merasakan harga mentega ini lebih berpatutan berbanding dengan mentega lain.
“Cef dan mereka yang suka memasak pasti menyukai kelembapan yang ada pada mentega ini, kerana ia meningkatkan perisa pada resipi masakan dan meningkatkan lagi rasa manis berkrim pada resipi kuih dan apabila digunakan sebagai spread. Mentega Mega Food sangat sesuai digunakan untuk apa jua masakan di dalam dapur, dari membakar hinggalah memasak, kepada spread ataupun apa jua jenis makanan yang anda ingin sediakan” -Brian Chan, Ketua Food Service, SCC Marketing.
Mentega Mega Food dikeluarkan sebagai sebahagian daripada plan perkembangan untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam pengeluaran produk tenusu sejak tahun 2019. Sebab itu mentega Mega Food adalah antara produk pertama “Own Brand” Mega Food. Dengan target perkembangan sekurang-kurangnya 25% untuk jangka masa 3 bulan, pengguna boleh mendapatkan lebih banyak produk. Mega Food juga turut mengeluarkan Hirisan Keju Austalian Cheddar.
“Kami amat gembira dapat memperkenalkan mentega Mega Food pada rakyat Malaysia kerana kami percaya semua orang dapat memasak mengguna bahan terbaik tanpa memikirkan kos. Dengan mengambil kira ini, maka kami mengambil mengeluarkan sumber daripada ladang terbaik seluruh dunia yang berkongsi matlamat dan nilai perniagaan yang sama-membantu dan menjadi inspirasi pada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan lebih baik tanpa dibebani kos tinggi”-Ong Wui Chuan, Pengarah Jualan, SCCMarketing.
Bermula Jun 2022 ini, mentega Mega Food boleh didapati dalam DUA jenis iaitu salted dan unsalted pada berat 250g pada harga RM12.50 di pasar raya besar.
Maklumat lanjut,layari: www.megafooddairy.com
*internal survey conducted with 50 blind taste testers in April 2022
**www.tastetomorrow.com
Leave a Reply